Azzy masih duduk di bawah pokok besar sambil menangis. Dia memeluk lututnya sambil berdoa kepada Tuhan agar ada yang menemuinya dan membawanya kembali ke kawasan perkhemahan. Hari mulai malam. Langit semakin gelap. Badan Azzy mengeletar. Tidak berani dia melihat sekeliling. Dia memejamkan mata dan memeluk erat lututnya. Kepalanya ditundukkan sambil menagis. Bunyi unggas malam mulai kedengaran. Azzy mengigit bibirnya. Badannya terasa lemah. Airmatanya tidak berhenti mengalir. Kepalanya mulai sakit dan pening. Perlahan-lahan ingatannya hilang dan pengsa di situ.
"Azzy!!!!!!" Arvie dan Aidyn memanggil nama Azzy serentak. Perasaan risau semakin mengunung apabila hari sudh menjelang malam.
"Ehhhh ini, keychain Azzy kan?" Tan mengutip keychain 'One Piece' yang hampir saja di pijaknya tadi. Arvie mengambil keychain itu dari tangan Tan.Arvie menarik nafas sambil mengangguk
"Saya rasa dia tak jauh dari sini. Keep looking. Hopefully she's fine." Arvie meneruskan perjalanan. Setelah beberapa jam menelusuri hutan tersebut kaki Arvie terhenti bila melihat sekujur tubuh di bawah pohon besar. Arvie berjalan perlahan menghampiri tubuh tersebut. Hampir tercabut jantungnya bila melihat tubuh Azzy tidak bergerak di hadapannya. Dia memanggil Aidyn, Tan dan Ziqri. Aidyn memeriksa pernafasan Azzy. Bibir Azzy sedikit pucat.
"She's okay. Dia pengsan. Kita kena bawa dia balik sekarang" Aidyn ingin mengangkat tubuh Azzy namun dihalang oleh Arvie.
"It's okay. Let me" Arvie mengangkat tubuh Azzy yang tak berdaya.
"Bertahan princess. We will save you" Ziqri mengelus rambut Azzy perlahan. Mereka keluar dari hutan dan kembali ke kawasan perkhemahan. Sepanjang perjalanan, Arvie hanya membenarkan Tan mengantinya mengangkat tubuh Azzy. Aidyn hanya melihat mereka dari belakang. Sesampainya di tapak perkhemahan, Azzy terus dibawa masuk ke dalam khemah oleh Arvie. Aidyn meminta tolong seorang senior perempuan untuk mengantikan baju Azzy dan mengelap badan Azzy.
"Awwww!" Arvie terduduk. Rasa pedih di pergelangan kakinya menyebabkan dia tidak mampu berdiri. Baru dia teringat kakinya tersadung batu yang tajam ketika mereka dalam perjalanan tadi. Namun dia tidak memghiraukan rasa sakitnya. Baginya Azzylah yang lebih penting. Arvie perlahan-lahan membuka stokin hitamnya. Benar dugaannya, kakinya berdarah dan bengkak. Tan yang terlihat kaki Arvie menerpa ke arahnya.
"Are you okay? Ohh my goodness" Tan segera berdiri dan bergegas mengambil peti kecemasan di khemah mereka.Dalam beberapa saat saja Tan sudah kembali menemui Arvie.
"Kenapa awak tak bagitahu kita semua yang awak berdarah" Tan mencuci luka Arvie mengunakan Alcohol. Arvie mengadu. Perih rasanya.
"I'm okay. Sikit jer ni" Arvie menahan rasa perih. Tan mengeleng kepala sambil membalut luka Arvie.
"Kenapa ni?" Arvie terkejut bila ditegur Aidyn.
"Kaki Vie luka, Senior. I think he's can't barely move for today and tommorow" Tan menutup kotak peti kecemasan.
"It's okay. Vie, esok awak tak perlu ikut aktiviti. I think someone needs to take care of Azzy. And you can rest also."Aidyn menepuk bahu Arvie.
" But i want that gear too"Arvie menunjuk gelang yang dipakai oleh Aidyn. Aidyn tersenyum.
"Kamu semua layak dapat gear jurutera tu. Jangan risau saya dah simpankan untuk awak dan Azzy."Aidyn tersenyum. Arvie kemudian mengangguk dan tersenyum kecil.
Gear itu juga sangat penting bagi mereka yang bergelar Pelajar Fakulti Jurutera. Gear itu adalah simbol yang menandakan bahawa mereka adalah pelajar aliran jurutera. Selain itu, gear itu adalah image atau gambaran setiap pelajar fakulti mereka. Ada dua warna gear yang akan mereka terima. Sama ada Silver atau Emas itu
kepada perlakuan dan pencapaian mereka semasa minggu orientasi. Dan pembahagian gear akan diberikan pada malam penutup orientasi mereka.Bagi mereka yang berperilaku tidak memberangsangkan tidak akan mendapat gear tersebut.
"Vie you should rest. Awak masuklah khemah dulu.Biar saya dan Ziqri tengok-tengokan Azzy. " Tan menepuk bahu Arvie. Arvie hanya mengangguk. Dia berdiri sambil dibantu oleh Ziqri. Sampai saja ke dalam khemah,Arvie menukar bajunya dan berbaring. Tidak lama kemudian dia tertidur.
Azzy perlahan-lahan membuka matanya.Dia memandang sekeliling. Azzy bangun dan membuka zip penutup khemah. Dilihatnya Tan dan Ziqri sedang berbual sambil makan.
"Tan,Ziqri"Azzy memanggil mereka. Tan dan Ziqri menoleh serentak.
"Princess"Cepat-cepat Ziqri membantu Azzy. Tan membuka jaketnya dan menyarungnya di tubuh Azzy. Azzy duduk sambil melihat unggun api di hadapannya.
"Did i having a bad dream again?"Tanya Azzy.
"Princess you okay now. Anggap je apa yang jadi semua adalah mimpi buruk saja"Ziqri mengelus rambut Azzy. Azzy tersenyum kelat.
"Awak nak makan?"Tanya Tan. Azzy mengeleng. Matanya meliar mencari kelibat Arvie.
"Mana Arvie?"Tanya Azzy.
"Arvie ada kat dalam khemah."Balas Tan
"Dia okay?"Azzy bertanya lagi
"Dia okay. Cuma....."Ziqri tidak meneruskan percakapannya.
"Cuma apa??"Azzy keliru.
"Kaki dia luka masa selamatkan awak dalam hutan tadi,tersadung batu tajam.Dia yang angkat awak dari dalam hutan sampai ke khemah. Dia cuma suruh saya ganti dia sekejap saja. "Tan akhirnya memberitahu Azzy
"Vie"Perlahan airmata Azzy keluar.Kalau bukan kerana dia pasti Arvie tidak cedera.Tiba-tiba seseorang memeluk Azzy dari belakang. Azzy menoleh dan mengangkat kepalanya.Dia melihat Arvie tersenyum di hadapanya. Mata Azzy tertancap pada pergelangan kaki Arvie yang dibaluti oleh kain pembalut putih.
"I'm okay Princess"Arvie mengelus lembut rambut Azzy.
"I'm sorry. Kalau saya tak sesat awak takkan sakit macam ni"Azzy memeluk Arvie.
"Heyy syuttt it's okay Princess. Jangan cakap macam tu. I takdah apa-apa. You jangan risau okay?"Arvie menyeka airmata Azzy. Azzy tidak menjawab sebaliknya memeluk Arvie erat.
"Thank you"Azzy mengucap terima kasih kepada Arvie dan menoleh melihat Ziqri dan Tan.
"Thank you Ziqri,Tan"Azzy mengenggam tangan Ziqri dan kemudian tangan Tan.
"Don't mention it Princess. Kami semua tolong awak ikhlas. Kan kami dah janji nak jaga awak"Ziqri tersenyum. Azzy mengangguk.
"Nanti balik kampus saya belanja korang makan"Azzy masih menangis tersedu-sedu.
Arvie dan yang lain tertawa melihat gelagat Azzy.
"Dah jauh malam ni. We better get some sleep and rest"Arvie teringat akan aktiviti mereka besok. Walaupun dia tidak dapat mengikuti aktiviti tersebut namun dia tetap ingin berada di sana walaupun Aidyn memberikan kebenaran untuk dia berehat.
"Ohh yeah, don't forget to say thank you to Aidyn. Dia pun bantu kita cari awak kat hutan tadi"Tan menegur Azzy sebelum masuk ke dalam khemah.Azzy mengangguk. Mereka masing-masing masuk ke dalam khemah dan berehat.
Share this novel