Bab 8

Romance Completed 9233

Bab 8

Petang itu, entah siapa yang mengotorkan pantry, Ira terpaksa bersihkan dulu sebelum balik. Yani pula terpaksa balik awal untuk menjemput anaknya. terpaksalah Ira yang lakukannya. Mahu atau tidak dia terpaksa pulang lambat. Mujur hari itu Osman pun tiada kerana menghantar surat kalau tak mungkin dia kena ganggu lagi.

Keyika jam menunjukkan 7.15 malam hati Ira mula tak keruan. Tidak pernah selama dia bekerja di syarikat itu, dia akan pulang lewat. Kerja pembantu atau lebih senang sebagai tukang cuci tidaklah perlu dia lebih lama di pejabat tapi hari ini menjadi sejarah dalam pperkhidmatannya di situ.

Mulanya dia fikir seorang diri tapi melihat kelibat Min yang tergopoh gapah mengemaskan barangnya juuga.

"Eh cepatnya nak balik. Tunggu Ira sekejap boleh?"

"Kenapa kau tak balik lagi ini Ira? Selalu kau dah hilang dah Kol 6.30 tadi. Apa yang kau lama sangat kat sini?"

"Ada orang kotorkan pantry, jadi aku nak kena bersihkan dulu."

"Aku tak boleh tunggu lama. Aku nak kena balik dulu. Ada temu janji lagi ni. Tapi kalau nak teman, Encik Adli ada lagi dalam bilik tu tau."

"Ish, tak nak lah aku. Eh Encik Adli ada di dalam? Ingatkan dah balik. Tapi kau janganmainkan aku. KAlau dia ada, aku nak balik cepat juga lah."

"hahah. KAu ni takut pula dengan bos kit kenapa?"

"Tak naklah terserempak dengan dia. "

"Dah, aku nnak kena jalan dulu. Jumpa kau esok ya. Bye."

Belum sempat Ira berkata apa, langkah Min sudah dulu meninggalkannya. Ah! Keseorangan lagi.

Ira memandang sekeliling. Ke kiri dan ke kanan. Kali ini meremang pula bulu tengkuknya saat dia keseorangan di situ. Encik Adli pula dalam bilik. Ingatkan boleh juga dia balik sekali dengan Min tapi wanita itu pun sedadang balik terburu-buru.

Tak boleh jadi. Dia mesti keluar dengan segera dari situ. Dengan cepat dia menutup lampu dan terus menuju ke pintu lif. Tidak pernah dia balik selewat itu. Keseorangan pula tu. Pintu lif buka saja, Ira terus meluru ke dalam dan menekan butang tutup.

Tapi boleh pula pintu lif terbuka balik. Ira dah berderau rasanya. TAkut punya fasal.

Saat pintu lif terbuka ternyata dia tidak keseorangan. Wajah Encik Adli, bosnya itu bermain diruang matanya. Tiba-tiba Ira menyalahkan dirinya. Adli lagi. ‘Kenapalah boleh kerap berjumpa dengan dia pula dua tiga hari ini selepas kejadian tarik tali di depan surau tentang siapa solat dulu?’

Ira tunduk dan berharapan tiada suara sumbang yang akan dilontarkan oleh Adli. Mungkin Adli yang berfikir yang bukan-bukan tentang dirinya yang pulang lewat. Ah, kalau bukan sebab setiausahanya tidaklah dia pulang lewat sebegini.

“Lewat awak balik.” Teguran dari Adli itu membuatkan Ira yang berdiri di belakang Encik Adli tersentak.

“Hari ini je Encik Adli. Maafkan saya. Ada kerja tak siap tadi di pantry.” Ada nada tak keruan disitu.

Perasaannya sudah menjadi seram sejuk. Teruklah kalau dia diserang lagi oleh Adli. Tapi mujur Encik Adli tak tanya dah lepas tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience