BAB 2

Romance Completed 12793

“Aida kau ok tak? lelaki semalam ada apa-apakan kau? kau ok tak?” desak Ashikin mengoyang bahuku berulang kali. Aku yang tengah termenung terkejut dengan kelakuan Ashikin. Aku sebenarnya malas hendak cerita panjang tentang kejadian semalam. Aku lebih rela diamkan diri dari bercerita.

“Aida! come on! jangan buat aku risau. So, siapa yang hantar kau balik semalam? aku tengok ada seorang hantar kau balik dengan kereta myvi?” soal Ashikin masih tidak puas hati. Hatinya benar-benar risau kalau ada apa-apa perkara yang terjadi di atas kawan baiknya itu.

binggung dengan perlakuan pelik Aida.

“Kalau tak ada Tajul Idham, aku mugkin tak dapat balik, Ekin. Dia selamatkan aku dari dua lelaki yang tidak aku kenal semalam. Aku tak sangka, dia dapat selamatkan aku. Aku berhutang budi dengan dia, Ekin…”

Dalam hati Aida dia berterima kasih dengan bantuan lelaki itu. Siap naik kereta dia lagi. Tapi, itu bukan tiket bagi Aida untuk terus dekati lelaki itu, sebabnya lelaki itu sudah ada yang punya. AIda tidak mahu menyimpan harapan yang menngunung. Aida tahu risikonya.

Jadi AIda hanya membuat lagak biasa sahaja dengan lelaki itu, bagai adik dengan kakak. Tak salah rasanya kalau Aida rapat dengan lelaki itu sebagai adik?

“Aida… Kau jangan nak cari pasal… Budak Tajul tu dah ada girlfreind tau! girlfreind dia pun satu kolej dengan kita. Jadi, aku tak nak kau dekat dengan mamat tu lebih-lebih…” Ashikin risau sekiranya kawan baiknya itu terus menerus mendekati lelaki itu.

Lagi pun, Ashikin dengar girlfreind dia boleh tahan cantiknya. Dua-dua budak perubatan. Harap-harap, AIda sedar.

“Come on Ekin. Aku anggap budak tu macam adik aku sendiri. Mustahil aku nak rapat dengan dia. Kau ni fikirlah sikit Ekin…”

Aku memang dah agak, yang Ashikin memang berfikiran macam tu. Macam dah tak ada lelaki lain kat dunia ni.

“Aku harap kau tak akan suka dengan budak tu, Aida…” Ashikin menasihati Aida buat kali terakhir.

Dia tidak mahu melihat kawan baiknya itu terpikat dengan lelaki itu. Sekarang ini pun, semua pelajar perempuan di kolej sudah mulai suka akan lelaki yang bernama Tajul Idham. Ashikin tak dapat nafikan, yang lelaki itu ada aura penariknya tersendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience