Bab 10
“Dah lama awak kerja sini?” akhirnya Adli bersuara memecah kesunyian. Dia cuba untuk memulakan perbualan.
“Dah hampir setahun, Encik Adli.” Adli mengangguk dan kemudian dia sepi semula. Dia cuba untuk berbual dan menghabiskan masa sehingg abantuan tiba. MAlah dia lihat Ira ketakutan dengan apa yang terjadi. Ada eoknya jik adia berbicara dengan Ira agar wanita itu rasa lebih lega.
“Asal dari mana?” Ira berpaling memandang kepada Adli. Sudah macam orang kena interview kerja pulak. Soalan formal sangat. Tahulah awak tu bos.
“Negeri Sembilan.” Sepatah sahaja jawapan yang dilemparkan oleh Ira. Tiba-tiba perasaan malu menyelubungi hatinya. Dia bangkit dan cuba menekan punat di pintu lif. Namun gagal.
“Kena panggil teknikal juga.” Ira akur dan duduk semula. Sebenarnya dia sudah keletihan. Sudahlah dia kelaparan. Belum mandi lagi. Namun dia kumpul rasa kesabaran di dada. Ah, mengapa ini harus terjadi? Mungkin ada hikmah dengan apa yang telah terjadi.
“Eer.. Awak ke yang sediakan kopi buat saya setiap pagi?” Ira mengangguk tanpa memberikan jawapan.
“Sedap.” Puji Adli ikhlas sambil mengangguk tanda memang betul sedap. Memang saban hari dia sering menantikan kopi yang dibuat oleh Ira. Jika orang lain buat mesti tak sama dan tidak sesedap air tangan Ira.
“Terima kasih.” Berbunga hati Ira dengan pujian seumpama itu. Senyumannya melebar. Inilah kali pertama dia mendapat pujian dari bosnya. Kalau tak maasam muk aje setiap hari.
“Awak dah kahwin?” Entah mengapa soalan itu laju sahaja diajukan kepada Ira. Ira berbagi untuk memberi jawapan.
“Kahwin belum. Tunang sudah.” Ira sedaya upaya menggumpul semangat untuk berbual dengan Adli. Apalagi melibatkan hak peribadinya. Dia sebenarnya tidak beberapa gemar bila dia ditanya sebegitu. Apatah lagi dalam keadaan begini.
“Oh, ye ke? Bila nak kahwin?” Adli kelihatan lebih tenang berbanding tadi. Jika tadi dia agak tegang dengan apa yang terjadi. Dia sebenarnya
bersyukur dengan kehadiran Ira di situ. Boleh juga dia ajak berborak. Jika dia keseorangan di dalam lif sekarang ini mahu dia buat tahi mata saja.
“beberapa bulan lagi InshaAllah.”
“Tak lama dah... Tapi jangan lupa menjemput saya.” Seloroh Adli. Manis juga tersenyum macam tu.
“Encik Adli kan bos saya. Takkan saya lupa jemput kot?” Ira mula selesa berbual dengan Adli.
“Seronok bertunang?” Soalan ini lagi yang keluar. Kalau tak nak jawab boleh tak? Ira menjadi diam. Dia hilang kata-kata.
“Seronok.” Mungkin itulah jawapan yang perlu untuk masa ini. Tidak perlulah dia membuka aib sendiri. Walau pun itu adalah jawapan yang mungkin di
dalam kotak simpanannya. Kerana semenjak dia bertunang dia sendiri tidak tahu bagaimana seronoknya orang bertunang.
“Macam tak ikhlas je jawapan yang beri tu. Kenapa? Awak takut?” Hish! Pandai pula bos ni meneka. Ira menghela nafas perlahan. Mengapa perlu untuk menjawab persoalan itu?
“Saya takut sebab saya tidak mengenali dia.” Ternyata jawapan yang diberikan oleh Ira itu membuatkan Adli terkejut.
“Kenapa?” kan dah kata. Memang dia akan menggali dengan sedalamnya. Tak bercerita nanti dia dikatakan sombong. Tetapi jika dia bercerita
dikatakan membuka pekung di dada.
“Saya bertunang dengan pilihan keluarga.” Adli berpaling memandang ke arah Ira. Cuba untuk mencari kebenaran.
“Awak tak pernah bertemu dengan dia?” Ira menggeleng dan Adli tersenyum menyindir. Dia sudah mengaggak akan reaksi yang diberikan oleh Adli
itu.
“Takkan awak tak pernah jumpa dengan dia? mana tahu dia gemuk ke? Kurus ke? Jalan dah pakai tongkat ke? Miskin ke? Apa ke?” Serkap Adli membuatkan
wajah Ira berubah.
“Kenapa bila berkata tentang jodoh pilihan keluarga semuannya ingin menggambarkan jodoh itu yang buruk saja? Sebab saya tidak pernah berjumpa dengan dia? Tapi saya yakin dengan jodoh yang diaturkan oleh keluarga saya. Lagi pun takkan seorang ibu dan ayah tidak ingin melihat anaknya bahagia? Dan saya tak rasa yang Encik Adli ada hak untuk menilai tunang saya.”
Share this novel