6

Other Series 2215

Setelah seminggu menjalani orientasi,Dzawin semakin terbiasa dengan suasana di fakultinya. Seniornya sangat ramah kepadanya. Terutama sekali senior perempuan. Di minggu orientasi saja dia sudah menjadi King dalam acara penutupan orientasi fakulti medic yang dianjurkan oleh senior-seniornya. Dzawin terkadang tidak mengerti apa yang orang-orang lihat pada dirinya sehingga banyak yang tertarik dengannya. Dzawin duduk di Kafe Haru sambil membuka laptopnya. Untuk sesi pembelajaran awal,dia sudah harus membuat ringkasan mengenai pengenalan medic yang diterangkan oleh lecturernya pagi tadi. Dia menaip sambil menghirup Hot Latte yang dipesannya. Tiba-tiba saja pikirannya terganggu dengan bayangan Azzy. Dia memandang telefon bimbitnya. Tiada Whatsapp seperti biasa. Panggilan masuk juga tiada. Dia mencapai telefon bimbitnya dan membuka aplikasi Whatsappnya.

"Hey •_•.Azzy x chat Win macam biasa. Azzy busy ehh??" taip Win. Segera dia menekan butang Kirim dan menunggu balasan Azzy.

Dzawin menyambung menaip kerjanya. Dia memandang lagi telefon bimbitnya. Tiada balasan dari Azzy. Dia melihat jam tangannya. Sepatutnya Azzy sudah pulang dari sekolah. Hampir 3 jam Dzawin menghabiskan masa di Kafe sendirian. Setelah tugasnya selesai,dia berkemas dan berjalan kembali ke dormnya. Sampai di dorm,dia melihat lagi telefon bimbitnya. Masih tiada balasan dari Azzy. Akhirnya,Dzawin menghubungi Azzy kerana merasa risau jika ada apa-apa berlaku kepada Azzy. Setelah dua kali dia mencuba menghubungi Azzy barulah akhirnya Azzy menjawab panggilan.

"Win." Suara Azzy sedikit serak. Dzawin mula risau.

"Azzy,kamu okay? Kenapa tak chat Win? Win chat pun tak balas.Azzy sihat ker?"Balas Dzawin dengan nada cemas.

" Azzy okay. Sorry Win. Tadi lepas Azzy balik,Azzy terus tidur. Azzy tak sihat sangat. Flu dan demam dari semalam. Mamy tak suruh turun sekolah tapi hari ni Azzy ada Peperiksaan Percubaan untuk SPM nanti."Azzy membalas dengan nada lemah sambil terbatuk kecil.

"Tak ajak mamy bawak ke klinik ke hospital ker?? Win risaulah." Dzawin mula tidak senang duduk.

"Dah,mamy dah bawak dah kelmarin. " Azzy perlahan-lahan bangun dan bersandar di birai katilnya.

"Mmm,makan ubat okay? Win takdah kat sana nak jaga Azzy macam selalu."

"It's okay Win. Azzy dah besar. Boleh jaga diri sendiri. So how school?Ehhh no bukan school dah." Azzy tertawa kecil.

"Win okay kat sini. Cuma......" Dzawin tidak menghabiskan ayatnya.

"Cuma apa?" Tanya Azzy

"Cuma.... Win mmm rindukan... Azzy."Ucap Win tergagap-gagap.

"Azzy lagi rindukan Win tau. Hari-hari Azzy cakap dengan Cimong."

"Kenapa bagitau Cimong.? Bagitaulah Win" Dzawin tersenyum. Degup jantungnya sedikit laju.

"Kalau Azzy bagitau Win bukannya dapat jumpa Azzy pun." kata Azzy.

"Win pulang.Tunggu Win xda kelas okay?"

"Yelah.Azzy faham. Win dah sibuk dah sekarang. Banyak peminat pula tu. Biasalah Junior Paling Hot kat sana"

"Ehhh mana ada. Kenapa? Azzy jeles ehh???"

"No!!! Azzy tak jeles okay?"

"Yelah tu,dari nada pun dah tau. Win tak layan pun semua tu. Lagipun Win masih nak fokus dengan pembelajaran dulu tahun pertama ni. Nanti tahun kedua nanti baru cari awek."

"Fine" Azzy menamatkan perbualan mereka. Sedikit merasa cemburu pada Dzawin. Telefon Azzy berdering lagi.Tertera nama Dzawin di skrin telefon. Azzy tidak menjawabnya. Membiarkan telefonnya berdering beberapa kali dan kemudian berhenti. Azzy kemudian berbaring lagi dan tidur.

Keesokan harinya,Azzy bangun seperti biasa. Kerana hari itu hari sabtu dia tidak perlu pergi ke sekolah. Dia mencapai tuala dan berjalan perlahan ke bilik air. Kepalanya sedikit pening. Dia merasakan sakit di seluruh badannya. Dan demamnya masih tidak reda. Setelah selesai mandi,Azzy mengenakan pakaian dan berjalan turun ke bawah. Sampai saja di anak tangga terakhir Azzy merasa kepalanya sangat berat dan jatuh pengsan. Puan Lina yang melihat Azzy terjatuh bergegas ke arah Azzy. Dia menjerit meminta tolong. Uncle Malik dan Encik Herman yang kebetulan baru kembali dari mengambil beberapa dokumen di pejabat berlari menemui Puan Lina dan Encik Herman mengangkat badan Azzy ke kereta. Mereka masuk ke dalam kereta dan bergegas ke hospital. Setelah diberikan rawatan,beberapa jam kemudian barulah Azzy sedar semula. Dilihatnya Dzawin sedang duduk di sampingnya sambil mengenggam erat tangannya.

"Win" Azzy bersuara lemah. Dzawin mengangkat kepalanya. Matanya sedikit merah. Ada airmata yang masih bertakung di tubir matanya.

"Azzy. Azzy dah sedar??? Tunggu Win panggilkan doktor. " Dzawin berdiri dan berlari keluar. Tidak lama kemudian,Doktor dan seorang jururawat datang. Azzy diperiksa.Encik Herman dan Puan Lina yang baru saja keluar dari bilik doktor untuk mengetahui keadaan Azzy juga berada di situ.

"Adik,adik kena banyak berehat tau lepas ni. Jangan kerap keluar malam. Dan makan ubat yang doktor akan beri nanti okay?" Doktor yang memeriksa Azzy tersenyum manis. Azzy hanya mengangguk dan membalas senyuman Doktor itu. Setelah doktor itu keluar,Puan Lina mendekati Azzy.

"Azzy,lepas ni Azzy kena jaga kesihatan baik-baik. Kalau rasa sangat sakit terus bagitahu mamy atau dady."kata Puan Lina.

"Azzy kenapa mamy?"tanya Dzawin.

"Azzy,Win dengar baik-baik okay? Azzy menghidap Anemia tahap awal. Masih boleh disembuhkan.Cuma Azzy kena rajin makan ubat." Dzawin terduduk. Dia menahan lagi tangisnya.Dzawin bukanlah tipe orang yang mudah menangis. Tapi apa saja berkaitan dengan Azzy dia tidak akan mampu menahan tangisnya. Pernah sekali Azzy terjatuh dari basikal dan berdarah,Dzawin menangis teresak-esak sambil membawa Azzy masuk ke rumah. Puan Lina dan Encik Herman berlalu pergi beberapa minit kemudian setelah Dzawin memberitahu mereka yang dia akan menjaga Azzy malam itu. Dzawin duduk lagi sambil memandang Azzy. Azzy tersenyum kecil.Dzawin tidak berkata-kata namun airmatanya menitis. Dia sangat lemah melihat Azzy begitu.

"Win,Azzy okay.Azzy belum nak mati pun" Ucap Azzy

"Kenapa cakap macam tu? Huh?" Nada Dzawin sedikit marah.

"Azzy okay. Jangan risau. Lusa kan Azzy dah boleh balik rumah."

"Mmmm" Dzawin menyeka airmatanya.

"Senyum sikit.Azzy makin sakit tengok Win macam ni tau" Ujar Azzy.Dzawin tersenyum kelat.

"Ehh,tapi macam mana Win tau Azzy masuk hospital?Mamy and dady call ehh???" Sambung Azzy

"Tak. Win balik rumah pagi tadi. Bibik yang bagitau Azzy kat sini. Win ingat nak bagi suprise kat Azzy. Sebab Azzy merajuk kat Win semalam." jawab Dzawin

"Ohhh.Azzy tak marah. Cuma semalam Azzy nak rehat awal. Kepala pening sangat" Bohong Azzy. Dia tidak mau Dzawin tahu yang dia cemburu.

"Mmm.I go get some water. Tunggu kat sini" Dzawin mencapai jug air di atas meja tepi katil Azzy. Azzy mengangguk.

"Win,it's hurt when i know that you will never look at me the way i look at you" Desis hati Azzy.


*********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience