Bab 15

Romance Completed 9233

Bab 15

Jadi apa yang membuatkan Adli Nazir tahu tentang Ayu Nazira itu tunangnya?

-Flashback-

'Cincin tu sama dengan cincin yang mama belikan untuk Ayu.' Kerut dahi Adli melihat cincin di tangan Ira ketika dia menunjukkan cincin tunangnya di dlam lif ketika mereka terperangkap di dalamnya.

'Adakah dia orangnya? Ah, tak mungkin. MAsakan aku tak tahu jika di abekerja dengan aku. AKu kena tanya Ira hal ini.' bisik hati Adli.

----------------------

"Rupanya ada hikmah disebalik apa yang telah berlaku. Abang dengar semua luahan Ira dan membuatkan abang sedar dan yakin. Abang sedar, insan yang abang sunting selama ini memang benar-benar menyayangi dan menyintai abang. Malahan juga mempercayai abang. Kesetiaan Ira membuatkan abang terharu.” jelas Adli lembut pada Ira.
Berlinang air mata Ira mendengarkan kata tulus dari Adli itu.

“Eh, sayang. Janganlah menangis. Nanti kalau mama tengok teruk abang kena nanti.” Bisik Adli. Dia merasa serba-salah. Macam mana ni? Nanti kalau mama tengok, mahu puas dia menjawab kenapa si Ira ni menangis. Silap haribulan kena bebel 24 jam. Ira menyeka air mata dan lantas dia membasuh
tangan. Mahu lari sebentar menahan rasa terharu.

“Jangan buat macam ni, sayang.” Cair perasaan Ira apabila mendengarkan kelembuatan suara Adli. Adli yang dikenalinya di pebabat memang berbeza
apa yang dilihatnya ketika ini. Sekarang? hai... Cair hati dibuatnya.

“Memang benar kata mama. Abang beruntung sekiranya mendapat sayang sebagai seorang isteri. Kali ini biar abang pula yang berjanji.”

Ira menantikan kata-kata Iksan dengan penuh debaran.

“Abang berjanji saat ini abang akan menyintai, menyayangi dan melindungi sayang.” Ira mengukirkan senyuman. Dia yakin, dengan berkat kesabaran dan kesetiaannya cinta yang dicambah kini disambut. Perancangan jodoh buat dirinya adalah yang terbaik.

“Mama! Papa! Boleh cepatkan perkahwinan ni tak? Nazir dah tak sabarr!” Terkejut Ira mendengarkan jeritan Adli itu. Tuan Lutfi dan Puan Kamariah juga tekejut.

“Papa no hal. Perkara yang baik tidak elok ditangguh.” Sahut Tuan Lutfi.

Berderaian ketawa semua di situ.

“Memang benar kata mama. Ira memang seorang yang istimewa. Dan Nazir tidak mahu kehilangan dia. Nazir mahu dia menjadi hak Nazir.”

Puan Kamariah memeluk erat anak terunanya. Kemudian dia melangkah menuju kepada Ira dan memeluknya juga. Puan Kamariah dan Ira mengalirkan air mata dan memanjatkan kesyukuran dengan kebahagiaan yang bakal menjelma.

Tak lama lagi hasrat Puan Kamariah suami isteri untuk bermenantukan Ira akhirnya tercapai juga. Beberapa bulan lagi hal itu akan menjadi realiti yang pasti. Alhamdulillah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience