Azzy berlari di dalam kegelapan. Nafasnya tidak teratur. Petir sambung menyambung. Dia ketakutan. Airmatanya mengalir deras.
"Berhenti budak tak guna" Suara Eliz memecah keheningan.
"Tidak, tidakkkk jangannnn auntie. Azzy minta maaf" Kaki Azzy dipegang erat oleh Eliz.
Di sisi lainnya kelihatan uncle Malik sedang menjelirkan lidah mendekati Azzy. Azzy meronta namun kudratnya tidak mampu melawan genggaman Eliz pada kakinya. Azzy menjerit meminta tolong. Dia mendengar suara lelaki sayup-sayup memanggil namanya. Dia tersedar dari mimpi buruknya. Peluh membasahi badannya. Dilihatnya Arvie kelihatan cemas di tepinya manakala Ziqri dan Tan mengintai d balik pintu khemah. Azzy memeluk Arvie. Dia menangis. Arvie menepuk lembut belakang Azzy. Memujuknya agar tidak menangis lagi.
"What's wrong Princess?" Arvie bertanya lembut. Azzy tidak menjawab sebaliknya memeluk Arvie lebih erat. Suara esakan tangisnya membuat Arvie semakin risau.Tan dan Ziqri masuk ke dalam khemah. Pintu khemah dibiarkan terbuka agar tidak ada yang salah faham akan perbuatan mereka. Tan mengelus lembut rambut Azzy sambil memujuknya. Azzy akhirnya sedikit tenang. Airmatanya diseka oleh Arvie.
"What's wrong?" Tanya Arvie lagi.
"Nightmare" Azzy membalas ringkas. Arvie menghela nafas berat.
"It's okay. Just a nightmare. Kami semua ada dengan awak. Kami akan lindung awak Azzy" Tan menepuk bahu Azzy. Azzy mengangguk.Kedengaran suara Aidyn dan beberapa senior lain sedang mengarahkan mereka berkumpul. Arvie, Azzy, Tan dan Ziqri keluar dari khemah.Mereka berkumpul. Aidyn menerangkan bahawa hari itu mereka akan mengadakan aktiviti Jungle Trekking. Destinasi mereka adalah AirTerjun 7 tingkat di hutan tersebut. Azzy dan yang lain hanya diberikan beberapa minit untuk mandi dan bersiap. Mereka harus sampai ke Air terjun tersebut sebelum tengah hari dan akan kembali semula ke tapak perkhemahan sebelum matahari terbenam. Setelah mengerti akan peraturan dan tatatertib semasa Jungle Trekking, Azzy dan yang lain dilepaskan untuk mandi dan bersiap sedia. Azzy sebenarnya sangat teruja. Apalagi itu adalah kali pertama dia mengikuti aktiviti sedemikian. Namun fikirannya masih terganggu dengan mimpi buruknya.Bayangan Eliz dan Uncle Malik bermain di benaknya.Cepat-cepat dia menepis semua kenangan yang menyakitkan itu. Setelah beberapa minit bersiap mereka semua bertolak menuju ke Air Terjun yang dimaksudkan oleh Aidyn. Sepanjang perjalanan Azzy teruja melihat flora dan fauna yang terbentang di hadapan matanya. Lebih-lebih lagi apabila dia terlihat bunga anggerik hutan yang tumbuh meliar di setiap perjalanan mereka. Tan, Ziqri dan Arvie tetap berada di belakang Azzy. Sentiasa mengawasi setiap gerak geri Azzy. Sesekali mereka berhenti untuk mengatur nafas dan mengisi tengorokkan yang kering dengan air yang mereka bawa. Setelah itu mereka kembali meneruskan perjalanan ke destinasi mereka.Tekaan Aidyn benar apabila mereka sampai ke kawasan Air Terjun tersebut pada tengah hari. Azzy hampir menjerit melihat keindahan air terjun di hadapannya. Senyumannya tidak lekang lagi dari bibirnya. Dia mengambil beberapa keping gambar menggunakan kamera Nikon yang dihadiahkan oleh Dzawin pada hari ulang tahunnya tahun lalu. Azzy memejamkan matanya setika sambil menghirup udara segar disitu. Dia terkejut apabila tangannya dipegang oleh Arvie.
"Jom. Duduk kat sana" Ajak Arvie. Azzy mengangguk dan menuruti langkah Arvie.Mereka berjalan di batu-batuan menghala ke kaki air terjun. Azzy duduk di salah satu bongkah batu yang sedikit besar. Kakinya direndam ke dalam air sungai yang dingin. Azzy mulai mengambil beberapa keping gambar pemandangan di hadapanya. Azzy memandang Arvie. Arvie sedang menghayati panorama dan udara yang segar. Dia menutup matanya sambil menarik nafas panjang dan menghembusnya sambil tersenyum. Azzy tersenyum. Dia menghalakan kameranya ke arah Arvie dan mengambil beberapa keping gambar Arvie. Arvie tidak menyedari kelakuan Azzy. Tan dan Ziqri menyapa mereka dari belakang. Ziqri hanya memakai seluar sport paras lutut tanpa baju dan Tan memakai seluar sport atas lutut dan sleeveless shirt berwarna hitam. Azzy terlopong melihat dua sahabatnya yang tidak kalah kacaknya. Cepat-cepat Azzy melihat ke arah lain. Tidak ingin mereka perasaan akan kelakuannya.
"Princess, i see you. Blushing" Ziqri menyakat Azzy. Azzy tidak menjawab hanya tersenyum malu.
"I cannot brain lah Tan. Even our princess pun tak boleh lari dari pesona kita" Sambung Ziqri sambil tertawa.
"Wohhhh" Azzy terkejut bila mendengar suara teriakan senior perempuan yang sedang berkumpul sambil bergosip di balik bongkah batuan sungai yang besar. Hampir tercabut jantung Azzy melihat Arvie membuka bajunya di hadapannya dengan selamba. Mata Azzy membulat, pipinya terasa panas. Arvie memiliki badan yang mempesona. Tidak hairanlah banyak yang menyukainya.Azzy berdiri ingin melepaskan diri dari zon merah yang mengelilinginya. Takut saja hidungnya berdarah melihat kelakuan rakan-rakannya. Tan menghalang Azzy ketika Azzy ingin berlalu pergi meninggalkan mereka.
"It's okay. Saya tak jalan jauh. Just go with Ziqri and Vie."Azzy tahu Tan bimbang akan dirinya.
" Promise me. Take care of yourself please? "
" Sure. Don't worry too much "Azzy perlahan melangkah pergi.
Azzy berjalan sambil mengambil gambar panorama indah di setiap langkahnya. Anggerik hutan yang tumbuh meliar menarik perhatiannya. Tanpa dia sedari dia sudahpun berjalan jauh masuk ke dalam hutan. Ketika ingin berpatah balik, Azzy tidak lagi mengingat jalan. Jantung Azzy berdebar laju. Azzy memandang sekeliling. Hanya dia berada di situ.
"Vie!!!!!!!! Ziqri!!!!!!!! Tan!!!!!!!" Jerit Azzy. Namun jeritannya itu tidak berguna. Azzy duduk di bawah pohon besar sambil menangis. Dia sangat takut. Apalagi hari sudah petang dan malam bakal menjelma. Di kawasan Air Terjun Arvie yang menyedari akan kehilangan Azzy mencarinya. Namun Azzy tidak ditemui. Ziqri dan Tan juga mulai panik ketika Arvie memberitahu yang dia tidak menemui Azzy di mana-mana.
"Jason kata dia ada nampak Azzy pergi kat arah sana sambil ambik gambar" Ziqri tercungap-cungap setelah berlari menghampiri Tan dan Arvie.
"Ohhh god. Kita kena cari dia sebelum malam." Tan semakin gelabah. Aidyn yang sudah tahu akan hal tersebut menghampiri Arvie.
"What happen? Where is Azzy?" Tanya Aidyn
"We don't know. Ada nampak dia ambik gambar arah sana tadi. Saya takut dia sesat kat dalam hutan"Jawab Ziqri
" We have to find princess"Arvie mencapai T-shirt putihnya dan memakainya. Dia memeriksa beg yang di bawanya. Setelah itu dia menyangkutkan tali beg di kedua bahunya.
" I'll go"Dia berjalan ke arah yang ditujukan oleh Jason.
"Waitt Arvie. We've will go with you" Tan mencapai begnya dan mengikuti langkah Arvie. Ziqri dan Aidyn juga menyertai mereka. Sempat juga Aidyn menyuruh senior yang tinggal untuk menjaga junior disitu. Aidyn juga memesan yang mereka harus pulang ke kawasan perkhemahan sebelum malam menjelang. Setelah itu dia hilang bersama Arvie dan yang lain.
*************
Share this novel