14

Other Series 2215

Azzy bangun sedikit awal. Dia perlahan keluar dari khemahnya. Azzy memandang sekeliling. Beberapa senior sedang sibuk memasak sesuatu manakala pelajar yang lain masih lena diulit mimpi. Azzy memandang khemah yang dihuni oleh Tan dan Arvie. Dia mendengus. Teringat akan kecederaan yang terpaksa Arvie lalui kerana menyelamatkan dirinya di hutan kelmarin. Azzy menyeluk sakunya dan mengambil telefon bimbitnya. Tiada rangkaian. Gambarnya bersama Dzawin ditatap sejenak. Sungguh hatinya merindui Dzawin. Tidak sabar ingin menemuinya sebaik saja kembali ke kampus nanti.

"Azzy"Ziqri yang masih mamai menegur Azzy. Azzy menoleh dan tersenyum.

"Morning little prince"Azzy tersenyum lagi.

"Morning princess. "Ziqri duduk di sisi Azzy dan melentokkan kepalanya di bahu Azzy. Dia masih merasa mengantuk namun Ziqri tidak mahu kalau dia terlambat lagi dan terpaksa bergegas mandi dan bersiap. Azzy membiarkan saja Ziqri tidur sebentar di bahunya.

"Kenapa bangun awal sangat kalau masih mengantuk?"Tanya Azzy. Ziqri tidak menjawab. Matanya tertutup rapat. Azzy mengeleng. Matanya meliar memandang keindahan alam yang terbentang luas. Seketika Azzy terpana dengan panorama indah ciptaan Tuhan yang menyejukan deria penglihatannya. Seseorang menyentuh bahunya lembut. Azzy menoleh lagi. Arvie dan Tan tersenyum padanya.

"Felling better than yesterday?"Tanya Arvie. Azzy mengangguk. Mata Arvie melirik tajam ke arah Ziqri yang masih tidur di bahu Azzy. Dia ingin mengejutkan Ziqri namun dihalang oleh Azzy.

"Syuttt don't disturb little prince"Azzy merapatkan jari telujuknya di bibir sebagai tanda agar Arvie tidak menganggu lena Ziqri.
Arvie mendengus kasar lalu duduk di sisi Azzy. Tan sudahpun berjalan ke sungai untuk mandi. Arvie mengenggam tangan Azzy.

"Azzy,you tak boleh jalan sendiri lagi. I taknak kejadian kelmarin berulang lagi. I risau. "Arvie tunduk.Terpampang riak wajah sedih di wajahnya.

"Arvie,im sorry. I didn't mean to be like that.Saya cuma terleka dengan keindahan alam yang saya lihat. I never to be able see and walk like this in my life.Ini yang pertama kali"Azzy mendengus.

"i know but make sure you mnta i atau Ziqri atau Tan temankan you kalau you nak kemana-mana. Okay?" Arvie tersenyum sambil mengelus rambut Azzy. Azzy diam namun membalas dengan anggukkan lemah. Ziqri mengangkat kepalanya sambil membuka perlahan matanya. Dia mengosok matanya sambil tersenyum melihat Arvie.Arvie menjeling Ziqri sambil menggelengkan kepalanya. Sengaja Ziqri memaut lengan Azzy.

"Ziqri kalau nak tdur lagi masuklah dalam khemah. Apesal nak melekat dengan Azzy pula?" Arvie sudah mulai hilang sabar. Timbul rasa cemburu dalam dirinya. Ziqri tertawa kecil. Dia perlahan melepaskan lengan Azzy dan mengelus rambut Azzy perlahan-lahan.

" Saya pergi join Tan mandi dulu okay?" Ziqri tersenyum manis. Azzy mengangguk perlahan sambil membalas senyuman Ziqri. Arvie hanya diam dan akhirnya berdiri sambil mengikuti langkah Ziqri. Azzy hanya menggelengkan kepalanya. Dia mencapai lagi telefon bimbitnya. Gambarnya bersama Dzawin ditatap lebih lama. Azzy menghela nafas panjang.

"I miss you,Win" desis hatinya.


*******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience