BAB 8

Romance Completed 12793

Handsetku berdering mendendangkan lagu kiss you yang dinyayikan oleh ahli kumpulan terkenal iaitu one direction. Tertera nama Tajul impianku. Entah kenapa aku sengaja letak ‘impian’ aku tak tahu. Tapi dia memang impianku untuk memilikinya. Aku tersenyum lantas menekan butang hijau.

“Assalamualaikum cik Aida?” dia memberikan salam lembut. Membuatkan jiwaku bergetar. Suaranya sudah cukup membuatkan hatiku tertawan. Itu belum tengok orangnya lagi. Perghhh!!!

“Waalaikummusalam… Kenapa koll ni?” Entah kenapa soalan ini juga aku tujukan.

“Kenapa? tak boleh ke telefon buah hati sendiri… Macam tak suka je saya telefon?” Tajul mula memperlahankan suaranya tanda merajuk. Eii! ada juga lelaki merajuk, fikirku.

“Tak adalah. Saya lagi suka bila kekasih saya menelefon saya…” aku ketawa. Dia juga begitu. Ingatkan merajuk, rupanya sengaja buat merajuk.

“Jom, keluar… lama tak jumpa…” aku terkejut bukan siang tadi dah jumpa ke?

“Kat mana?”

“Macam biasa, Restoren Bahagia…” ada ke ‘Restoren Bahagia’?

“Amboi Restoren Bahagia…” sengaja aku menyakatnya.

“Mestilah saat hati ini bahagia… Semuanya bahagia…” dia ketawa. Aku hanya menahan gelak.

“Oklah..”

“Saya ambil awak, bila saya sampai saya koll awak. jangan terlewat” Talian dimatikan. Aku lihat jam tepat pukul 9.00 malam. Masih sempat rasanya menemui Tajul.

Tiba-tiba, Ekin dibelakangku dengan riak muka yang sukar aku gambarkan. Marahkan ia? tapi kenapa?

“Kenapa Ekin? kau lapar ke?” soalku. Dia diam membisu.

Tiba-tiba dia memelukku. Ekin menangis? Terasa bahuku basah akibat air matanya yang banyak keluar. Aku tak pasti apa masalah dia. Siang tadi dia ok je? sekarang apa masalah Ekin?

Aku menarik badannya untuk berdepan denganku.” kenapa dengan kau ni, Ekin? kenapa macam ni sekali? kau ada masalah ke?” bertalu-talu soalanku. Kasihan pula aku melihatnya, mukanya merah. hidungnya bengkak apatah matanya lagi bengkak akibat menangis. Aku jadi pelik.

“Aku mintak maaf kat kau Aida… Aku dah buat kau sangsi dengan aku.” Teresak-esak Ekin sampaikan aku kaget seketika apabila Ekin cakap macam tu. Baru semalam kami bergaduh.

“Apa yang sangsinya. Pasal Tajul tu? lupakan jelah. Aku dah maafkan kau…” tanganku mengusap lengannya. Aku tak mahu disebabkan perkara ini, Ekin dengan aku bermusuhan.

“Memang pasal dia. Tapi kau tak tahu pasal ni. Aku harap kau tak marahkan aku…” Ekin masih lagi dengan esakkannya. Benda apa yang Ekin nak bagitahu kat aku? apatah lagi ia bersangkut paut dengan kekasihku sendiri, Tajul Idham.

“Aku sebenarnya dah lama minat kat Tajul tu, cuma tak nak bagitahu kat kau. Takut kau cuba nak dekatkan diri kau pada dia. Aku takut kau bercinta dengan dia, walaupun aku tahu Marlia itu makwenya. Kau tahu tak Aida? Akulah orang yang selalu bagi surat cinta pada dia setiap hari. Sampaikan aku buat amaran Pada Marlia supaya putuskan hubunga dia dengan Tajul. Atas sifat cemburu melihat kau semakin akrab dengan Tajul, aku akan buatkan kau benci dia. Walaupun aku tahu Tajul tidak sukakan aku. Kalau dia tak suka aku, kau pun dia tak suka!!!”

Aku terpana sekali. Aku terduduk di kerusi. Hampir pengsan aku melihat luahan Ekin. Bagaikan ia satu tamparan hebat buatku. Aku memandang Ekin yang mengelap air matanya. Tak sangka Ekin, kawan baikku sanggup berbuat begitu. Aku menggelengkan kepalaku. Rupanya, Ekin sukakan Tajul. Patutlah dia berasa dinggin dan mahu memarahiku tatkala aku rapat dengan Tajul.

“Kau tak tahu Aida, sengsaranya aku apabila depan-depan di cakap kat kawan dia yang dia tiada langsung perasaan cinta kat aku. Malu aku waktu tu. Dia memperlekehkan aku kat depan kawan-kawan dia, Aida. Aku ingat dia baik, namun….”

‘namun’? aku langsung tak tahu hal ini. Tajul pun tak pernah bagitahu aku. Tajul memang tak tahu yang aku satu housemate dengan aku. Atau Tajul memang dah tahu?

“Dia…..” Ekin teragak-agak mahu menyatakan.

“Dia kenapa Ekin?”aku mula tidak puas hati. Apa yang Tajul dah buat?

“Dia buat onar dengan….” aku mengerutkan dahi. ‘onar’ dengan ‘maksiat’ tu sama jelah maksudnya?

“Siapa?!” aku pula bagaikan dirasuk oleh cerita Ekin.

“Marlia!!!” Aku tak percaya langsung yang Tajul buat begitu. Dari segi luaran, dia memang baik. Atau Ekin sengaja buat cerita.

“Kau jangan nak fitnah Tajul, Ekin. Kau tahukan dengan kata-kata kau ni, malaikat akan catit apa yang bohong dan benar…” hatiku mula panas. Entah kenapa.

“Kenapa kau nak puja sangat lelaki macam tu?!!” aku terkejut. Ekin menjerit. Dia membalingkan gelas kearahku. Nasib baik aku tepis. Dia mendekati aku. Aku jadi kaget. Tak tahu pula aku dengan kata-kata aku tadi membuatkan dia rasa benggang denganku.

Dia mengoncang bahuku berulang kali. Kemudian dia menamparku. Aku tergamam!

Aku menolak tubuhnya sekuat hati dari terus menamparku.

”Apahal kau ni, Ekin?!!!” Ekin terduduk di lantai. Aku bangun dari kerusi untuk mengapai telefonku. Namun tak semena-mena, badanku sakit sangat dari belakang. bagaikan ada satu tusukan tajam. Aku terkejut, ada darah yang keluar dari belakangku. Aku menoleh belakang, terkejut!! Ekin menikamku dari belakang?!!!Kemudian dia tergelak melihatku. Aku cuba bertahan. Tapi…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience