3

Other Series 2215

Sebulan berlalu dan Azzy sudah mulai tebiasa dengan keluarga barunya. Dia perlahan-lahan mengenal mereka dengan lebih mendalam. Ayah dan ibu angkatnya bernama Puan Lina dan Encik Herman.Mereka boleh dikatakan dari keluarga yang berada. Puan Lina mempunyai butik pakaian pengantin dan Encik Herman mempunyai Syarikat Pembangunan dan Kejuruteraan. Dia mempunyai seorang abang angkat bernama Dzawin yang berumur selang setahun darinya. Dzawin selalu menjaga Azzy dan tidak pernah menganggap Azzy sebagai orang luar. Dia selalu menunggu Azzy untuk bersama-sama pulang dari sekolah ke rumah mereka. Sehingga semakin lama Azzy semakin terbiasa dengan Dzawin dan mereka menjadi sangat rapat. Hari berganti hari,bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Pejam celik Azzy kini sudah berumur 17 tahun. Tahun itu adalah tahun terakhirnya sebagai pelajar sekolah menengah. Seperti biasa habis saja jam persekolahan Dzawin akan menjemput Azzy. Namun tahun ini sedikit berbeza kerana Dzawin tidak lagi menjemputnya di gerbang sekolah melainkan di tempat parkiran kereta kerana Dzawin sudah menamatkan sekolah menengahnya tahun lalu. Azzy berlari anak menuju ke kereta Iris berwarna hitam milik Dzawin.

"Hai Win." Azzy menyapa Dzawin. Dzawin hanya tersenyum.

Azzy hairan melihat Dzawin yang tidak seperti selalu. Dia menghidupkan enjin keretanya dan keluar dari parkiran sekolah Azzy.

" Lapar?"Tanya Dzawin setelah lama mendiamkan diri.

"Lapar. Tadi Azzy tak makan kat sekolah. Azzy ada kerja kena siapkan"Ujar Azzy sambil mengosok matanya yang sedikit pedih.

" Nak singgah makan kat mana-mana tak?"Tanya Dzawin lagi.

"Ikut Win. Azzy mana-mana pun boleh" Azzy tersenyum manis.

"Mcd?" Dzawin bertanya lagi.

"Okay." Azzy tersenyum lagi sambil melihat Dzawin. Dia tahu pasti ada sesuatu yang Dzawin sembunyikan dari dia.

"Win.. Nak tanya boleh?" Azzy teragak-agak ingin menanya.

"Tanyalah. Sejak bila kena minta permission pula" Dzawin mulai tersenyum.

"Is everything alright?" Azzy mulai serius.

"Mmmm..Ya semua okay. Kenapa?" jawab Dzawin

"No,Win you cannot lie to me. Bagitahu lah ada apa." Rayu Azzy.

"Mmm.. .. about Dad. " Akhirnya Dzawin mengalah dan mulai bercerita.

"Dia nak saya masuk 'U' dan ambik course engineering. Tapi saya tak nak. Sebab saya tak minat." Sambung Dzawin lagi.

"Ohhh,its okay. Nanti saya cakap dengan Dady pasal ni."Azzy menepuk bahu Dzawin.

Setelah ke singgah ke MCD dan makan,Azzy dan Dzawin kembali ke rumah. Sampai saja di rumah Azzy terus masuk ke dalam biliknya. Azzy tertidur setelah membersihkan diri. Dia terbangun bila pintu biliknya diketuk. Azzy terkejut dan perlahan bangun untuk membuka pintunya.

" Azzy dady dah pulang. Jom turun."Dzawin menarik tangan Azzy yang masih mamai. Mereka menuruni anak tangga dan sampai ke ruangtamu. Encik Herman duduk di sofa bersama Puan Lina sambil bersembang.

"Hah.Azzy,Win. Mari sini" Pelawa Encik Herman.

"Mamy" Azzy duduk di sebelah Puan Lina sambil memeluknya.Puan Lina mengelus lembut rambut Azzy.

"Win,dah buat keputusan?Nak sambung kat mana?" Ujar Encik Herman sambil Menepuk bahu Dzawin. Dzawin tersenyum kelat.

" Belum lagi Dady. Win masih nak fikir." jawab Dzawin. Encik Herman hanya mengangguk.

"Jangan lama sangat. " jawabnya sambil tersenyum melihat Dzawin.

"Mmmm Dady. Azzy nak cakap sikit boleh?"Azzy mulai bersuara. Dzawin tersenyum kecil.

" Ada apa Azzy?"Tanya Encik Herman.

"Mmm Azzy ingat nak masuk UITM dan ambik course Engineering. Boleh tak kalau Win pilih course yang dia suka dan biar Azzy yang ambik Engineering.?" Azzy tersenyum.

"Dady ingat kamu tak suka course engineering sebab kamu perempuan."Jawab Encik Herman.

" Azzy dah lama suka course ni dady."Azzy menjawab lembut.

"Baiklah,Dady tak kisah sebenarnya Win nak ambik apa. Tapi dady suka kalau kamu ambik Engineering. Tapi Azzy dah cakap macam tu,Win boleh pilih course selain Engineering." Encik Herman tersenyum.

"Thank dady. Sebenarnya Win nak ambik Medic." Ucap Dzawin malu-malu. Encik Herman tertawa.

"Habis tu kenapa tak cakap dengan dady awal-awal. Dady bukan macam dato-dato drama tv3 yang suka paksa anak tau." Gurau Encik Herman.Mereka semua ketawa. Dzawin melirik Azzy dan mengenyitkan matanya. Azzy hanya tersenyum sambil menunjukkan ibu jarinya ke arah Dzawin.


********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience