5

Other Series 2215

Selesai saja jam sekolah,Azzy bergegas pulang rumah. Hari itu Dzawin tidak menjemputnya kerana hari itu Dzawin akan mendaftar ke kampus dan dormnya. Dzawin sudh berjanji akan menunggi Azzy pulang dari sekolah dan pergi bersamanya ke kampus. Azzy dijemput oleh Uncle Malik,pembantu peribadi Encik Herman. Sampai saja di rumah,Azzy berlari masuk. Dzawin yang sedang duduk sambil bermain game terkejut.

"Ehh Azzy.Kenapa ni?" Dzawin pula yang cemas. Azzy terkekek ketawa sambil duduk di sebelah Dzawin.

"Azzy takut Win tinggal Azzy kalau Azzy lambat."Azzy ketawa lagi. Dzawin mengeleng kepalanya.

" Kan dah janji. Takdahnya nak tinggal Azzy lah." Dzawin mencubit pipi Azzy.

Azzy berbaring di bahu Dzawin. Dzawin memandang sejenak dan kembali menyambung game yang dia tinggalkan tadi.

"Win" Panggil Azzy.

"Mmm?" jawab Dzawin yang masih fokus dengan permainan di telefon bimbitnya.

"Boleh tak Win tak payah pergi?" Dzawin memandang Azzy.

"Dah bincang pasal ni kan.? Takmau lah macam ni.Kejap lagi Win nak berangkat dah tau." Dzawin memandang Azzy dengan harapan Azzy faham.

"Yelah. Azzy naik dulu. Nak tukar baju. Tunggu sini tau." Arah Azzy. Dzawin mengangguk.

Setelah Azzy selesai menukar pakaian,lima minit kemudian mereka bertolak ke kampus. Sampai saja di kampus,Azzy menemani Dzawin mendaftar di Fakulti Medic dan menolong mengangkat barang keperluan Dzawin ke dorm barunya. Setelah selesai,Dzawin dan Azzy turun kembali.

"Azzy balik naik apa?" Tanya Dzawin.

"Grab kan ada." Azzy membuka aplikasi Grab di telefon bimbitnya.

"Kenapa tak minta ambik Uncle Malik jer?" Dzawin mencapai dompetnya dari saku belakang seluar jeansnya. Dia menghulur Rm50 ke arah Azzy.

"Ehhh takpalah Win. Grab Azzy masih ada isi lagi. Masih cukup. " Azzy menolak pemberian Dzawin.

"Ambil jer. Pergi beli makanan ker atau order jer foodpanda ker apa-apa."

"Win nak gemukkan Azzy ker apa?." Azzy menyambut huluran Dzawin. Malas hendak menolak lagi.

"Hahaha,yup. Biar takdah yang nak kat Azzy. " Dzawin tertawa.

"Habis tu siapa nak jadi boyfriend Azzy?" Azzy memuncungkan mulutnya.

"Win kan ada." Dzawin tersenyum manis. Azzy terkesima. Khayalannya terhenti bila telefon bimbitnya berdering. Pemandu grab nya sudah sampai. Azzy berpamitan ke Dzawin dan melambaikan tangannya. Dzawin mengangkat tangannya sambil tersenyum.

Sampai di rumah Azzy langsung membersihkan dirinya. Malam itu,Azzy mendapat panggilan dari Dzawin. Mereka bersembang hinggalah Azzy tertidur.

Dzawin menamatkan panggilannya ke Azzy. Dia menatap gambarnya dan Azzy di wallpaperscreennya. Belum sampai beberapa jam mereka berpisah dia sudah merasa rindu dengan Azzy. Dia sedari perasaannya kepada Azzy bukan hanya sebagai Abang dan Adik lagi. Dia menyayangi Azzy lebih dari itu. Lebih-lebih lagi dia tahu Azzy bukanlah anak kandung ibu dan bapanya. Dzawin menarik selimutnya. Mujurlah penghuni dorm yang dia dapat itu semuanya ramah dan baik kepadanya. Dzawin menutup matanya dan hanya berapa saat saja,dia sudah diulit mimpi.


*************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience