Bab 2
“Selamat pengantin baru... Semoga kekal abadi bahgia... Ke anak cucu sentosa murah rezeki... Alhamdulillah bertemu jodohnya... Berkat kesucian akhir terlaksana...” Riang sahaja Ira menyanyi.
Saat dia disunting dan menjadi tunangan orang, dia merasa dunianya begitu indah. Saban hari dia hanya melemparkan senyuman yang tidak pernah dapat digambarkan. Walaupun bukanlah pilihannya tapi entah kenapa dia gembira. Mungkin kerana melihat wajah gebira ibu dan abahnya jadi dia juga turut rasa bahagia walaupun dia sendiri belum pasti.
“Amboi... Kawan kita seorang ni. Bukan main lagi menyanyi lagu kahwin. Maklumlah orang dah bertunang. Dah nak kahwin pula tu.” Ira tersenyum dengan usikan Yani itu.
Walau pun hatinya berbunga riang namun di dalam hatinya terselit rasa gentar dengan seribu persoalan yang memerlukan kepastian. Apakah jodoh yang diaturkan oleh keluarganya ini adalah benar-benar jodoh buat dirinya. Sikap dingin yang dilemparkan oleh tunangnya setiap kali dia menelefon kadang-kala membuatkan dia menjadi takut. Takut ditinggalkan kerana dirinya bukanlah pilihan hati lelaki tersebut. Menerimanya hanya kerana terpaksa. Dia takut disakiti.
Namun di saat jari manisnya tersarung cincin pertunangan oleh bakal ibu mertuanya dia menyimpan perasaan yang sukar untuk dia gambarkan. Perasaannya berbaur.
Walau pun dia tidak pernah berjumpa dengan tunangannya itu namun dia berharap dengan jodoh yang telah diatur untuk dirinya adalah jodoh yang akan kekal abadi. Dia yakin cinta dan kasih sayang boleh disemai kemudian. Yang penting kesediaan kedua-duanya ntuk membenarkan perkongsian hidup antara mereka.
Yani melabuhkan punggung di hadapan Ira yang sedang duduk di pantry berehat. Segala kerja telah pun diselesaikan. Semua ceruk penjuru pejabat telah dilaksanakan tugas mencucui dengan sempurna. Yani juga seperti Ira, pembantu dan mengemaskan pejabat itu. Jadinya mereka berdua banyak menghabiskan masa berdua berbanding dengan staf lain.
Ira yang lebih awal sampai telah pun membersihkan bilik Encik Adli ketika bosnya itu keluar makan tengahhari. Memang itu tugas harian Ira. Memastikan segalanya kemas dan bersih. Encik Adli tidak suka jika pejabat itu berhabuk sedikit pun apatah lagi biliknya sendiri.
Justeru, Ira ditugaskan membersihkan bilik Adi, pantry dan tandas. Dan setiap hari juga sebelum Adli masuk ke pejabat dia akan menghidangkan kopi panas buat bos yang selalu muka masam itu. Jika dia terlewat datang kerja atau bercuti barulah Yani yang akan mengambil tugas Ira. Kalau tidak terpaksalah Ira selesaikan semuanya mngikut waktu yang ditetapkan. Dek kerana itu Ira sudah masak dengan perangai dan kehendak Encik Adli. Malah jam berapa Encik Adli masuk dan keluar pun dia tahu.
Ada sekali dua, Ira tidak dapat hadir awal jadi Yani yang perlu menggalas tugas itu. Namun selalu sahaja sahabatnya itu bersuara bahawa Encik Adli selalu komen tak best dengan air yang dihidangkan oleh Yani. Katanya tidak sama dengan yang Ira buat.
‘Lagi sedap kawan awak buat.’ Itulah komen pedas menyakitkan hati Yani.
Yelah! Bukan nak ucap terima kasih. Komen je yang lebih!
Share this novel