Bab 7

Romance Completed 9233

Bab 7

Mahu melarikan diri dari gangguan gatal si Osman, Ira terus ke surau. Dia pasti hanya di situ Osman tak kanmampu merapatinya. Tergopoh-gapah Ira berjalan masuk ke dalam surau dan meletakkan telekungnya.

Kemudian ke tandas untuk mengambil wuduk. Setelah itu dia keluar dari tandas setelah mengambil wuduk dan terus berlalu ke arah surau. Namun saat dia menolak pintu surau, ada tangan lain yang menolak pintu itu pada masa yang sama. Dia berpaling dan ternyata dia terkejut. Encik Adli!

Disebabkan surau hanyalah bilik yang kecil, maka ia dikongsi oleh jemaah lelaki dan wanita. Jika pekerja wanita bersolat di dalamnya, yang lelaki akan tunggu di luar untuk menanti giliran. Begitulah bila tba waktu solat. Ruang pejabat yang kecil hanya membolehkan ruang sempit itu diubah menjadi suarau untuk kegunaan semua.

“Eh, encik Adli. Encik Adli nak solat ye. Encik masuklah dulu. Saya tunggu.” Ira cuba memberi laluan kepada Adli untuk menunaikan solat Asar terlebih dahulu.

“Tak mengapalah awak solat dulu. Saya tunggu luar. lagi pun awak dah siap ambil wuduk tadi kan?” Kali ini Adli pula yang mengalah.

“Tak apa... Encik Adli masuklah dulu. Mesti Encik Adli nak cepat kan. Saya tak ada apa-apa nak buat dah. Boleh je tunggu sekejap agi hingga Encik Adli selesai solat.”

“Tak apa. Awak dulu.” Bila nak habis sebab kedua-duanya saling bertolak nak solat.

“Tak mengapa. Encik Adli dulu.” Kata Ira sambil tangannya membukakan pintu. Adli sudah bercekak pinggang. Matanya merenung tepat pada Ira. Kenapa pula mahu bermain tarik tali pasal solat ni.

“Saya suruh awak solat dulu. Sekarang ni awak nak masuk atau tidak? Ke awak nak berjemaah dengan saya sekali?” Soal Adli panjang. Nampak sangat marahnya.

Kali ini Ira kalut. Dia kalah. Mendengarkan kata-kata Encik Adli itu membuatkan Ira serba tak kena. Cepat-cepat
dia masuk ke dalam surau untuk solat. Tak mahu bikin bosnya mengamuk. entah apa pulak yang akan jadi nanti. Bukan tak kenal dengan perangai Encik Adli. Cepat melenting juga.

Lama juga Ira berada di dalam surau. Lama kerana berdoa pada Allah supaya ditetapkan hati dengan pilihan yang dibuat dan kekal jodohnya dengan encik tunang. Takut juga memikirkan kemungkinan yang keluar dari Mulut Yani tentang tunangnya itu.

Mujur bukan jeni s bersolek atau lama-lam atengok cermin kalau tak, habislah Encik Adli tunggu lama.

“Maafkan saya Encik Adli. Saya terlewat.” Ira tunduk tanpa memandang kepada Adli. Rasa bersalah mula terbit di hatinya.

Ira segera beredar dari situ. Entah mengapa dia merasa amat kerdil ketika bersama dengan Adli. Dia diibaratkan seperti langit dan bumi. Ira kemudiannya menuju ke bilik pekerja yang meneruskan kerjanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience