9

Other Series 2215

Hari berlalu dengan pantas. Tidak terasa Azzy sudah pun menamatkan peperiksaan SPM yang didudukinya. Kini dia hanya perlu menunggu keputusan penilaian kertas-kertas Spm yang sudah dijawabnya dengan sedaya upaya.

"Minggu depan keputusan Spm dah nak keluar" Azzy berbual dengan Dzawin melalui telefon.

"Win yakin Azzy mesti dapat semua A. Soalan tu semua kacang jer tu bagi Azzy" Dzawin memberikan semangat kepada Azzy.

"Azzy risau.Kalau-kalau target Azzy tak sampai" Suara Azzy kedengaran sedikit gelisah.

"Trust me. You can do it" Dzawin memberi semangat lagi.

Setelah berbual beberapa minit dengan Dzawin,Azzy menamatkan perbualan mereka. Dia merasa tenang setelah berbicara dengan Dzawin. Tiba-tiba dia teringat kejadian yang menimpanya beberapa bulan yang lalu. Sehingga kini,dia tidak mampu memaafkan kelakuan Uncle Malik. Memorinya kembali mengenang kelakuan Eliz terhadapnya sewaktu dia kecil. Dia tidak berdendam. Namun untuk memaafkan orang-orang itu,dia masih belum cukup kuat. Azzy tertanya-tanya apa yang Eliz lakukan saat ini. Fikirannya sedikit terganggu dengan memori hitam yang menimpa dirinya. Azzy menghempaskan tubuhnya ke tilam empuknya. Perlahan-lahan matanya tertutup dan akhirnya dia terlena.

Seminggu berlalu dengan pantas. Kini hari yang paling ditunggu oleh Azzy pun tiba. Dia berbaris di barisan kelasnya untuk mengambil keputusan Spmnya. Jantungnya berdegup kencang. Dia merasa tidak nyaman dan gugup. Tangannya gementaran ketika guru kelasnya mempersilakannya duduk dan memberikan slip berwarna putih kepadanya. Azzy mengucapkan terima kasih dan berlalu ke luar dewan tempat dia mengambil keputusan Spmnya. Dia memandang slip putih di tangannya. Dia menarik nafas panjang dan membukanya perlahan. Mata Azzy terbeliak melihat slip keputusan nya. Matanya berair. Itu bukanlah seperti yang dia inginkan. Telefon bimbitnya berdering. Nama Dzawin tertera di skrin telefonnya. Azzy mengangkat panggilan dari Dzawin.

"Hello,Win dah sampai dah ni dengan Mamy and Dady kat luar. Tempat biasa"

"Okay,Azzy keluar sekarang. " Azzy menamatkan panggilan dari Dzawin.

Sebenarnya,Encik Herman,Puan Lina dan Dzawin ingin menemani Azzy masuk ke dewan pengambilan sijil Spm nya namun Azzy berkeras hendak mengambilnya sendiri. Azzy berlari anak ketika melihat kereta Dzawin di parkiran sekolah. Azzy masuk ke dalam kereta dengan wajah yang sedih.

"So,macam mana keputusan?" tanya Encik Herman. Azzy mengeleng lemah. Dia hanya tunduk dan tidak bertatapan dengan Puan Lina dan Encik Herman. Perlahan-lahan slip keputusannya di beri kepada Encik Herman. Encik Herman membuka slip keputusan Azzy dan hampir teriak apabila Azzy ternyata memperoleh gred A dalam semua mata pelajarannya. Encik Herman tidak bersuara dan hanya terlopong. Dzawin merampas slip keptusan Azzy dari tangan Encik Herman dan membukanya. Dzawin menjerit membuatkan Puan Lina melatah.

"Azzy,you got all A's!!!!!!!!!" Azzy tersenyum. Sebenarnya dia hanya berpura-pura sedih dan ingin memberikan kejutan kepada Encik Herman,Puan Lina dan Dzawin tentang keputusan Spmnya itu. Keputusannya tidak seperti yang diinginkannya kerana itu lebih daripada tafsirannya. Puan Lina memeluk Azzy.

"Congrats baby,you did it" Ucap Puan Lina. Airmata Puan Lina mengalir. Dia sangat bangga dan bahagia dengan pencapaian Azzy.

"Malam ni dady belanja steamboat to celebrate our princess" Encik Herman yang masih tidak percaya akhirnya bersuara.

"Yeah!!!" Serentak Azzy dan Dzawin menjawab.

Beberapa bulan kedepannya,Azzy sudah pun mendaftar sebagai mahasiswi jurusan jurutera di kampus yang sama dengan Dzawin. Walaupun pengambilan itu dibuka pada awal bulan April namun Azzy mendaftar sedikit awal. Bulan depan impiannya sebagai mahasiswi jurutera akan tercapai. Dia juga sudah lulus dalam ujian memandu dan mendapat lesen memandunya bulan lalu. Kerana dia tidak ingin tinggal di dorm,dia terpaksa berulang alik dari rumah ke kampusnya. Lagipula dia tidak ingin sesiapa lagi menjadi pemandunya. Cukuplah Encik Herman saja yang mempunyai pemandu peribadi. Ingatan Azzy akan Uncle Malik masih terpapar di memori hitamnya. Petang itu,Azzy memandu ke tempat Dzawin. Sengaja ingin mencuba dan alasan lainnya dia sangat merindui Dzawin. Sudah hampir 2 bulan mereka tidak bertemu. Dzawin terlalu sibuk dan mereka hanya berbicara sebentar melalui panggilan telefon. Kadang-kadang mesej Azzy juga tidak dibalas oleh Dzawin. Setelah sampai di Cafe Haru,Azzy menghantar pesanan kepada Dzawin melalui Whatsapp. Tidak lama kemudian,Dzawin muncul sambil melambaikan tangan dari kejauhan. Azzy membalas lambaian Dzawin. Dzawin berlari anak mendekati Azzy. Azzy merangkul tubuh sasa Dzawin dan memeluknya erat. Dia tidak peduli lagi apa yang Dzawin fikir akan perlakuannya itu. Dia sangat merindui Dzawin. Dzawin yang sedikit terkejut akhirnya tersenyum dan membalas pelukan Azzy. Rambut Azzy di elusnya lembut. Aroma wangi rambut Azzy menerpa ke hidungnya. Azzy meleraikan pelukan mereka dan memimpin tangan Dzawin masuk ke dalam cafe. Setelah memesan minuman,mereka duduk di meja yang menghadap ke luar.

"Did you change your shampoo?" Pertanyaan Dzawin membuat Azzy terkekek ketawa.

"Macam mana Win tahu?" Giliran Azzy bertanya.

"Well,it's not familliar scent. But im kinda like it" Jawab Dzawin.

Azzy tersenyum. Dia memandang sekeliling cafe. Sangat bersih dan teratur. Tidak hairanlah Dzawin suka menghabiskan masa di cafe itu. Azzy dikejutkan dengan kedatangan dua orang wanita sebaya Dzawin. Masing-masing memegang coklat dan patung beruang. Riak wajah mereka sedikit berubah bila melihat Azzy yang duduk di depan Dzawin.

"Hai Dzawin. Mmm saya nak bagi ni untuk awak" Kata salah seorang gadis yang menghampiri mereka.

"Uhh?Untuk apa?Birthday saya lambat lagi" Balas Dzawin. Gadis itu tersipu malu.

"Sebagai tanda terima kasih sebab tolong saya angkat buku kat makmal hari tue" Kata gadis itu lagi. Seorang gadis lagi hanya diam dan menatap Dzawin tanpa berkelip setelah memberikan hadiahnya.

"Lah,its okay lah. Saya tak perlukan balasan.Saya ikhlas tolong awak dan rakan yang lain."Dzawin tersenyum

" Its okay. Hadiah ni pun saya bagi ikhlas. Supaya awak tak lupakan saya"Wajah gadis itu berubah merah setelah melihat senyuman manis yang terukir di bibir Dzawin. Azzy mendehem sambil mengibas rambut ikalnya.

"Panaslah Win. Azzy keluar dululah. Dah selesai nanti Win jumpa Azzy kat luar. Azzy tunggu dalam kereta." Azzy berdiri dan mencapai dompet dan kunci keretanya yang terampai di atas meja dan melangkah perlahan. Laju saja Dzawin mengenggam pergelangan tangan Azzy. Langkah Azzy terhenti.

"Thank you for the gift. But i cannot accept it. Saya tolong kamu dengan yang lain dengan ikhlas. Uhh saya kena pergi sebab saya ada hal penting nak buat.Thank you once again"Dzawin tersenyum lagi.

Azzy memuncungkan mulutnya. Dan melangkah pergi. Dzawin mengikuti langkah Azzy. Azzy keluar dan masuk ke dalam keretanya. Panggilan Dzawin tidak dihiraunya. Dzawin mengetuk cermin kereta Azzy.Azzy tidak mengendahkan Dzawin. Setelah beberapa minit Dzawin mengetuk cermin kereta Azzy sambil memujuknya agar membuka tingkapnya,akhirnya Azzy mengalah. Dia menurunkan tingkap keretanya. Dia memandang Dzawin dengan pandangan tajam.

" Azzy dengar Win dulu please."Rayu Dzawin.

"Masuk" Arahnya kepada Dzawin.Dzawin hanya menurut dan masuk ke dalam kereta. Azzy menghidupkan enjin keretanya dan memandu keluar dari parkiran cafe tersebut.

"Azzy,Win dengan perempuan tadi takdah apa-apa. Dia rakan satu fakulti Win jer. Azzy janganlah salah faham."terang Dzawin
Azzy masih berdiam diri. Dia fokus pada pemanduannya.

" Lagipun Win takdah rasa lagi nak cinta-cinta ni. Win takdah masa. Banyak sangat tugas kat kampus.Lepas tu Win kena kekalkan pointer Win. Win tak pandai sangat macam Azzy. Walaupun Win ambil Medic otak Win tetap lembap.Win bersyukur juga sebab dapat masuk Medic. "Luah Dzawin. Azzy masih berdiam. Dzawin mengamati jalan di sekelilingnya. Dia tersenyum sambil memandang Azzy.

" Azzy nak bawa Win pergi mana?"Tanyanya.

"Makan. Azzy nak makan. Win kena belanja Azzy"

Dzawin tersenyum. Dia tahu setiap kali Azzy merasa sedih,marah atau kecewa,dia pasti akan ke Cafe Bright kerana disana sajalah dia akan mendapatkan kek oreo kesukaanya. Mujurlah kedai itu tidak jauh dari kampus Dzawin. Dan bila Azzy sudah mendaftar di kampus itu,sudah pasti setiap hari dia akan mengunjungi cafe kesukaannya itu. Dzawin hanya beberapa kali ke Cafe Bright kerana dia lebih suka suasana Cafe Haru yang sunyi dan tidak banyak orang. Sampai saja di depan Cafe Bright,Azzy perlahan ke parkiran dan memarkir keretanya tepat menghala ke pintu masuk Cafe Bright.Setelah itu,dia dan Dzawin turun. Dzawin merangkul bahu Azzy sambil tersenyum.Azzy sedikit kaget akan kelakuan Dzawin.

"I even don't know that My Azzy dah pandai pandu kereta dan ada kereta sendiri" Azzy hanya membalas Dzawin dengan senyuman. Azzy menolak pintu masuk ke dalam Cafe Bright. Kai hampir menjerit bila melihat Azzy. Dia meluru ke arah Azzy dan memeluknya erat. Kai adalah sepupu rapat Dzawin dan dia juga sangat rapat dengan Azzy. Nama sebenar Kai ialah Kaisarah.Namun dia lebih selesa disapa dengan nama Kai kerana personalitinya yang 'tomboyish'.Cafe itu juga hasil usaha Kai sendiri. Kai lebih tua setahun dari Dzawin. Dia tidak minat lagi untuk menyambung pelajarannya dan lebih suka membuka bisnes sendiri. Kai mengikuti banyak kursus keusahawanan dan akhirnya setelah pihak bank meluluskan pinjamannya dan mendapat bantuan dari ayahnya,Kai pun berjaya membuka cafe sendiri. Walaupun belum lama berkecimpung dalam perniagaan namun cafe Kai tidak pernah sunyi. Kai juga mengupah beberapa orang pekerja dan runner untuk cafenya.

"Aiih,takkan Azzy jer yang dapat pelukan.Win pun nak juga." Dzawin mendekati Kai dan berpura-pura ingin memeluknya.

"Ahhhh kau jangan nak macam-macam ehh.Nak ambik kesempatan pula. " Kai menepis tangan Dzawin. Dzawin terkekek ketawa.

"I miss you so much baby.And congratsssss sebab dapat semua A dalam Spm" Kai mencubit pipi Azzy dan memeluknya lagi.

"Thank you baby" Azzy membalas pelukan Kai.

"Dahhh jangan nak jejak kasih sangat kat sini" Dzawin meleraikan pelukan Azzy dan Kai.

"Eleh jeles lah tu. Okaylah korang duduk dulu. Tak payah nak order-order kat cashier bagai.Hari ni aku belanja korang. Duduk-duduk,buat macam rumah sendiri" Kai mempelawa mereka duduk.Azzy tertawa melihat gelagat Kai. Azzy dan Dzawin kemudian duduk di tepi cermin kaca yang tembus pandang ke luar. Pokok bunga Kaktus bersaiz kecil menghiasi meja mereka.

"Azzy marahkan Win lagi?" Dzawin memulakan perbicaraan dengan Azzy. Azzy mengeleng sambil tersenyum. Setiap kali dia berkunjung ke Cafe Bright,semua kesedihan,rasa marah dan kekecewaannya akan hilang sedikit demi sedikit. Tidak lama kemudian,Kai datang bersama sebiji kek Oreo,Latte dan Caramel Machiato untuk Azzy dan Dzawin.

"Wahhh" Azzy terpesona melihat hiasan di atas kek yang diletakkan di depannya. Biskut Oreo dan hiasan patung One Piece menghias kek tersebut.Kai tahu Dzawin dan Azzy sangat gila akan One Piece.Tulisan 'Congratulation Baby' di tengah bulatan kek tersebut membuatkan Azzy tersenyum.

"Thanks baby." Azzy memeluk Kai lagi.

"Anything for you baby" Kai membalas pelukan Azzy sambil mengelus rambut Azzy yang halus. Setelah beberapa saat berpelukan,Kai meleraikan pelukannya dengan Azzy.Dia duduk di samping Azzy.

"Kejap ehh Azzy nak ambik gambar" Azzy mengeluarkan telefonnya dari poket seluarnya dan mengambil beberapa keping gambar kek tersebut dan juga gambar bersama Dzawin dan Kai. Setelah itu,Azzy,Dzawin dan Kai bersama-sama memotong kek dan menikmatinya.


***************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience