Bab 12
Tiba-tiba pintu lif terbuka. Ira memanjat rasa syukur yang tidak terhingga. Dia melemparkan senyuman untuk Adli dan dia membalas dengan
senyuman yang penuh keikhlasan. Berjaya juga dia melepaskan dari dari Adli. Ira melangkah ke perhentian bas untuk menantikan bas yang seterusnya. Dia
memerhatikan papan waktu kedatangan bas rapid. Ah, perlu menanti 15 minit lagi?
“Saya hantarkan awak balik.” Pelawaan dari Adli itu ternyata membuatkan Ira tersentak. Bermimpikah aku? Tidak Ira. Dia memandang sekeliling dan ternyata dia keseorang. Untuk keseorangan dia merasakan tidak selamat. Namun dia juga tidak mahu menumpang Adli yang pasti dia akan ‘diserang’ dengan soalan lagi.
“Tak pe Encik Adli. Menyusahkan je. Tak pe saya boleh naik teksi je.” Ira menolak pelawaan Adli. Dia sebenarnya risau. Nanti apa pula orang kata. Dan lagi satu dia tidak mahu dia ditanya dengan soalan-soalan peribadi seperti tadi.
“Tak menyusahkan pun. Lagi pun dah malam ni. Bahaya awak balik seorang diri. Marilah. Kereta saya ada di sana.” Tuding Adli ke arah keretanya di
parkir. Ira kemudiannya akur. Yang sebenarnya dia memang merasa takut untuk pulang sendirian. Lebih-lebih waktu malam begini. Macam-macam dia
dengar cerita yang buruk.
Tambahan lagi dia sebagai anak dara. Kan ke best kalau dapat insan tersayang yang boleh hantar dan menjemput.
Masuk sahaja di dalam perut kereta sekali lagi dia dilanda resah dan gelisah. Kekok bila dia berada di dalam kereta yang serba mewah itu. Bagaikan
dia merasakan tidak layak berada di dalamnya.
“Nampak gayanya saya terpaksa tukar kereta ni tak lama lagi. Agak-agak awak apa kereta yang patut saya tukar?” Ira tidak ambil peduli dengan kata-
kata Adli itu. Kerana tiada kena mengena dengan dirinya pun. Untuk apa dia memberikan pendapat? Adli seorang yang kaya. Petik jari apa kereta pun
dia mampu beli. Dan sekarang ni pun kereta BMW yang ada ini pun dah memang cukup mewah. Nak tukar apa lagi? Bisik Ira sendiri.
“Agak-agak awak bagaimana agaknya kehidupan awak selepas kahwin nanti?” sengaja Adli ingin menduga Ira lagi.Ingatkan dah habis interview dalamlif tadi. Apa lagi yang ingin ditanya?
“Saya akan menjaga makan dan pakai dia. Dalam erti kata saya akan menjadi penjaga, sahabat, rakan dan kekasih kepada dia. Saya tak kisah jika saya
teruskan kerja sekarang ni kalau andai kata boleh membantu dia.” jawab Ira yakin.
“Kuat betul kepercayaan awak kepada dia.” Ira tersenyum. Adli benar-benar menduga perasaannya.
“Kepercayaan adalah penting untuk menguatkan jodoh kita, Encik Adli. Saya percaya kepada dia.”
Adli membiarkan perbualan mereka mati di situ. Ira pula menghela nafas lega. Bolehlah dia bernafas dengan tenang. Adli kelihatan tenang dalam
pemanduannya. Namun begitu tanpa disedari dia mencuri lihat kepada Ira.
“Eh! Encik Adli rumah saya simpang kanan.” Cemas pula Ira. Rasa takut mula melanda hatinya. Sama juga ketika dia di dalam lif tadi. Rasa
menyesal pula dia menumpang Adli untuk pulang ke rumah.
“Awak ni kalut sangatlah. Tak adanya saya nak bawak awak lari. Kita pergi makan dulu. Saya tahu awak lapar. Saya pun lapar juga.” Ingatkan nak buat scene penculikan tadi. Hish! Menyesal pulak fikir yang bukan-bukan.
“Kita pergi rumah saya.” ‘Rumah saya?’ Ayat itu sudah cukup buat darah Ira menyirap. Pucat rasanya wajah Ira ketika itu. Dah ajak makan, makan jelah. Ini siap nak bawa rumah apa hal?
“Maaf Encik Ikhsan. Rasanya Encik Adli turunkan saya di bus stop sana. Saya rela naik bas atau teksi. Tak elok saya ke rumah Encik Adli. Lagi pun
saya tunangan orang.” Ira menolak pelawaan Adli yang dirasanya melampau oleh Ira itu. Berani betul bos aku ni. Berani tak bertempat. Senang- senang nak ajak anak dara orang.
“Ada saya kisah?” Terbuntang anak mata Ira mendengarkannya. Air mata Ira hampir mengalir apabila melihatkan Adli bertindak tenang.
“Encik Adli, lebih baik turunkan saya sekarang. Tolonglah...” Rayu Ira. Matanya dah mul abergenang air mata.
Adli tidak mengendahkan kata-kata Ira sebaliknya dia meneruskan pemanduannya. Ira semakin gelisah. Buatnya dia di...Huh! Astaghfirullah!
Masuk sahaja di perkarangan rumah banglo itu Ira bagaikan tidak tentu arah. Tangannya sejuk beku. Adli masih lagi tenang. Siap senyum senget!
Share this novel