BAB 14

Romance Completed 12793

Sudah empat bulan Tajul tidak membalas emailku. Mesej pun tidak boleh, asyik gagal sahaja.Hampa hatiku. Aku kemudiannya baring di katil empukku sendiri. Mahu aku berjumpa dengannya. Mahu belajar bersamanya. Mahu melihat senyumannya. Mahu dia juga menjadi milikku.

Itu semua angan-angan palsu. Tajul tidak menjanjikan apa-apa selepas tamat pengajiannya di sana. Yang pastinya dia mungkin sudah ada pilihan hatinya sendiri.

Marlia ada memberitahuku yang papanya seorang yang garang. Tajul sendiri takut dengan papanya sendiri berbanding kakak sulungnya yang kini belajar master di Amerika syarikat. Mereka hanya dua adik-beradik sahaja.

Apabila mendengar kisah keluarga Tajul, aku jadi takut pula ingin berdepan dengan ayahnya. Kata Marlia lagi, ayahnya seorang doktor kenamaan. Semua orang tunduk hormat kepadanya. Rupanya Tajuk tidak mempunyai emak dari kecil lagi. Kasihannya.

Aku harap Tajul tetap tabah berada di sana.

Aku mulai bangun dan kembali menghadap buku untuk mengulangkaji pelajaranku. Beberapa hari lagi sudah start final exam. Rasa gemuruh mulai melanda. Aku harus mendapatkan keputusan yang baik dan membanggakan. InsyaAllah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience