BAB 11

Romance Completed 12793

Akil mendesakku untuk berjumpa denganku di tasik.aku telah sihat. Lukaku dibelakang sudah tertutup. Aku lega. Tapi apabila melihat muka resah Akil dihadapanku, aku mula mengesyaki sesuatu. Akil tunduk. Dia macam mahu menahan sesuatu.

“Kenapa dengan kau ni Akil?” aku mula menanyakannya. Dia diam. Dia termenung. Seakan dia menghadapi satu masalah yang mengunung. Aku juga terdiam melihatnya.

“Akil kenapa?!!!” aku meninggikan suara. Baru dia pandang kearahku. Aku jadi penasaran tiba-tiba. Aku mula memikirkan hal Tajul. Sejak insiden aku keluar dari Hospital itu, dia tidak pernah melawatku apatah lagi menelefonku.

Tentang Marlia, aku mahu berterima kasih terhadapnya yang sudi menderma darah kepadaku. Tanpa dia mungkin aku tak merasai dunia ini lagi. Syukur Alhamdulilah.

“Aku harap kau kuat Aida…” Akil mengengam tanganku. Aku terkejut. ‘ kenapa Akil’? matanya berkaca memandangku. Aku terdiam. Kami betul-betul terbuai dengan perasaan sendiri.

“Tajul sekarang telah melanjutkan pelajarannya kat United Kingdom dalam bidang perubatan. Dah tiga minggu dia kesana. Aku tak tahu kenapa dia mahu belajar kesana. Kenapa dia tinggalkan kau keseorangan…” Aku terdiam.

Sepi! sunyi! sedih! itu yang aku rasai. saat aku mula merasai bahagia bersamanya, dia pergi meninggalkanku tanpa mengucapkanku buat kali terakhir. Air mataku mengalir. Sudah tidak tahan lagi memendamkannya.

kenapa dia terlalu kejam sampaikan tidak berjumpa dengan aku dahulu? kenapa? kenapa? kenapa begini akhirnya. Sudah hilang sahabat, kini kekasih hati juga meninggalkan aku.

“Aku sedih lihat kau macam ni. Tapi, Marlia lagi teruk..” Akil tidak meghabiskan kata-katanya. ‘ kenapa dengan Marlia’?

“kenapa dengan Marlia…”

“Marlia mengalami muntah yang teruk, sekarang dia ada kat hospital” Akil menguis matanya. hatinya sedih. Sedih sangat apaabila mengenagkan hali ini terjadi.

Aku pula tidak tahu kata apa. Aku terdiam. Setitis air mataku gugur lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience