Azzy bersiap di depan cermin sambil mendengar lagu kesukaannya.Sesekali bibirnya mengikuti irama yang berkumandang.Hari itu adalah hari pertamanya sebagai mahasiswi jurutera. Sudah semestinya untuk seminggu ini dia akan menjalani orientasi di fakultinya. Setelah selesai berdandan, Azzy turun ke bawah. Puan Lina dan Encik Herman sudah pun berada di meja makan.
"Morning Mamy, Dady" Ucap Azzy. Dia mngucup pipi Puan Lina.
"Morning sayang." Jawab Puan Lina dituruti oleh Encik Herman sambil tersenyum manis.
"Cantiknya Azzy hari ni. Mesti banyak jejaka yang terpikat nanti ni" Puan Lina menyakat Azzy.
"Mamy, janganlah sakat Azzy." Azzy tersipu malu.
Puan Lina tertawa melihat gelagat Azzy. Setelah selesai sarapan, Azzy bergegas ke keretanya. Takut nanti dia lambat pula.
"Good luck sayang" Ucap Puan Lina. Azzy memeluk Puan Lina dan mengucup tangannya. Setelah itu Azzy menghulur tangannya kepada Encik Herman untuk bersalaman. Azzy mengucup tangan Encik Herman. Lelaki yang sangat penyayang dan mengambil berat akan dirinya. Encik Herman mengelus rambut Azzy.
"Good luck" Ucap Encik Herman. Azzy mengangkat kepalanya dan tersenyum manis.
"Terima kasih Dady, Mamy" Azzy tersenyum lagi. Rasa sayangnya kepada Puan Lina dan Encik Herman tiada tandingannya. Dia sudah menganggap mereka seperti nyawanya. Oleh kerana itulah, dia ingin membuat mereka bangga akan dirinya. Azzy meminta diri dan kemudian masuk ke dalam keretanya.
Sampai saja di kampus, Azzy memarkir kereta dan terus berlari menuju ke fakulti jurutera. Kerana dia tidak melihat kiri dan kanan,hampir saja dia dilanggar oleh Audi hitam yang juga sedang terburu-buru memarkir keretanya. Azzy terjatuh dan sikunya berdarah. Pemilik kereta tersebut keluar untuk melihat keadaan Azzy.
"Sorry saya tak sengaja" Pemilik kereta itu sedikit panik melihat siku Azzy yang berdarah.
"It's okay. Saya pun salah juga sebab tak tengok kiri kanan tadi" Jawab Azzy.
Lelaki pemilik kereta itu, membantunya berdiri. Azzy sedikit terpana dengan wajah kacak lelaki tersebut.
"Awak dari fakulti mana?" Tanya lelaki itu. Dia melihat Azzy tidak memiliki tag nama. Sudah tentu dia adalah mahasiswi baru di situ.
"Saya dari fakulti jurutera, hari ni hari pertama saya" jawab Azzy.
"Lahhh, saya senior fakulti awak. Hari ni saya yang handle kemasukan awak dan pelajar lain. Kenapa awak kelam kabut sangat.?Kan sesi awak mula jam 10.00? Sekarang baru jam 9.00"Lelaki itu tersenyum.
" Saya takut terlambat.Lagipun saya tak ingat sangat jalan ke fakulti jurutera. Saya takut saya sesat dan lambat nanti." Azzy mengaru kepalanya.
"Dah awak tunggu saya kat sini. Saya parkir kereta jap. Lepas tu kita pergi sama-sama" Lelaki itu berjalan masuk ke keretanya. Azzy mengangguk. Sikunya terasa perih.Setelah memarkir kereta di parkiran, lelaki itu kembali menemui Azzy.
"Oh ya, saya Aidyn. Awak boleh panggil saya Dyn. Awak?" Aidyn memperkenalkan dirinya
"Saya Azzy Qairisa.Awak boleh panggil saya Azzy"
Aidyn mengangguk. Dia membawa Azzy ke fakulti jurutera dan singgah sebentar ke bilik rawatan untuk mencuci dan membalut luka Azzy.
"Kita singgah bilik rawatan dulu. Luka kat siku tu tak boleh biar. Nanti kena jangkitan pula."Aidyn membuka pintu bilik rawatan dan mempersilakan Azzy masuk.Setelah membalut luka Azzy mereka berjalan beriringan ke tempat dimana Azzy dan pelajar lain perlu berkumpul. Nasib Azzy sedikit malang apabila mengetahui bahawa dalam intake bulan tersebut hanya dialah satu-satunya gadis yang mendaftar. Azzy mendengus. Dia berbaris di barisan sambil memuncungkan mulutnya. Dilihatnya sekelilingnya. Aidyn yang sudahpun duduk di meja yang disediakan memandang Azzy yang berbaris di belakang seorang lelaki. Dia tersenyum melihat Azzy yang melihat sekeliling sambil memuncungkan mulutnya.Azzy diberikan uniform, tag nama dan beberapa alat tulis oleh senior fakulti jurutera. Dia kemudian berjalan perlahan dan duduk di dalam barisan. Aidyn berjalan ke depan.
"Selamat datang ke fakulti jurutera. Untuk seminggu ini, saya dan beberapa senior akan mengendalikan aktiviti orientasi kamu. Saya Aidyn. Sekiranya ada apa-apa yang ingin kamu tanya jangan segan berjumpa dengan saya. Untuk tahun ini, kita akan ada beberapa aktiviti luar. Semua siswa dan siswi wajib untuk menyertai setiap aktiviti yang dianjurkan. Hari ini, kita hanya akan memberikan kumpulan dan perkenalan sahaja. Dan oleh kerana intake kali ini cuma ada seorang perempuan saja, kita mulakan sesi perkenalan dengan menjemput satu-satunya gadis dalam intake kali ini."Aidyn dan yang lain bersorak sambil bertepuk tangan. Azzy berdiri dan melangkah ke depan. Dia malu namun dia harus memberanikan diri. Azzy memperkenalkan diri. Setelah itu, dia masuk semula ke dalam barisan. Aidyn tersenyum. Setelah selesai perkenalan diri, mereka di bahagikan ke beberapa kumpulan kecil yang dianggotai oleh 4 orang.Azzy berjalan masuk ke bulatan kumpulannya.
"Hello" Azzy menyapa. Ahli kumpulannya memandangnya sambil bersorak. Hanya seorang saja yang diam namun tetap tersenyum.
"Azzyyyy. Welcome to the board. Duduklah. Jangan malu-malu." Salah seorang ahli kumpulannya mempelawanya duduk. Walaupun sesi perkenalan sudah tamat Azzy masih tidak dapat mengingat nama-nama setiap mereka yang memperkenalkan diri tadi. Azzy terpinga-pinga melihat mereka.
" My name is Arvie Stewart. Just call me Vie"Salah seorang dari mereka memperkenalkan diri. Azzy tersenyum sambil menundukkan kepalanya.
" Saya Ziqri Ryan.Panggil saya Ziqri. "Azzy memberikan senyuman kepada Ziqri.
Azzy memandang ke arah lelaki yang masih berdiam diri di tepinya.
" Saya Azzy Qairisa"Akhirnya Azzy memecahkan kesunyian. Dia memandang lagi jejaka di tepinya. Jejaka itu memandang Azzy dan tersenyum.
"Hello Azzy, saya Xiu Tan. Just call me Tan" Akhirnya dia bersuara dan memperkenalkan dirinya.
Aidyn meminta wakil setiap kumpulan ke depan sekaligus melantiknya sebagai ketua kumpulan.
"Tan saya rasa awak sesuai untuk jadi ketua kumpulan."Ziqri bersuara. Azzy dan Arvie mengangguk.
" Kamu rasa saya boleh ker? "Tan seperti tidak yakin. Dia mengaru kepalanya yang tidak gatal.
" Saya yakin awak boleh Tan"Azzy menepuk bahu Tan. Tan mengangguk dan berdiri lalu berjalan ke depan.
"Azzy, awak tinggal kat dorm juga ker?" Ziqri bertanya.
"Tak. Saya tinggal dengan parents."jawab Azzy
" So you drive lah dari sini balik rumah you?"Giliran Arvie pula bertanya.
" Yup. Sebenarnya jauh juga nak drive kadang-kadang sampai sejam kalau road jem."Azzy tersenyum.
"Awak tinggal area mana?" Ziqri perlahan membuka plastik gula-gula Dynamite dan menyumbatnya ke dalam mulutnya.
"Area Taman Lily. Jauh sikit dari sini" Azzy memandang kelakuan Ziqri.
"Ohhh, kita jiran lah ni. Saya pun tinggal area Taman Lily juga tapi saya tak rasa jauh. Sebab saya tunggang motorcyle. Vroom Vroom" Ziqri menjawab sambil melakukan gelagat seperti dia sedang menunggangi motor kesayangannya. Azzy tertawa lagi. Terhibur dengan gelagat Ziqri.
"Ummm lepas ni you ada pergi mana-mana tak?" Arvie menghulur coklat kitkat kepada Azzy. Azzy mengeleng dan menolak pemberian Arvie dengan baik.
"Saya nak jumpa abang saya lepas ni. Kat fakulti Medic" Balas Azzy.
"Ohh i ingat nak ajak you, Ziqri dengan Tan lepak kat cafe belakang tu. Sambil discuss pasal group kita ni" Kata Arvie lagi.
"Ohh saya rasa saya okay. Lagipun saya cuma singgah kejap jer nak jumpa abang saya"
Arvie mengangguk. Tidak lama kemudian Tan kembali bergabung dengan mereka. Beberapa lembar kertas dipegangnya erat.
"Senior nak suruh kita buat apa Tan?" Ziqri mendekati Tan.
"Ini senarai aktiviti yang kita kena ikut. Dan ada aktiviti tu kita yang kena tolong senior buat preparation. Also jam, tempat dan apa yang perlu dibawa pun mereka ada tulis kat sini. Lusa kita akan ada aktiviti luar. Kita kena ikut jungle trekking and camping. Senior kata kalau ada apa-apa yang tak kena atau sesiapa yang tak boleh ikut kena bagitahu awal-awal" panjang lebar Tan menerangkan.Azzy menarik nafas panjang.Dia tidak kisah dengan aktiviti yang lain tapi jungle trekking dan berkhemah membuat dia sedikit gusar. Fobianya terhadap kegelapan masih belum dapat diatasinya.
"Apa kata kita bincang kat Kafe nanti macam mana?Azzy dengan Ziqri on. Kau on tak Tan?" lamunan Azzy terhenti apabila Arvie bertanya pada Tan.
"Ummm okay. Saya on" Tan bersetuju.
"Tapi sebelum tu, kita teman Azzy ke fakulti Medic dulu. Dia nak jumpa abang ipar saya kat sana" Ziqri bergurau sambil mengenyit matanya ke arah Azzy.Azzy tertawa.
"Amboi kau Ziqri. Abang ipar akulah."Arvie tidak ingin kalah.
" Dah. Korang jangan nak ngade sangat. Abang ipar bagai. "Azzy berdiri setelah mendengar perkataan bersurai dari Aidyn. Yang lain hanya tertawa dan mengikuti Azzy.
" Azzy! "Azzy menoleh apabila terdengar namanya dipanggil. Langkah Arvie, Ziqri dan Tan juga terhenti.
" Ohh Aidyn. Ada yang boleh saya bantu? "Azzy sedikit kehairanan.
" Nah. Jangan lupa ganti kain pembalut luka awak. " Aidyn menghulurkan Bandage kepada Azzy. Azzy menyambut huluran Aidyn.
"Thank you Senior." Azzy mengucapkan terima kasih dan berjalan bersama Ziqri, Arvie dan Tan.
"Guys korang tahu tak jalan ke fakulti Medic?" Azzy bertanya kerana dia tidak ingat jalan ke sana.
"Saya tahu. Jum" Tan berjalan sedikit depan dari yang lain. Azzy, Ziqri dan Arvie hanya membuntuti Tan. Sampai di fakulti medic, Azzy menelefon Dzawin. Tidak lama kemudian Dzawin datang sambil membawa beberapa kantong plastik berisi snek. Dia melambai tangan ke arah Azzy namun pandangannya sedikit terganggu dengan tiga orang jejaka yang berada di sisi kiri dan kanan Azzy.
"Win" Azzy memeluk Dzawin. Dzawin tersenyum. Dia meleraikan pelukan mereka dan memberikan kantong plastik berisi snek yang dibelinya tadi kepada Azzy.
"So macam mana first day?" Tanya Dzawin.
"Everything okay Sir. Cuma Azzy seorang jer perempuan untuk intake kali ni. Oh ya, ini Vie, Ziqri dan Tan. Kiteorang satu group sepanjang orientasi ni. Dan Azzy kena ikut Jungle Trekking dan Camping"
"Uhh? Kena ikut?? Azzy kan tahu sendiri Azzy tak boleh."Dzawin kelihatan risau
" Its okay. Azzy kena cuba atasi fobia Azzy. Azzy tak boleh lama sangat ni. Kiteorang nak pergi Cafe bincang pasal aktiviti nanti"
"Mmm jangan balik lewat sangat tau. Vie dan yang lain tolong jaga Azzy. Jangan buat macam-macam pula."
"Yes Sir" serentak Arvie dan yang lain menjawab Dzawin. Dzawin tersenyum namun tidak seperti biasanya. Ada rasa gelisah dan risau terpampang di raut wajahnya. Azzy menepuk bahu Dzawin dan meminta diri. Dzawin mengangguk kepalanya dan membiarkan Azzy pergi bersama teman-temannya.Sampai saja di Cafe Haru, Azzy langsung duduk di meja hujung sambil mendengus kasar.
"Awak nak order apa-apa? Saya boleh tolong" Tan bertanya kepada Azzy.
"Cold Caramel Machiato. Thanks Tan."Tan hanya mengangguk dan meninggalkan Azzy sendirian di sana. Ziqri dan Arvie sibuk melihat dan memilih kek di tepi kaunter. Azzy tidak berminat sangat dengan kek dari cafe lain selain Cafe Bright. Rasa kek disitu tidak sama dengan kek buatan Kai.
Setelah beberapa minit memilih dan menunggu pesan mereka, akhirnya mereka kembali ke meja dimana Azzy setia menunggu mereka. Tan menghulur pesanan Azzy. Azzy mengucapkan terima kasih. Arvie menyorong sepotong kek strawberry ke arah Azzy.
"Nah, for you. My treat" Arvie tersenyum. Dia menerima pemberian Arvie kerana tidak mahu Arvie berfikir yang tidak-tidak terhadap dirinya.
"Mmm Tan, selain aktiviti yang awak bagitahu tadi, ada lagi yang kiteorang belum tahu?" Azzy membuka perbincangan.
"Uhh setiap kumpulan kena buat satu persembahan pada malam penutupan orientasi nanti." Balas Tan.
"Persembahan? Saya tak reti sangat nak menyembah-nyembah ni" Ziqri mengaru kepalanya. Azzy tertawa.
"Macam ni, apa kata kita menyanyi jer" Arvie memberikan cadangan.
"Siapa nak menyanyi pula Vie. Awak jangan nak macam-macam. Kang kena tendang kiter ngan senior nanti" Ziqri masih kebingungan.
"Actually Vie had a very good idea. Azzy rasa pun kiter patut buat apa yang kita boleh buat. Tan awak pandai main apa-apa instruments?" Azzy menyokong Arvie.
"Yeah, saya pandai main piano." Jawab Tan.
"Ziqri?" Tanya Azzy lagi.
"I can play guitar." Jawab Ziqri.
"Same here. And Arvie?"
"I pandai main drum. Tak lah hebat sangat but i can" Jawab Arvie.
"Perfect. And for vocalist, Azzy rasa Azzy boleh kot."
Arvie melihat Azzy dengan pandangan tidak percaya. Azzy mencapai telefon bimbitnya. Dia membuka playlistnya dan mencari muzik lagu Frank Sinatra 'Fly me to the moon'.Azzy bernyanyi lagu tersebut. Tan dan yang lain sedikit kaget dengan kemerduan suara Azzy. Setelah selesai menyanyi, Azzy memandang Arvie. Arvie dan yang lain memberikan tepukan gemuruh. Beberapa siswa siswi dan pekerja di situ juga ikut bertepuk tangan.
"So how's is it?" Tanyanya
"Perfect. You make me fall in love with you" Jawab Arvie.
"Me too" Ziqri masih tidak berkedip melihat Azzy.
Tan tidak berkata apa-apa. Tapi matanya hanya tertumpu kepada Azzy. Setelah berbincang beberapa perkara penting, Azzy dan yang lain bersiap untuk kembali ke rumah masing-masing. Belum sempat Azzy berdiri seorang lelaki sebaya Dzawin menegurnya.
"Hai, saya Danny. Saya dengar awak menyanyi tadi dan suara awak sangat merdu" puji lelaki yang senang disapa dengan panggilan Danny itu.
"Ohh thanks. Suara saya tak lah merdu sangat" jawab Azzy.
"Kalau awak tak keberatan, boleh saya minta nombor telefon awak?" Tanya Danny
"Uhhh, Sorry Danny bukan saya tak nak bagi awak tapi...."
"It's okay. Saya tak paksa awak. Dapat tahu nama awak pun dah okay." Danny memotong percakapan Azzy.
"Ummm ohhh Saya Azzy."
"Azzy,such a beautiful name. Nice to know you angel." goda Danny.
"Thanks. Saya kena gerak ni. Boyfriend saya dah tunggu saya ni."Azzy mengenggam tangan Arvie. Arvie terkesima. Azzy mencubit lengan Arvie tanda meminta tolong.
" Uhhh, baby nak makan apa malam ni? Biar biy belanja okay? "Arvie berlakon.
" Ummm baby ikut biy. Anything is okay"Jawab Azzy. Danny tersenyum sumbing dan berlalu pergi meninggalkan Azzy. Azzy menghembus nafas lega.
"Thanks Vie" Azzy tersenyum.
"Anything for you my dear" Arvie mencubit pipi Azzy.
"Stop it" Azzy tertawa.
Mereka kemudian beransur pulang. Sempat juga Azzy menumpangkan Ziqri kerana motosikal Ziqri tidak hidup. Ziqri terpaksa meminta bantuan mekanik untuk membawanya ke bengkel. Kebetulan juga rumah Azzy dan Ziqri berdekatan. Cuma saja rumah Ziqri sedikit ke depan berbanding rumah Azzy. Tapi jarak mereka tidak jauh. Jika berjalan kaki juga akan sampai.
"Thanks tau Azzy." Ziqri menanggalkan tali keledar dari tubuhnya.
"No hal lah. Lagipun kita sejalan." Jawab Azzy
"Awak tak nak singgah ker?" tanya Ziqri lagi.
"It's okay. Maybe next time" Azzy menolak pelawaan Ziqri dengan baik.
"Okay then. Take care balik tau.Ada apa-apa just call me okay.?Kita ada buat group tadikan. Number saya dan yang lain ada kat sana. Apa-apa inform okay?"
"Okay Ziqri. Rumah saya pun depan sana jer. Jangan lah risau sangat." jawab Azzy
"Okay. Take care tau. Bye Azzy"
"Bye Ziqri."Azzy melambaikan tangan setelah Ziqri turun dari kereta. Setelah itu dia menyambung perjalanannya balik ke rumah.
****************************
Share this novel