Bab 9
Entah mengapa, dengan tiba-tiba lif terhenti. Tidak bergerak. Ah! Sudah! Apa pula masalah yang nak jadi ni? Lif ni jangan nak buat fasal pula di saat tak keruan bersama bos yang mau dielak!
Kering darah Ira apabila lif itu tiba-tiba tidak bergerak selepas mengejut turun laju beberapa tingkat. Adli menekan punat dipintu lif. Namun tiada apa yang berlaku. Lif itu masih lagi tidak bergerak. Loceng kecemasan pun ditekan untuk mendapatkan bantuan. Bising seketika dengan bunyi loceng penggera namun hampa.
Dia melirik ke arah jam di tangan kanannya. Patutlah! Mesti pegawai keselamatan sedang waktu rehat. Sudah pukul 7.30 malam. Memang masa mereka untuk keluar atau berehat sebelum shift malam.
“Macam mana ni Encik Adli?” Ada riak cemas yang dilontarkan oleh Ira. Dia memang benar-benar risau ketika ini. Sudahlah lewat. Tergendala
dalam lif pulak. Air mata Ira bagaikan ingin keluar namun dia gagahi juga.
“Cubalah awak bawa bersabar sikit. Pegawai keselamatan tengah rehat sekarang ni. Pukul lapan suku baru mereka masuk kerja balik. Tapi tak apalah. Saya cuba call mereka.”
Adli menyeluk saku seluarnya. Kemudiannya dia menepuk dahi. Kemudian mendengus geram.
“Kenapa Encik Adli?” Kali ini Ira kelihatan lebih kalut lagi. Melihatkan Adli mengeluh keras dia tahu ada sesuatu yang telah terjadi. Berubah
riak wajah Adli apabila melihatkan telefon bimbitnya kehabisan bateri.
“Bateri habis pulak. Hish!” Adli tertekan. Nak menjerit tak ada gunanya. Bukannya orang boleh dengar pun. PAsti semua sudah pulang meninggalkan pejabat itu. Paling tidak dia akan menyakitkan telinga Ira nanti. Sudahlah gadis itu diselubungi rasa takut dan cemas. Silap hari bulan kalau menjerit mahu dia histeria dalam tu nanti.
“Sabar Encik Adli.” Pujuk Ira. Namun getaran hatinya kian rancak berlagu. Masa inilah telefon bimbit kehabisan bateri.
“Awak ada handphone?” Ira mengangguk. Namun dia berat hati untuk memberikan kepada Adli. Dia takut jika Adli akan mentertawakan apabila dia
menyerahkan telefon bimbit.
“Tapi saya tak ada kredit.” Jujur sahaja pengakuan Ira. Dia terlupa untuk menambah baki kreditnya tadi.
“Guna sim kad saya untuk sementara waktu. Mana handphone awak? Bagi saya.” Dengan berat hati Ira mencapai dari beg tangannya. Telefon bimbit yang tidak secanggih Adli itu diserahkan. Terbuntang anak mata Adli melihatkan telefon bimbit Ira itu. Sudahlah telefon bimbit itu diikat dengan
getah.
“Handphone awak pun habis bateri juga?” Argh!!!!! Apalah malang nasib hari ini!
“Habis kita nak buat macam mana ni Encik Adli?"
“Nak buat macam mana lagi? Kena tunggu diaorang habis rehat barulah kita minta pertolongan.” Akhirnya Adli menggalah. Dia terduduk. Meraup wajahnya dan menggarukan kepala yang tidak gatal.
Ira juga terduduk apabila mendengarkan penjelasan dari Adli itu. Nasib baik ada aircond di dalam lif itu. Kalau tidak? Mahu sesak nafas di situ. Suasana sepi seketika dan masing-masing melayani perasaan sendiri. Adli melonggarkan tali lehernya. Agak lama
juga mereka berdiam diri.
Share this novel