Bab 3
Namun Ira sering tertanya-tanya akan kehidupannya selepas berkahwin. Berjumpa pun tak pernah, macam mana nak bincangkan hal dikemudian hari dengan bakal suaminya itu? Apabila ditanya, dia akan jawab antara acuh tak acuh. Manalah Ira tak susah hati memikirkan hal perkahwinannya nanti.
Untuk akan datang tugasnya kian bertambah. Menjaga makan minum suami dan keluarga. Baju dan juga keperluan untuk suami. Itu sudah pasti akan digalas olehnya. Namun perangai yang seperti tidak mahu komited ini membuatkan corak perjalanan untuk hidup berdua masih lagi samar-samar dan Ira masih lagi berteka-teki.
Termenung Ira memikirkannya ketika sedang mengemas pantry.
"Apa kau termenung tu?" soal Yani yang baru masuk ke pantry.
"Tak ada apalah. AKu terfikir tentang masa depan."
"Jangan kata kau dan tunang ada masalah pula."
"Taklah. Tak ada pun jadi. Nak bercakap pun susah inikan pula kalau aku nak ajak berbincang."
"Kau ada berjumpa dengan tunang kau?" Pertanyaan dari Yani itu bagaikan soalan cepu cemas yang berat untuk dia menjawab. Akhirnya dia
menggelengkan kepala.
Malas pula untuk bersoal jawab di dalam hal yang diutarakan oleh Yani itu. Dia sendiri pun tidak dikenalkan pada hari pertunangan berlangsung. Yang datang cuma keluarga dan sanak saudara. Bila ibunya bertanya, bakal mertuanya meminta maaf. Cuma yang dia tahu ibunya memanggil tunangnya itu dengan nama Nazir. Nazir? Hai Nazir! Saya Nazira. Ergh!
Ada masa Ira juga membayangkan bagaimana rupa tunanganya. Gemuk ke kurus ke tua ke, muda ke yang pasti kini dia sudah menjadi tunangan orang. Namun dia tidak memberikan harapan yang tinggi. Apa yang penting sedap mata memandang. Melihat wajah ibubapa mertuanya, Eh bakal mertuanya takdelah teruk sangat.
Yang penting adalah hati dan pendidikan agama yang boleh membimbing dirinya kelak. Jika dia ditanya bagaimana rupa tunangannya cuma satu sahaja yang boleh menjadi jawapan kepada persoalan itu. ‘Tunggu dan lihat’ Nak buat macam mana? Dia sendiri pun tidak tahu bagaimana rupa tunangannya.
Buatnya rupa macam monyet? Ah, terimalah seadanya. Mungkin ada kebaikan yang kita sendiri tidak tahu. Dah kalau itu menjadi jodoh...Yang
penting saling menyayangi.
“Kau biar betul. Takkan kau tak pernah jumpa dengan dia sekali pun?” Terkejut juga Yani mendengarkan pengakuan ikhlas Ira itu. Tak percaya.
Ira menggeleng kepala sekali lagi. Memberikan jawapan yang sama seperti tadi. Zaman sekarang bila dah bertunang je kalau boleh hari-hari nak berjumpa. Si Ira ni? Tak pernah berjumpa. Macam kena kahwin paksa pula situasi dia ni.
“Takkan aku nak tipu dengan kau, Yani. Memang aku tak pernah berjumpa dengan dia. Biarlah masa yang akan menentukan. Dah dia tak nak berjumpa dengan aku. Takkan aku nak paksa, kan? Tentu-tentu dia kata aku ni anak dara yang tak tahu malu. Jodoh maut ditangan Allah. Kita merancang dan Dia
yang akan menentukan.”
“Aku peliklah Ira. Betul ke dia nak jadikan kau sebagai isteri dia? Entah-entah dia nak mainkan kau tak? Saja je dia nak mainkan perasaan
kau. Yelah... siapalah kita ni kan? Kerja cleaner je. Dah tentu orang pandang kita sebelah mata pun tidak.” Kata Yani seraya berlalu pergi dari pintu pantry itu.
Tersentak Ira mendengarkan bicara yang baru dilontarkan oleh Yani sebentar tadi.
'Jangan nak takut-takutkan boleh tak? Takkan orang seperti aku tidak boleh berkahwin?' Getus hati Ira. Kata-kata Yani itu sedikit sebanyak membuatkan hatinya tidak senang.
“Aku yakin dengan jodoh orang tua aku. Lagi pun mereka kawan baik keluarga aku. Takkan mereka nak main-main dalam hal ni. Aku tengok mereka
keluarga yang baik-baik.” Ira cuba untuk mempertahankan jodohnya walau pun di dalam masa yang sama dia merasa sangsi.
'Ya Allah! Tetapkan hati ini untuk meneruskan perhubungan ini.' Saban hari hanya itu yang menjadi doanya.
Share this novel