Bab 4
"Selamat pagi Ira." Sapa Yani pagi itu.
"Selamat pagi. Ceria aje kau pagi-pagi ni? Ada apa-apa ke?" Saja Ira mencuba meneka.
"Tak ada apa-apalah. Memang aku selalu ceria begini kan."
Ira tersengih.
"Kau dengan encik tunang dah ok ke? Ada perubahan tak?" soal Yani sengaja mahu tahu jika kawannya itu sudah selesaikan masalah komunikasi dengan tunangnya.
"Macam tu juga la Yani. Mana ada berubah apa-apa." balas Ira.
"Entahlah Ira, aku rasa macam tak yakin dengan tunang kau tu kalau mengikut apa yang kau luahkan ni. Kalau memang betul dia nak jadikan kau sebagai isteri dia, sekarang ni juga dia dah berjumpa dengan kau. Uruskan hal perkahwinan kau dengan dia, cari baju pengantin, cari barang hantaran, pergi kursus kahwin. Ini tidak. Nak berjumpa pun tak pernah. Apa lagi nak buat semua tu. Aku takut tak jadi je kamu berdua ni." Berdiri bulu roma Ira mendengarnya. Dia memandang kepada Yani dengan penuh makna.
“Engkau janganlah bagi aku takut. Yang kau ni mulut macam tak ada insuran langsung. Cakap tak berlapik." Marah Ira.
"Bukan nak bagi kau takut. aku cuma luah apa yang aku fikirkan. Tapi tak adalah aku sampai nak tengok kau jadi begitu." Kata Yani membela diri.
"Iyelah. Cubalah kau mendoakan yang baik untuk aku. Semoga panjang jodoh aku dengan tunang hingga jinjang pelamin dan bahagia hingga akhir hayat kami. Ini tidak. Cakap yang bukan-bukan je.” Saja Ira merajukkan diri. Dia mencebikkan bibirnya. Tanda tidak puas hati. Mahu protes.
“Ala... Bukan niat aku nak menakutkan kau. Aku memang nak tengok kau bahagia. Aku minta maaf kalu kau dah terasa hati." Yani sudah buat muka meminta belas kasihan.
Sambungnya lagi,"Cuma aku tak nak tengok kau terlalu mengharap. Nanti aku takut kau yang merana nanti.” Yani meluahkan dengan apa yang dilihat dan dirasa. Namun Ira masih berpegang teguh kepada kata hatinya.
“Kau janganlah bimbang, Yani. Aku okay. Lagi pun aku bertunang tak lama. Lima bulan saja. Itu pun atas permintaan keluarga kedua-dua belah pihak. Aku turutkan saja.
"Walau pun aku tahu untuk tempoh itu macam-macam benda yang akan berlaku, aku berserah kepada yang Tuhan yang Esa. Doakan saja yang baik-baik untuk aku dan jalan yang dah aku pilih ini. Lagi pun aku takmahu menyesal nanti.” Perlahan sahaja nada suara Ira.
“Kau yakin ke dengan apa yang kau lakukan sekarang ni, Ira? Kalau kau yakin aku pasti kau dah nekad untuk lakukannya. InsyaAllah semuanya akan okay ya. Aku sebagai kawan akan sentiasa doakan kau. Tapi andai nanti kau ada ”
“Kalau ada jodoh aku, kau akan dapat kad jemputan dari aku. Kalau sudah tiada jodoh aku dengan dia apa yang boleh aku buat? Jodoh, maut ditangan
tuhan. Kita merancang dan Allah yang akan menentukan.” Kali ini Ira seperti mengalah.
Share this novel