Bab 13
Tidak lama kemudian seraya Adli memarkirkan kereta didatangi oleh seorang wanita yang melebihi separuh abad. Eh... Macam kenal je.
“Awak masuk dan duduk dulu. Saya nak naik mandi dan tukar baju.” Kerah Adli. Lama juga Ira di dalam kereta sehingga dia diberi isyarat oleh
Adli untuk keluar dari perut kereta dan menghampiri wanita itu.
“Eh, makcik Kamariah.” Jerit Ira kegembiraan. Tidak sangka dia berjumpa dengan kenalan lama keluarganya itu.
“La...Ira rupanya. Ingatkan siapa tadi. Masuklah. Kenapa datang tak beritahu dengan mama?” Sambut Puan Kamariah dengan ceria.
“Mama?”
“Kan dah beritahu dengan Ira hari tu jangan panggil makcik. Panggil mama je.”
“Tapi...” Terkulat-kulat Ira dibuatnya dengan kenyataan Puan KAmariah tadi.
“Dah masuk. Tak sangka Ira datang rumah. Eh! Mana budak bertuah ni? Hilang pulak dia.” Puan Kamariah mencari kelibat Adli.
“Abang! Marilah tengok siapa yang datang.” Laung Puan Kamariah dari ruang tamu. Tuan Lutfi turun dengan segera. Alangkah terkejutnya apabila dia
melihatkan Ira berada di ruang tamu.
“Ira ke? Abang mimpi ke ni?” Meleret senyuman Tuan Lutfi. Ira mula tecenggang-cenggang. Dia tidak pasti untuk apa dia disitu.
“Yela. Ira datang ni. Adli yang bawa dia balik tau.” Puan Kamariah memandang gembira kepada Ira.
“Mama tengok Ira ni macam letih je. Mesti Ira belum makan lagi. Macam tak bermaya je mama tengok.” Ira menggeleng. Memang dia masih belum makan dari tadi. Perutnya sudah mula minta diisi. Yang sebenarnya dia masih lagi dalam keadaan tertanya-tanya. Bingung.
“Mari mama hidangkan makanan.”
"Ira tolong.” Spontan sahaja Ira bersuara. Puan Kamariah hanya menurut. Mereka bersama-sama di ruang makan untuk menyediakan hidangan. Dua
pinggan disediakan. Hanya Adli dan Ira yang masih belum makan lagi. Adli turun setelah membersihkan diri. Dia berbaju t-shirt dan berseluar pendek. Dia tampak lebih santai dan tak menakutkan dalam pakaian formal ke pejabatnya itu.
“Bertuahnya anak mama ni. Kenapa tak beritahu awal-awal dengan mama nak bawa Ira? Kalau mama tau mama masak yang sedap-sedap tadi.” Adli tersenyum dan lantas memeluk ibunya.
“Kami makan dululah mama. Lapar sangat ni.” Renggek Adli.
“Yang awak kacau mereka tu kenapa?” Usik Tuan Lutfi.
“Makcik, temankan saya makan.” Ira sebenarnya malu untuk makan bersama-sama dengan Adli. Jika ada Puan Kamariah atau Tuan Lutfi di meja bersama tidaklah kekok sangat makan berdua dengan Adli.
“Mama.” Puan Kamariah sekali lagi membetulkan.
“Er... Mama temankan saya makan.” Puan Kamariah tersenyum. Sejak dia bertemu dengan Ira dia yakin memang itulah gadis pilihannya. Gadis itu begitu lurus dan jujur walaupun manja.
“Tak apa. Mama beri peluang Ira kenal dengan Nazir.” Nazir? Ira seolah mencari. Yang ada pada ketika itu dia, Adli , Puan Kamariah dan Tuan Lutfi. Tak ada pun Nazir. Ke ada orang lain dalam rumah ni. Ira mengerut dahi.
Share this novel