16

Other Series 2215

Azzy bangun awal seperti biasa.Dia mencapai tualanya sambil menguap.Perlahan dia melangkahkan kakinya ke bilik mandi. Setelah selesai mandi,dia bersiap dan mencapai beg di meja belajarnya.Beberapa keping kertas hanya digenggamnya tanpa meletakkannya di dalam begnya.Dia turun ke bawah dan melihat Dzawin duduk di sofa sambil memandang layar telefon bimbitnya.

"Good morning Win.Dah sarapan?"Dzawin hanya mengangguk.Tidak membalas pertanyaan Azzy.
Azzy perlahan menuju ke dapur. Dia mengambil sandwich di atas meja dan memakannya sambil berjalan.Kelibat Puan Lina dan Encik Herman tidak kelihatan. Mungkin sudah keluar lebih awal dari mereka.

Azzy mencapai kunci keretanya lalu berjalan keluar.Dzawin memandang Azzy.

"Azzy drive?"tanya Dzawin setelah lama membisu.Azzy hanya mengangguk.Dzawin berdiri mendekati Azzy.

"Mari Win hantar."Dzawin merampas kunci kereta dari tangan Azzy.

"Win takdah kelas harini ker?"Azzy menyuap lagi sandwich ke dalam mulutnya.Dzawin mengelengkan kepalanya.

"Win takdah kelas hari ni.Napa makan macam nie?"Dzawin membersihkan sos yang menempel di bibir Azzy.Azzy hanya terpaku.

"Dah.Azzy tak payah nak drive.Win hantar Azzy guna kereta Win. Nanti kunci kereta Azzy Win letak kat bilik Azzy"Dzawin menyeluk poketnya dan membuka kunci keretanya.

Azzy hanya menuruti kata-kata Dzawin dan masuk ke dalam kereta sambil menghela nafas panjang.Setelah beberapa minit,mereka akhirnya sampai ke parkiran kampus. Kebetulan Azzy melihat kelibat Ziqri yang baru turun dari motornya.Dzawin perlahan berhenti dan mematikan enjin keretanya.Dia memandang Azzy.

"Azzy,Win tahu Azzy dah besar.You should take care of yourself.I don't want anything or anyone hurt you."Mata Dzawin berkaca melihat Azzy.Azzy tersenyum dan mengenggam lembut tangan Dzawin.

"Azzy janji dengan Win,Azzy akan jaga diri baik-baik.Dn Azzy janji takkan buat Win risau lagi."Azzy tersenyum manis.Dzawin menghembus nafas lega.Dia mengelus rambut Azzy.

"Dah.You should go.Nanti lambat senior marah pula."Dzawin mulai tersenyum.Azzy mengangguk lalu meminta diri.Dzawin melambaikan tangannya sebelum meluncur meninggalkan parkiran kampus.

Azzy berjalan sedikit laju menghampiri Ziqri yang dari tadi duduk di atas motornya sambil bermain telefon bimbitnya.

"Good morning little prince."Ucap Azzy.

"Good morning Princess.Baru sampai ker?"Ziqri sedikit kaget apabila Azzy menegurnya.

"Dah lama sampai.Awak jer tak perasaan.Jomlah masuk.Nanti lambat kena marah dengan senior.Nanti tak dapat gear tau." Azzy tertawa kecil.

"Ehh yerlah.Dah lewat dah ni.Tak sedar.Seronok sangat main fon." Ziqri tersengih.Dia turun dan mengunci motornya.Dia berjalan beriringan bersama Azzy.

Sampai di tempat perjumpaan,Ziqri melihat kelibat Tan dan Arvie yang sedang berbual kosong. Tan yang menyedari kehadiran mereka,melambaikan tangannya sambil tersenyum.Arvie menoleh dan melontarkan senyuman kepada Ziqri dan Azzy.

"Good morning,guys"Ucap Ziqri.

"Good morning"Ucap Tan dan Arvie serentak.

"Morning Azzy."Ucap Tan.

"Morning Tan."Balas Azzy. Arvie kemudian perlahan duduk di sisi Azzy.

"Morning,Sweet"Ucapnya.

Azzy tertawa kecil sambil membalas ucapan selamat pagi Arvie dengan anggukan dan senyuman manis.

Tidak berapa lama kemudian.Aidyn bersama senior lainnya tiba. Azzy melihat beberapa kotak berisi baju uniform khas fakulti kejuruteraan tersusun kemas di dalam kotak tersebut.Seketika Azzy merasa sedikit teruja dan bangga kerana akhirnya dia berjaya menghabiskan minggu suai kenal fakulti mereka dan dan akan menjadi mahasiswi kejuruteraan selama 3 tahun kedepannya.

"Selamat pagi Junior."Aidyn mengucapkan selamat pagi.

"Selamat pagi,Senior"Balas Azzy serentak bersama
yang lain.

"So,hari ini saya bersama senior yang lain akan mengagihkan beberapa barang keperluan dan beberapa alat yang akan digunakan untuk tujuan pembelajaran. Nama akan dipanggil satu persatu.Dan jangan lupa,malam ini kita akan adakan majlis penutupan minggu suai kenal fakulti kejuruteraan di dewan fakulti kita. Jangan lupa juga,tugas yang saya berikan kepada kamu. Selepas ini,kamu semua dikehendaki untuk bergerak ke dewan. Beberapa senior dah stanby kat sana. Tolong apa yang patut dan bincang pasal persembahan korang malam nanti.Bergerak pulang pada jam 3 petang dan datang semula pada pukul 7 malam. Faham??" Panjang lebar Aidyn menerangkan agenda mereka hari itu.

"Faham!!"Sekali lagi Azzy dan yang lain mnjawab serentak.

Nama mereka mulai dipanggil satu persatu.Fikiran Azy melayang memikirkan persembahan mereka nanti malam.Mereka sudah memutuskan untuk bermain alat muzik dan bernyanyi.Namun Azzy sedikit bimbang jika dia merosakkan persembahan mereka kerana dia merasa gugup dan kurang yakin. Mereka hanya ada masa beberapa jam untuk berlatih.Azzy menghela nafas panjang.

"Azzy Qaisara" Azzy tersedar dari lamunannya bila terdengar namanya dipanggil oleh Aidyn.Perlahan dia berdiri dan menuju ke meja hadapan.

"Hye Azzy. Sihat hari nie?"Tanya Aidyn.Tangannya sibuk menyediakan alat dan barangan yang hendak diberikan kepada Azzy.

"Hye Senior. Ya,Azzy sihat hari ni.Better than yesterday i guees" Sempat Azzy bergurau. Aidyn tertawa kecil.Dia yakin pasti Azzy diomeli oleh Dzawin.

"Okay,ini uniform khas fakulti kita.Pakai pada hari isnin sahaja. Ini beberapa baju dan sweater yang fakulti kita buat untuk pelajar kejuruteraan. Pengunaan untuk yang ini adalah bebas. Ini beg,dalam beg ni ada beberapa keperluan alat tulis dan buku nota dan nametag rasmi awak.Yang ini beberapa hadiah dari senior." Aidyn memberikan kelengkapan tersebut kepada Azzy.

Azzy menyambut huluran Aidyn sambil mengucapkan terima kasih.Dia berjalan kembali ke tempat duduknya.Dia memeriksa barang-barang yang diberikan oleh Aidyn sejurus dia melabuhkan punggung di kerusi.Dia mencapai nametag nya dan kemudian tersenyum lebar.

"Azzy Qaisara,Fakulti Kejuruteraan,Tahun pertama."Desisnya di dalam hati.Dia menghela nafas lega.Beberapa barang lain diperiksanya lagi.Uniformnya ditatap lama sambil dibeleknya. Lambang Gear dan tulisan Faculty of Engineering pada bahagian belakang baju itu menarik perhatiannya.Sekali lagi dia tersenyum.

Setelah selesai membahagikan barang-barang yang diperlukan oleh mereka,senior kemudian mengajak mereka ke dewan fakulti mereka. Azzy kaget bila tahu yang fakulti mereka mempunyai dewan sendiri. Kata Aidyn hanya fakulti mereka,fakulti perubatan,fakulti bisnes dan fakulti muzik yang ada dewan sendiri .Manakala yang lain akan menggunakan dewan besar kampus jika ingin mengadakan sesuatu acara atau majlis.Sayangnya, fakulti mereka tidak memiliki perpustakaan sendiri dan harus ke perpustakaan besar kampus jika ingin mencari bahan rujukan atau bahan pembelajaran.

Sampai saja di dewan fakulti,mulut Azzy terlopong bila melihat dewan fakulti mereka yang kemas dan bersih walaupun tidaklah terlalu besar. Tapi dewan itu mampu menampung semua pelajar kejuruteraan.

Penghawa dingin membuat suasana terasa dingin. Azzy dan yang lain kemudian menolong senior mereka menyediakan persiapan untuk malam nanti.Kata mereka beberapa pensyarah akan menghadiri majlis penutupan tersebut.Dan juga semua pelajar tahun kedua dan ketiga juga turut hadir.Setelah selesai,Azzy dan yang lain beransur pulang.Arvie kemudian segera menemui Azzy dan mengajak Azzy ke bilik muzik untuk berlatih.Mujurlah Arvie mempunyai teman dari fakulti muzik dan juga merupakan presiden kelab muzik.

"Macam mana you boleh kenal dengan presiden kelab muzik pula?"tanya Azzy

"Hmm nanti i cerita okay?Jom.Kita dah lambat ni.Ziqri dan Tan dah lama tunggu kat luar"Balas Arvie.

Azzy berlari anak mengejar Arvie yang berjalan sedikit laju darinya.Kelihatan Ziqri dan Tan sedang duduk di pondok belajar berdekatan dewan mereka.

"Jom."Arvie mengajak mereka ke fakulti muzik. Sampai di sana Arvie terus menemui sahabatnya yang menunggunya di luar bilik muzik.

"Wazzup bro."Dia menegur temannya sambil memberikan 'High five'. Temannya yang menyedari kehadiran Arvie menyambutnya dengan senyuman lebar dan membalas 'High five' Arvie.Mereka berpelukan sebentar.

"Oh ya ini kawn-kawan saya. Azzy,Tan dan Ziqri."Arvie memperkenalkan Azzy dan yang lain kepada temannya itu. Azzy tersenyum dan melambai sebentar kepada teman Arvie.

"Hello semua.Saya San.Sepupu Arvie."San memperkenalkan dirinya.Barulah Azzy mengerti mengapa mereka sangat dekat.

San kemudian membuka biik muzik dan mempersilakan mereka masuk. Mata Azzy meliar melihat suasana bilik tersebut.Dinding kalis suara berwarna hitam dan gambar-gambar hiasan yang tertempel di dinding itu membuatnya sedikit kagum. Peralatan di dalam bilik tersebut juga sangat lengkap.Tan meluru ke arah drum sambil membeleknya lembut. San membantu memasang alatan dan mikrofon sambil berbual dengan Arvie.

"Okay guys.Everything settle.Don't mind me. Go on with your practice." San kemudian duduk disofa berdekatan dan mencapai telefon bimbitnya.

Azzy menghampiri mikrofon dan mencubanya. Azzy tersenyum dan kemudian mengangguk tanda bersedia.

"You nak nyanyi lagu apa?"tanya Arvie.

"Hmm lets try Sebatas Mimpi by Nano."

"Uhuu sad song ahh. "Ziqri mengusik Azzy.

"Kan untuk practice"Balas Azzy

"Dah-dah. You sedia okay?"Arvie mulai memetik gitar diikuti piano yang dimainkan oleh Ziqri dan drum yang dimainkan oleh Tan. Azzy mulai menyanyi.

"Saat pertama ku dekati dirimu
Menuruti semua inginmu
Dan tiba waktumu 'tuk beri jawaban
Ternyata kau anggap aku hanya teman

Bawalah aku ke dalam mimpimu
Aku takkan kecewakan kamu
Walaupun itu semua hanyalah sebatas mimpi
Jadikan aku kekasih hatimu
Aku menginginkan kamu
Sungguh-sungguh merasa ku jatuh cinta"San memandang Azzy yang sedang menghayati lirik lagu yang dinyanyinya.Jantung San berdegup kencang.

"Telah berbagai cara 'tuk dapatkan hatimu
Tetap saja kau anggap aku hanya teman

Bawalah aku ke dalam mimpimu
Aku takkan kecewakan kamu
Walaupun itu semua hanyalah sebatas mimpi
Jadikan aku kekasih hatimu
Aku menginginkan kamu
Sungguh-sungguh merasa ku jatuh cinta pada dirimu

Bawalah aku ke dalam mimpimu
Aku takkan meninggalkan kamu
Walaupun itu semua hanyalah sebatas mimpi oh
Jadikan aku kekasih hatimu
Aku menginginkan kamu
Sungguh-sungguh merasa ku jatuh cinta pada dirimu"

Selesai Azzy menyanyi,San bertepuk tangan. Azzy tersenyum.Sudah lama juga dia tidak menyanyi.Lagu yang dia nyanyi itu adalah salah satu lagu kegemarannya.Mereka kemudian berlatih beberapa lagu. Jam Menunjukkan pukul 5.00Pm. Azzy dan yang lain beransur pulang setelah membantu merapikan kembali bilik muzik dan mengucapkan terima kasih kepada San. Azy memeriksa telefon bimbitnya. Panggilan tidak dijawab dan beberapa chat di Whatsapp di bukanya. Azzy menghembus nafas berat.Dia kemudian menghubungi nombor telefon yang hampir 20 kali menghubunginya.

"Hello Win." Azzy menyapa sejurus panggilannya disambut Dzawin.

"Azzy pergi mana ni? Dah banyak kali Win call tak angkat-angkat. Win chat pun Azzy tak reply.Azzy okay tak nie?" Dzawin mulai berleter.

"Azzy okay. Sorry Azzy lupa nak inform yang Azzy balik lewat sikit. Azzy ada latihan dengan Vie dan yang lain. Malam ni kan majlis penutupan minggu suai kenal. Senior nak buat kami buat persembahan instead buat king and queen." terang Azzy.

"Berapa kali Win pesan bagitahu Win kalau ada apa-apa.Suka buat Win risau.Habis sekarang dah selesai? Tnya Dzawin.

"Dah selesai dah. Nak balik dah nie." Azzy menguap tanda penat.

"Tunggu Win kat sana. Nanti Win ambik Azzy. Azzy kat fakulti Azzy ker?"

"No.Azzy kat Fakulti Muzik."

"Okay.Tunggu Win kat sana. Kejap lagi Win sampai." Talian dimatikan oleh Dzawin.Azzy mengeleng kepalanya.

"You nak i hantar balik?"Arvie yang baru selesai berbicara sebentar dengan San menyapa Azzy yang dilihatnya masih berdiri di luar tepi koridor.

"Its okay Vie. Win dtang jemput i."Azzy menolak pelawaan Arvie dengan lmbut.

"Oh ya,San ada bagitahu i yang you sesuai bawak lagu Sebatas Mimpi malam ni. Dia kata you nyanyi lagu tu sedap sangat" Arvie tersenyum manis.

"I pun rasa macam tu juga.Then,okay. Kita bawak lagu tu okay?" Jawab Azzy.

"Dah jom. I teman you turun." Arvie mempelawa Azzy turun bersama. Sampai saja mereka di bawah. Kelihatan Dzawin sudah pun menunggu di kawasan masuk fakulti muzik. Azzy meminta diri sambil melambai ke arah Arvie. Arvie membalas lambaian Azzy dan berjalan kembali ke keretanya.


******************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience