Bab 6

Romance Completed 9233

Bab 6

"Ira, esok Ira free tak? Kita keluar nak?" Terbuntang biji mata Ira mendengarkan pelawaan Osman itu. Tiba-tiba je pula OSman ni ajak keluar. Tak pernah pun rapat sangat tapi apa hal pula ni? Jangan kata nak mengorat sudahlah.

“Kau ni bukan main sombong sekarang ni ye. Aku ajak keluar je. Bukan nak buat apa pun.” Entah mengapa Ira rasa meluat pula dia melihatkan telatah Osman yang dirasakan agak berlebihan itu. Siap pegang tangan lagi.

Sebelum ini tak ada pula dia bertindak seperti itu. Sekarang sudah agak keterlaluan.

“Eh, apa ni. Lepaskan aku. Maafkan aku, Osman. Aku tak boleh. Kau ajak orang lain jelah.” Tolak Ira perlahan. Osman terdiam bagaikan mengerti Ira tidak mahu kepada dirinya.

“Ala... Ira. Kita pergi makan dengan tengok wayang je.” Pujuk Osman lagi. Mencuba agar Ira bersetuju dengan pelawaannya.

“Maaflah Osman. Memang aku tak boleh. Aku harap kau faham. Maaf, aku ke surau dulu.” Ira berlalu tanpa memandang ke arah Osman di belakang. Dia perlu menjaga maruah demi perhubungan yang baru bermula.

Memang benar kata orang. Dugaan di dalam bertunang memang kuat. Berdarah manis. Ada saja kumbang yang cuba mendekati bunga, Dan dia perlu mengharungi semua itu agar dia tidak terjatuh. Terjatuh ke dalam perangkap yang boleh dielakkan.

“Ira! Tunggu dulu. Janganlah macam ni. Ira!”

Osman menghela nafas kecewa. Matanya merenung lantai. Yani yang memandang dari jauh memanggil Osman agar datang kepadanya.

“Kau tahu kan Ira tu bakal menjadi milik orang. Selama ini tak pernah kau nak dekat dengan dia. Tapi kenapa sekarang baru kau nak sibuk try Ira. Kau dah kenapa ni?” Mungkin ada benar kata-kata Yani itu. Dulu dia tak berani tapi bila tahu Ira dah bertunang, dia rasa tercabar pula.

"Tak ada apalah. Aku keluar dengan girlfriend aku lagi bagus.” kata Osman

“Kan senang. Esok lusa dah nak tunang, nikah, kan? Jangan nak cari fasal, Osman... Tak fasal nanti kau yang melepas. Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.”

“Nampak sangat ke?”

“Yela... Jangan ganggu dia. Dia bukan macam orang lain.Dia betul-betul setia kau tau tak.” pesan Yani sambil buat isyarat waspada.

“Dahla... Aku pergi dulu! Terima kasih kau dah tegur aku.”

“Tak ada hallah.” Kata Diya keras.

Osman mengaku akan silapnya dan dia berasa bersalah atas apa yang dilakukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience