Bab 1
‘Hari ni aku rasa macam serba tak kena. Pagi tadi datang period lebih awal. Aku pula tak bersedia. Bos aku pula Encik Adli tu boleh pula datang terawal. Dah aku terlambat buatkan kopi untuk dia. Terus muncung sebab kopi tak siap lagi by the time dia sampai office.’
‘Eh apa la nasib hari ni… Tak apalah. Harapnya marah atau merajuk bos tu tak berpanjangan. Kalau tak entah apa pula dia akan lakukan bagi denda kat aku.’Bisik Ira seorang diri dalam pantry di pejabatnya.
Sedang dia membasuh cawan yang ada di situ, tiba-tiba ada orang pula masuk. Orang tu tak lain tak bukan, ENCIK ADLI.
Adli meghampiri basin basuh cawan tu seperti mahu membasuh mug nya sendiri. ‘Eh. Biar betul bos aku ni.’
Melihat keadaan itu, Ira mencapai mug dari tangan Adli. Tanpa sebarang kata Adli meninggalkan Ira dengan keadaan terpinga-pinga. Tidak pernah Adli masuk ke dalam pantry ni. Hari ni entah apa mimpi dia boleh pula datang ke pantry pulangkan mug.
Selalunya dia buat keras kepala. Kononnya kau bos. Jadi dia akan meninggalkan mug di dalam biliknya. Paling tidak pun dia akan tinggalkan mug di meja Min, setiausahanya yang ditempatkan betul-betul luar biliknya.
‘Ish, buang tabiat ke? Oh no!’ Apalah aku terfikir mengarut pula ni.
‘Ah, lantaklah… bukan masalah aku pun. Pejabat ni dia yang punya. Takkan nak halang dia nak ke mana pun.’ Getus hati Ira. Tapi… peliklah.
Sekali lagi hati Ira berkata-kata. Hish! Kenapa pula nak risaukan hal orang lain?
Ira kembali lagi membasuh cawan dan sinki hingga selesai dan sejak dia bekerja sebagai pembantu di situ, dia sudah banyak belajar tentang menguruskan hal-hal kemas mengemas ni. Dari terkial-kial membuat kerja sampai sekarang ni dah boleh katakan memang expert.
Tak rugi dia diterima bekerja disini. Memang siap kerja yang diberikan.
Dah selesai mengemas di pantry, dia membuat tugasan yang lain pula. Disebabkan hal itu dia selalu dipuji rajin oleh staf pejabat yang lain. Kalau ada apa-apa yang mahu diminta pertolongan, Ira juga tidak lokek menghulurkan.
Mungkin kerana dia benar-benar mahu berubah jadi dia cuba sehabis baik mengubah perangai buruknya sebelum ini.
Jika sebelum ini, pasti dia akan marah-marah dan membentak-bentak. Namun kini lebih tenang dan mudah dibawa berbincang. Perubahan positif ini banyak melegakan hati kedua orang tuanya.
Share this novel