Bab 11
Adli tersentak dengan keberanian Ira bersuara. Dalam kelembutan terselit juga kelantangan bersuara oleh Ira.
“Apa yang penting adalah restu keluarga, Encik Adli.” Tegas Ira mempertahankan hubungan yang baru dibina itu.
“Tapi awak boleh buat pilihan sendiri, kan?” Ira tersenyum dengan kata-kata Adli itu.
“Kalau pilihan sendiri tanpa restu ibu bapa pun tak ada gunanya. Lebih baik saya terima jodoh yang telah diaturkan oleh mereka.” Adli terdiam.
“Saya yakin, bercinta selepas berkahwin adalah lebih manis dan lebih indah lagi.” Ira cuba mempertahankan prinsipnya.
“Tanpa awak mengenali akan hati budinya?” Duga Adli. Namun Ira tidak mengalah disitu.
“Bukankah saya katakan tadi, ibu dan ayah tahu apa yang terbaik buat kita. Bukankah ikatan perkahwinan itu saling melengkapkan? Saya ada dia untuk
menutup kelemahan saya. Begitu juga dengan dia. Dan saya yakin ibu dan ayah kita berkahwin pun dulu dengan piliha keluarga. Jadi tak salah,kan?” Ira merenung Adli tepat ke dalam matanya.
“Tapi awak perlu tahu isi hatinya.” Perbualan semakin rancak dan panas. Ira bagaikan tidak senang bila dia di’serang’ bertalu-talu begitu oleh Adli. Apatah lagi dengan desakan yang amat kuat. Kali ini Ira tekad, segala apa yang bersarang di dalam hati pasti diberitahu.
“Encik Adli, disaat tersarungnya cincin dijari manis saya ni, saya yakin dengan jodoh saya dan saya yakin dia boleh terima saya. Dan disaat itu
jugalah saya berjanji dengan diri saya untuk setia dan menutup setiap aib dirinya.” Tegas Ira sambil menunjukkan cincin di jari manisnya. Puas
hatinya dengan jawapan yang diberi.
Selepas ini kalau Adli nak berkata apa dia terima sahaja. Walau pun segala yang negatif akan ditelan juga. Kali ini tiada soalan dan serangan dari Adli. Dia memandang ke arah Ira yang begitu tenang. Ada sesuatu yang menarik tentang gadis itu yang selama ini dia tidak pernah pun berbual bersama.
Jika di pejabat pun Ira akan masuk sebelum dia melangkah ke pejabat. Dan kalau bertemu pun tiada sapaan dan bertanya khabar. Dan kali ini hati Adli pula yang tidak tentu arah.
“Jadi awak yakin dengan jodoh awak?” Adli masih lagi menduga Ira dan dia mengangguk tanpa berfikir panjang.
“Saya tahu saya tidak sempurna. Namun saya tahu, ada ruang untuk saya bahagia. Kasih sayang dan cinta kita sendiri pun tak tahu bila ianya akan
hadir. Namun pada saya, cinta dan sayang saya hadir saat saya dilamar dan direstui keluarga.” Cerita Ira.
Adli mendiamkan diri dan melayani perasaannya sendiri. Begitu jauh dia mengelamun dan memikirkan apa yang telah diperkatakan oleh Ira itu. Ira memandang Adli. Dia menyalahkan dirinya. ‘Aduh! Aku banyak sangat cakap ke?’ Ira menggarukan kepalanya yang tidak gatal.
“Saya minta maaf kalau saya ada menyinggung perasaan Encik Adli. Saya cuma berkata benar. Ianya benar-benar ikhlas dari hati saya.”
Adli menyambutnya dengan senyuman yang hambar. Dia terpukul dengan kata-kata Ira itu. Dalam diam dia menggagumi gadis itu. Akhirnya Adli mengalah. Dia mendiamkan diri dan melayani perasaanya. Adli melirik jam di tangan kanannya. Sudah pukul 8.20 malam.
Sudah hampir satu jam dia tersekat di dalam lif dengan Ira. Lalu dia bangun dan mencuba menekan butang kecemasan. Dia menghela nafas lega apabila panggilannya berjawab dan tidak lama lagi mereka akan diselamatkan.
Begitu juga dengan Ira. Dia menarik nafas lega dan yang penting dia tidak lagi menjadi bahan serang balas dari Adli.
Share this novel