2

Other Series 2215

Sudah hampir 3 hari Azzy dikurung di loteng rumah Eliz. Dia tidak diberikan makan dan minum. Untuk membuka mata saja dia tidak mampu. Badannya terasa lemah. Air mata menitis di pipinya. Sungguh dia hanya ingin mati. Telinganya menangkap suara bising dri bawah loteng. Pintu loteng dibuka keras dari luar. Azzy berusaha membuka matanya. Kelihatan dua orang lelaki berlari ke arahnya.

"Adik bangun adik" Seorang lelaki lengkap berpakaian seragam polis menepuk-nepuk pipi Azzy.Azzy hanya membatu. Ingatannya perlahan hilang. Yang dia ingat,dia diangkat oleh lelaki yang menemuinya di loteng untuk keluar dari rumah Eliz.

***
Mata Azzy perlahan dibukanya apabila dia merasa nyeri di tangannya. Dilihatnya seorang perempuan muda cantik berbaju putih sedang menusukkan jarum ke tangan kirinya. Dia menjerit kuat kerana menyangka gadis itu menyakitinya. Azzy meraung dan menangis. Ingatannya terhadap Eliz membuatkan dia semakin ketakutan melihat gadis itu.

"Adik sabar,saya tak sakitkan adik. Saya cuma nak bantu adik." Kata gadis itu sambil cuba menenangkan Azzy. Azzy perlahan-lahan menenangkan diri. Dilihatnya gadis tadi.

"Kakak,tolong adik. Adik sakit,adik lapar" Ucap Azzy sambil menahan sedu tangisnya.

"Adik tunggu sini kakak panggil doktor lepas tu kakak bagi adik makan,okay?" Jururawat yang menenangkan Azzy itu tersenyum sambil mengelus lembut rambut Azzy. Setelah hampir dua minggu di hospital,Azzy dibenarkan keluar hospital. Dia dibawa ke balai polis untuk di ambik keterangan dan pihak polis membantu kemasukan Azzy ke Rumah Anak Yatim Mawar. Sejak dari hari itu,Azzy menjadi sangat pendiam dan tidak mau bergaul dengan rakan- rakannya di rumah anak yatim itu. Azzy juga sangat takut gelap dan petir. Setiap kali dia berada di tempat gelap,dia tidak mampu bernafas. Dan setiap kali dia mendengar bunyi petir badannya mengigil dan dia mulai menangis. Kenangannya di rumah Eliz sangat segar di ingatanya. Sehinggakan Azzy terpaksa di letakkan di bilik yang berlainan kerana dia tidak mau tidur jika lampu bilik di tutup. Sehinggalah pada umur Azzy 14 tahun,ada keluarga yang ingin mengambilnya sebagai anak angkat. Azzy tidak menolak kerana dia tau yang tidak selamanya dia harus menetap di rumah anak yatim itu. Pihak Rumah Anak Yatim Mawar memberitahu keluarga yang ingin mengambil Azzy akan semua yang Azzy takutkan. Setelah hampir seminggu mengurus segala yang diperlukan,Azzy akhirnya mengikuti keluarga itu ke rumah mereka. Azzy masih membisu dan tidak berkata.

"Azzy,kita dah sampai. Mari turun" Seorang wanita berumur lingkungan 30-an menarik lembut tangan Azzy. Azzy hanya mengangguk berharap keluarga itu benar-benar menerimanya dan tidak memperlakukannya seperti apa yang dilakukan Eliz kepada dirinya.

**************

Share this novel

Maya Km
2020-04-17 09:44:45 

Best... x sabar tunggu sambungan citer


NovelPlus Premium

The best ads free experience