Bab 14
“Ira tengok apa tu? Cari siapa?” tanya Puan Kamariah.
“Abang Nazir.” Tersedak Adli mendengarkannya. Puan Kamariah terus pecah tawanya.
“Ira duduk sini. Duduk dengan abang Nazir Ira ni.” Langkah Ira bagaikan dipaku. Dia memandang kepada Puan Kamariah yang masih berbaki tawanya.
“Tapi ini Encik Adli." Adli tidak bersuara sebaliknya dia sudah pun menikmati hidangan malam itu. Penuh berselera. Dia buat tak tahu sahaja perbualan antara ibunya dan juga Ira.
“Memang anak mama ni nama dia Adli. Cuma keluarga yang panggil dia Nazir. Itulah... Masa kecil, banyak sangat meragam, menangis dan masalah. Jadi Ibu Ira pun namakan dia Nazir. kebetula serasi pula bil adipanggil begitu. Alhamdulillah tak lagi bermasalah.” Lidah Ira kelu mendengarnya.
Melihatkan Puan Kamariah meninggalkan dia dan Adli berdua di meja makan membuatkan hati Ira gementar. Hatinya berdebar-debar.
Akhirnya Ira duduk juga dihadapan Adli. Entah mengapa selera makannya mati dengan tiba-tiba. Kesempatan itu Adli melirik memerhatikan Ira yang tidak senang duduk. Meja yang penuh dengan lauk dipandang kosong oleh Ira. Adli kemudiannya menyendukan lauk dan meletakkan di dalam pinggan Ira.
Tindakan Adli itu membuatkan Ira tekedu seketika. Adli yang dikenalinya selama ini sebagai bos tak adalah baik sangat macam tu sekali tapi malm ini sangat berbeza!
Tuan Lutfi sedari tadi senyumannya melekat di bibirnya. Kalau tidak sebelum ini Adli hanya murung dan sedih semenjak dia ditunangkan.‘Tiada cinta dihati’ katanya. Namun dia dapat melihat dengan riak wajah Adli yang kini lebih berseri. Senyuman kini sudah pun menghiasi wajah anak lelakinya itu.
Sebelum ini puas dia menasihati namun hampa. Dia berharap dengan perubahan itu, Adli dapat menerima Ira di dalam hidupnya dan seterusnya melayari bahtera perkahwinan dengan bahagia dan penuh rasa cinta.
Selesai makan Adli bangun meninggalkan Ira keseorangan yang belum habis makan.Adli memerhatikan kedua orang tuanya yang leka menonton televisyen. Adli bingkas kali ini dia duduk di sebelah Ira. Nak tercekik Ira dibuatnya sebab terkejut dengan tindakan spontan itu yang tak terjangka.
“Eh, Encik Adli nak buat apa ni?” Adli tidak bersuara sebaliknya dia melemparkan senyuman kepada Ira. Memang dia suka melihat wajah Ira yang
mula bertukar merah menahan malu.
“Teringin nak tengok Ira dekat-dekat. Apa kata pangggil abang Nazir macam tadi." Adli dah menyeringai senyum pada Ira membuatkan Ira rasa takut.
Ira dah terdiam seribu bahasa dan tiba-tiba saja terasa degup jantungnya laju bila Adli memberikan reaksi sebegitu.
“Kenapa? Dah jadi bisu? Tadi bukan main dengan banyak cakap. Menjawab tak habis-habis.”
“Macam mana Encik Adli tahu...” Tergagap Ira dibuatnya. Belum sempat habis tanya dipotong oleh Adli.
“Abang.”
“Er...”
“Abanglah. A...bang.” Tunjuk Adli dengan sebutan di bibirnya.Sengaja membuli.
“Okaylah... Macam mana abang tahu saya ni tunang abang?” Lepas juga soalan itu!
“Mula-mula abang tak tahu pun. Ni baru tahu. Tapi patutlah abang terpikat sangat dengan kopi sayang tu." Jawab Adli Selamba.
“Jadi sekarang ni abang dah tahu, kan? Jadi abang malu dengan kerja saya ni?” Adli menggelengkan kepala.
"Dah tu kerja untuk staf abang takkan abang nak malu dengan jawatan yang abang sendiri wuudkan dalam syarikat abang pula." Memang tiada niatnya untuk menyinggung perasaan Ira.
Share this novel