BAB 6

Romance Completed 12793

Aku tak tahu kenapa hati aku ni rasa terusik apabila melihat kelibat Tajul dengan Marlia semalam. Aku tahu aku tidak patut merasakan semua itu. Tapi, entah kenapa hatiku rasa sedih melihat perlakuan mereka yang agak mesra.

Tak apalah, sudah semestinya lelaki seperti Tajul begitu dipujai ramai gadis. Aku sahajalah yang terhegeh-hegeh mendapatkannya walaupun aku sudah diingati berulangkali bahawa dia sudah berpunya.

Namaun siapalah aku untuk menghalang perasaan ini daripada hadir di hati. Tak semena-mena, hatiku semakin mekar hari demi hari tanpa aku sedari.

“Hai! termenung lagi!” Ekin menepuk bahu kananku membuatkan aku terkejut sedikit. Nasin baik aku tak melatah. Kalau ya, habis Ekin aku cekik-cekik!

Aku menjeling kearah Ekin yang tersengih-sengih mengenakan aku. Dia, kalau tak kenakan aku sehari memang tak sah. Ekin… Ekin.

“kau kalau tak kenakan aku dalam sehari tak sah…” Aku terus baring ke bantal tanpa memandang ke arah Ekin yang masih lagi tercegat di situ. Malas aku nak layan lelebih, takut nanti aku pula yang terkena.

Fikiranku masih melayang peristiwa semalam. Arghh! begitu membuatkan aku benci terhadap lelaki itu. Walaupun Tajul tidak pernah membuat aku kecil hati, tapi entah kenapa aku cemburu sangat melihat dia begitu mesra sekali dengan Marlia.

Hati ini masih tidak dapat menerima semua itu, walaupun aku telah diingat oleh Ekin jangan terlalu minat sangat dengan Tajul Idham. Namun perasaan ini tidak mampu dihalang.

“kenapa dengan kau ni Aida?sesi pembentangankan dah habis, kenapa aku tengok kau ni macam gabra semacam” ‘gabrakah aku?’ Ekin merenungku lama. Aku tak nak dia tahu yang aku masih menginggati Tajul. Takut, Ekin pula yang emo. Kenapa pula, Ekin hendak Emo. Sedangkan dalam soal perasaan, tiada siapa yang menghalang.

Aku bangun dari katil menuju ke meja untuk mengambil ketip kuku. Aku membiarkan Ekin membatu di atas katilku. Entah apa yang dia fikirkan. aku pun tak tahu.

“Aida, kau masih suka lagi ke kat Tajul tu?” soalan Ekin.

Memang aku sudah agak dari mula. Mana taknya, kalau sehari tak bercerita pasal tajul, memang tidah sah Ekin ni. Telinga aku ni nak bernanah mendengar cerita Ekin pasal Tajul. Kalau yang positif tidak mengapa.

Tapi, Ekin selalu cerita yang buruk-buruk pasal lelaki itu. Entah apa yang Ekin tak suka dengan lelaki itu pun aku tak pasti. Sedangkan Tajul tak ada pula nak sakitkan hati Ekin. Ekin je yang lelebih.

Kalau nak kata, Ekin ada perasaan cinta kat Tajul pun tak. Ekin, dia mana tahu cintan cintun ni, lainlah kalau dia memendamkan je perasaan dia. Aku angkat bahu.

“Mana ada. Kau kalau tak bercerita pasal mamat tu tak boleh ke? kenapa kau nak anti sangat kat mamat tu?” aku mula menanyakan soalan yang selama ini aku pendamkan. Memang soalan ini yang aku mahu tujukan pada dia. kalau dia tak jawab memang aku paksa dia jawab.

“Dia bukan lelaki yang baik untuk kau pun… Tak payah nak fikirkan pasal mamat tu. buangkan sahaja perasaan kau pada dia…” Aku memandang sekilas pada Ekin. Aku tak jadi nak ketip kuku. Rasa macam nak berdebat je dengan Ekin.

Macam mana dia tahu Tajul bukan lelaki terbaik? suka hati aku la, nak suka pada siapa. Aku bukan sepenuh cinta suka kat Tajul, sipi-sipi sahaja. Tapi kenapa sahaja aku cemburu sangat dia dengan Marlia? itukah tandanya hatiku sepenuh raga menyintainya? Ishhh! tak mungkin…

“Kenapa kau cakap macam tu Ekin? kau cakap macam kau kenal sangat dengan Tajul. Kau tak boleh halang perasaan aku terhadap dia. Bukan aku cinta sepenuh hati kat dia. Aku tahu dia dah ada buah hati. Benda itu menginggatkan aku supaya tidak menaruh harapan yang tinggi. Sedangkan banyak benda yang aku nak fikir…”

Aku keluar dari bilik itu. Hati aku panas sepanas air mengelegak. Aku sakit hati, memang sakit hati dengan Ekin. Rasa macam nak menangis. Ekin yang aku kenali dulu bukan Ekin sekarang. lagaknya macam nak bermusuh dengan aku. Benda pasal tu pun, takkan nak bermusuh dengan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience