8

Other Series 2206

Pagi itu,Azzy bangun sedikit awal. Dia membersihkan diri dan kemudian turun ke bawah untuk membuat sarapan. Mujurlah Azzy bukan lah seorang anak yang manja. Dia sangat suka menolong Bik Minah di dapur. Oleh kerana itu,dia mahir dalam memasak dan membuat kerja-kerja rumah. Azzy memasak nasi goreng ayam kesukaaannya. Setelah itu dia makan sendiri. Uncle Malik sudah bersedia untuk menghantar Azzy ke sekolah hari itu. Setelah selesai makan,Azzy berangkat ke sekolah.

"Uncle,hari ni Azzy balik lewat sikit tau. Azzy ada aktiviti kat sekolah. Azzy balik dalam jam 5 petang macam tu." Azzy mengingatkan Uncle Malik sebelum masuk ke dalam kereta. Uncle Malik hanya mengangguk.

Kebetulan hari itu Azzy terlibat dengan aktiviti kokurikulum. Azzy merupakan atlet sekolah dan sangat aktif dalam bidang kokurikulum. Semua aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah akan disertainya. Sehingga tahun lalu dia dinobatkan sebagai 'Wirawati Sekolah' kerana berhasil meraih 6 pingat emas dalam acara sukan yang diikutinya. Tidak kalah pula dengan pembelajarannya. Azzy merupakan salah satu murid yang sering mendapat ranking tertinggi di sekolah dan bahkan sering mendapat tempat pertama di kelasnya. Banyak juga murid-murid lain yang iri pada kebolehan Azzy yang mampu menyeimbangkan masa pembelajaran dan aktiviti kokurikulumnya. Walau bagaimana pun,Azzy tidak akan menyertai aktiviti luar sekolah seperti Jungle Trekking,berkhemah dan apa-apa saja yang melibatkan dia bermalam di sesuatu tempat. Traumanya kepada kegelapan masih belum dapat dibendungnya. Pihak sekolah juga tahu akan hal itu dan tidak pernah memaksa Azzy untuk tetap menyertai aktiviti-aktiviti itu.

Azzy merasakan waktu berjalan dengan pantas sekali. Dilihatnya jam di tangannya. Sudah hampir 5.20 petang. Akriviti di sekolahnya sudah lama berakhir dan sekarang dia menunggu Uncle Malik menjemputnya di parkiran sekolah. Beberapa minit kemudian barulah kelihatan kereta milik ayahnya yang dikendarai oleh Uncle Malik perlahan-perlahan berhenti di hadapannya.

"Maaf Cik. Tadi jalan raya sesak. Lambat sikit" Uncle Malik tersenyum. Azzy hanya mengangguk. Entah kenapa dia merasa tidak sedap hati. Sepanjang perjalanan,Azzy hanya diam. Dia merasa sedikit penat dan perasaannya bercampur baur. Sampai di perkarangan rumah, Uncle Malik memarkir kereta dan Azzy langsung turun dan berjalan masuk ke dalam rumah. Belum sempat Azzy menutup pintu rumah Uncle Malik memanggilnya.

"Cik,boleh saya pinjam tandas rumah cik???" Pinta Uncle Malik.

"Uncle tak nak pergi tandas rumah Uncle?Rumah Uncle kan kat depan tu jer?" Azzy kehairanan.

"Uncle tak tahan nak kencing." Tanpa menunggu balasan Azzy,Uncle Malik menolak pintu dan meluru masuk ke dalam rumah. Azzy terpinga-pinga melihat Uncle Malik. Namun tidak pula dia bersangka buruk dengan Uncle Malik.
Azzy menutup pintu depan namun tidak menguncinya. Dia menunggu Uncle Malik kerana dia harus mengunci pintu utama itu dari dalam. Beberapa minit berlalu,Uncle Malik masih juga tidak muncul. Perasaan Azzy semakin gusar. Tiba-tiba mulut Azzy ditutup mengunakan tangan dari belakang. Azzy teriak namun teriakan tidak kedengaran akibat tangan yang menekupnya itu. Azzy menyiku dada orang di belakangnya. Dia menoleh dan terlihat Uncle Malik yang sedang menahan kesakitan.

"Uncle,Uncle nak buat apa kat Azzy ni?" Azzy semakin takut melihat Uncle Malik yang perlahan-lahan mendekatinya. Dengan sekelip mata saja,Azzy diterkam oleh Uncle Malik. Azzy menjerit apabila lehernya di cium kasar oleh Uncle Malik.Pergelangan tangannya di genggam erat oleh Uncle Malik. Azzy menangis sambil teriak meminta tolong. Uncle Malik menampar pipi Azzy beberapa kali dan menyuruhnya diam. Darah merah pekat mengalir dari hidung dan mulut Azzy. Azzy tidak berputus asa.Dia mencuba melawan. Azzy mengumpulkan tenaga yang tersisa dan menendang alat sulit Uncle Malik. Uncle Malik mengadu kesakitan. Azzy berusaha untuk bangun. Dia berlari ke arah pintu namun kakinya sempat di tahan oleh Uncle Malik. Azzy terjatuh. Kain sekolahnya dikoyak oleh Uncle Malik. Azzy menjerit lagi. Belum sempat Uncle Malik membuka zip seluarnya,Dzawin menendang Uncle Malik. Tangan Azzy ditarik oleh Dzawin. Azzy berusaha bangun. Dia berundur ke belakang Dzawin. Dzawin memberikan isyarat agar Azzy menghubungi polis. Azzy segera berlari ke meja telefon rumah mereka. Uncle Malik berdiri dan melihat Dzawin yang sedang menahan amarahnya. Penumbuk sudah digenggamnya. Ikutkan hati ingin dibunuhnya saja orang tua di hadapannya itu. Uncle Malik berusaha melarikan diri apabila tersedar bahawa Azzy menghubungi pihak polis. Namun langkahnya terhenti apabila Dzawin menahannya.

"Kalau kau nak hidup,kau duduk diam!!!" Dzawin menumbuk perut Uncle Malik sehingga Uncle Malik terduduk.

"Kau buat apa dengan Azzy ahhh binatang??? Kenapa kau sakitkan dia?? Apa salah dia dengan kau? Apa salah kami sekeluarga dengan kau???!!!" Dzawin mencekik leher Uncle Malik. Uncle Malik tidak melawan sebaliknya berkali-kali memohon maaf.

"Sebab nafsu binatang kau,kau lampiaskan dekat Azzy. Kau buat aku jijik,orang tua. Berkali kau minta maaf pun aku takkan maafkan kau!!!!" Satu lagi tumbukan hinggap di pipi Uncle Malik. Mahu saja Dzawin membunuh Uncle Malik di situ.Dia melayangkan lagi tangannya untuk menumbuk wajah Uncle Malik namun seseorang menahannya dari belakang. Dilihatnya seorang pegawai polis menenangkannya. Dia berdiri perlahan. Dilihatnya Azzy sudah tidak sedarkan diri dan berbaring di lantai tepi meja telefon rumah mereka. Dzawin bergegas ke arah Azzy. Dia meminta pegawai polis agar membawa Azzy segera ke hospital. Air mata Dzawin akhirnya tumpah apabila dia melihat darah mengalir dari hidung dan mulut Azzy. Sampai di hospital,Azzy langsung diperiksa. Setelah beberapa minit,doktor datang menemui Dzawin dan memberitahu bahawa Azzy dalam keadaan stabil dan akan bangun beberapa jam lagi. Dzawin menghembus nafas lega. Dia sudah memaklumkan kepada Encik Herman dan Puan Lina namun mereka tidak dapat pulang dengan segera. Setelah beberapa jam menunggu,akhirnya Azzy sedar. Kelihatan Dzawin duduk di tepi katilnya sambil mengenggam erat tangannya.

"Win" Suara Azzy sedikit serak.Dzawin melihat Azzy. Dia segera berdiri dan bergegas keluar untuk memberitahu doktor yang Azzy sudah sedar. Tidak lama kemudian, doktor datang diringi oleh seorang jururawat dan Dzawin sendiri. Doktor memeriksa keadaan Azzy.

"Kamu dah okay.Cuma perlukan sedikit rehat. Besok pun dah boleh check out." kata doktor yang memeriksa Azzy. Azzy mengukir senyuman sambil mengangguk. Dzawin mengucapkan terima kasih kepada doktor tersebut dan doktor bersama jururawat tersebut berlalu pergi.

"Azzy okay?" Tanya Dzawin sambil mengenggam tangan Azzy.Azzy mengangguk lemah.Benaknya teringat akan perbuatan Uncle Malik kepadanya. Airmatanya mengalir laju. Perasaannya bercampur baur. Namun dia sangat bersyukur sekali kerana Dzawin datang pada masa yang tepat. Dzawin mengelus rambut Azzy. Azzy menangis teresak-esak.Perlahan-lahan dia bangun dan memeluk Dzawin. Dzawin menepuk lembut belakang badan Azzy sambil memujuknya. Dia tahu Azzy sangat terkejut dengan kejadian yang menimpanya. Setelah Azzy sedikit tenang barulah Dzawin meleraikan pelukan mereka. Mereka tidak berkata apa-apa dan hanya bertatapan. Dzawin menyeka airmata Azzy yang masih mengalir di pipinya. Lidahnya kelu dan tidak mampu berkata lagi. Dzawin juga masih lagi terkejut dengan kejadian itu. Jikalau dia tidak pulang petang itu,sudah pasti Azzy akan dirosak oleh manusia bertopengkan syaitan yang ditumbuknya hingga lumat di rumah mereka. Malam itu Azzy tidak dapat tidur dengan lena. Bayangan Uncle Malik menghantuinya. Berkali-kali juga Dzawin mengejutkan Azzy dari igauannya. Keesokan harinya,Dzawin terbangun apabila seorang jururawat mengejutkannya. Dzawin melihat jam di tangannya. Jam 10 nanti dia harus menghadiri kelas. Dzawin memandang Azzy yang sudah sedar dari lenanya. Jururawat memeriksa Azzy dan mengambil beberapa sampel darah Azzy.Azzy menutup mata sambil mengigit bawah bibirnya bila jarum suntik dimasukkan ke uratnya untuk mengambil darahnya. Setelah selesai,jururawat memberitahu kepada Dzawin yang petang nanti Azzy sudah boleh keluar dari hospital. Dzawin mengangguk tanda mengerti. Setelah jururawat itu berlalu pergi,Dzawin mendekati Azzy yang masih berbaring di katil.

"Azzy, Win ada kelas jam 10 hari ni." Dzawin duduk semula di kerusi tepi katil Azzy.

"Win pergilah kelas,lagipun Azzy keluar wad petang. Kelas Win tak sampai petang kan?"Azzy membalas sambil tersenyum.

" Uhh kelas Win habis 3.30 pm."

"Its okay. Azzy tunggu Win nanti. Kalau tak sempat pun Azzy boleh naik grab."

"No. Win yang akan ambik Azzy. Azzy jangan nak macam-macam naik grab."

"Yelah,nanti Azzy tunggu Win ambik Azzy petang nanti. "

"Kalau macam tu Win balik dulu. Nak bersiap ke kampus."

"Take care,Win"

"You too"

Dzawin berlalu pergi. Azzy hanya melihat kelibat Dzawin sehingga menghilang di balik pintu. Azzy bersyukur kerana menemui Dzawin yang sangat baik kepadanya. Walaupun dia sudah mulai menyukai Dzawin sekian lama namun dia harus menyembunyikan perasaan itu agar Dzawin tidak berubah dan sentiasa menjadi abang terbaik buat Azzy.


*************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience