4

Other Series 2215

Dzawin menutup bagasi terakhir yang akan dia bawa nanti. Dia berkeras hendak tinggal di dorm sepanjang dia bergelar siswa walaupun sudah berkali Encik Herman memujuknya untuk tinggal di rumah. Dzawin menerangkan kepada Encik Herman bahawa jarak rumah mereka ke kampus agak jauh dan dia sangat malas hendak memandu sejauh itu setiap hari. Akhirnya,Encik Herman mengiyakan saja keinginan anaknya. Setelah selesai,Dzawin turun ke bawah. Dia mencari kelibat Azzy. Dia keluar menuju kolam renang di belakang rumah mereka dan melihat Azzy sedang bermain air di sana sambil berwajah muram.

"Azzy ." Dzawin duduk di tepi Azzy. Azzy membelakanginya. Dzawin tersenyum. Dia tahu Azzy merajuk kepadanya.

"Azzy,kenapa ni?" Tanya Dzawin lagi.Masih tiada jawapan dari Azzy.

"Azzy,tengoklah sini. Marah kat Win ker?" Dzawin mulai gelisah. Takut pula rajuk Azzy berpanjangan.

"Tak marah. Win pergilah sana. Kemas apa yang patut. Azzy nak sendirian kat sini." Balas Azzy namun dengan nada yang dingin.

"Azzy,tahun depan kan Azzy akan masuk 'U' yang sama dengan Win juga. Janganlah sedih sangat. Bukan Win tak balik langsung" Pujuk Dzawin.

"Pergilah. Takdah yang halang." Jawab Azzy lagi. Suaranya sedikit bergetar. Bukannya dia mahu marah Dzawin hendak menyambung pelajaran tetapi dia ingin Dzawin tinggal di rumah dan tidak tinggal di dorm. Dia sedikit tidak terbiasa dengan ketiadaan Dzawin. Lagipula dia tidak mempunyai banyak kawan. Hanya Dzawin sajalah tempatnya meluah segala masalah dan keluhannya.

"Win minta maaf okay.?" Dzawin mengelus lembut rambut Azzy dari belakang.

"Buat apa nak minta maaf.?Azzy tak marah." Azzy mengesat airmatanya yang mulai jatuh. Dzawin membalikkan badan Azzy menghadapnya. Dia menghela nafas berat. Disekanya air mata Azzy.

"Tengok Win. " Dzawin mengangkat dagu Azzy agar memandangnya.

"Azzy tak marah Win nak masuk 'U'. Tapi takkan Win tak boleh tinggal kat rumah lagi.? Kenapa kena tinggal dorm pula." Azzy mulai menangis teresak-esak. Dzawin memeluk Azzy.

"Bukan Win taknak tinggal rumah. Azzy kena faham jarak rumah kita dengan 'U' kan jauh. Win tak larat nak drive hari-hari." Dzawin menepuk-nepuk belakang Azzy.

"Habis tu Azzy nak kawan dengan siapa? Takkan hari-hari dengan Cimong." Azzy memandang Dzawin lagi.

"Win janji setiap cuti Win balik tengok Azzy okay?" Dzawin mencuba memujuk Azzy. Azzy akhirnya mengangguk perlahan.

"That's my princess. Wanna eat something? Big Apple? Baskin Robins?Waffle? Ice cream?" Dzawin mencuit hidung Azzy. Azzy mulai tersenyum.

"No. I don't want anything. I want you" Azzy ketawa kecil. Dia sedar yang dia dan Dzawin tiada pertalian darah tetapi hubungan rapat mereka sudah tidak dapat dinafikan lagi.


**********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience