BAB 3

Romance Completed 12793

Kali ini, Tajul Idham tidak mulai tenteram. Ada sahaja panggilan masuk dan surat cinta yang entah siapa pemiliknya mahu bercinta dan paling teruk mahu mengenalinya dengan lebih dekat. Tajul Idham perasan, semua perhatian memang tertumpu akannya. Tapi dia buat selamba sahaja, kerana insiden ini bukanlah paling terbaharu baginya. Dia boleh bertahan lagi.

“Tajul… kau ni dahlah smart. Pandai pulak tu, kenapalah kau tak belajar di universiti tempatan. Aku rasa keselamatan kau terjamin sikit bila belajar di situ berbanding di kolej ni banyak sangat kelonggarannya…”

Akil memang pelik dengan Tajul Idham. Bagi Akil, Tajul Idham memang berkebolehan dalam bidang akademik. Itu yang membuatkan Akil pelik sedikit.

“Semua tempat sama. Yang penting kita nak menimba ilmu, bukan nak berfoya-foya. Aku ada sebab tersendiri kenapa aku masuk kolej. sebabnya aku gagal dapat masuk di IPTA. Sebab ramat sangat yang ambil bidang perubatan. Alah tak kisahlah. kerajaan ada, dia yang tanggung semua perbelanjaan aku.”

Tajul Idham yakin, tempat yang dia sedang belajar sekarang membantunya untuk jadi doktor. Tidak kisahlah di Universiti atau Kolej, jikalau ada kemahuan di situ ada jalan.

“Nasib kau baik, sebab ada kerajaan yang bantu kau. Aku ni harapkan PTPTN sahajalah. nak bayar sewa hostel, pengajian, buku dan makan lagi. Aku rasalah, kalau tak dapat pinjaman aku rasa aku kira pokai tau Tajul”

Akil memang bersyukur kerana mendapat pinjaman PTPTN untuk dia melanjutkan pelajaran di MAHSA COLLEGE. Akil berusaha untuk memperbaiki mutu pelajarannya. Tak seperti Tajul Idham, dia memang sudah dapat pointer 4 plat masa dekta Matrikulasi dahulu, tapi malangnya dia tak dapat tawaran di universiti Tempatan.

“Tajul.. Em, your girlfreind it so beauty with brain… Macam mana kau boleh dapat Marlia tu? setahu aku, kau ni tak suka cintan cintun ni?”

Akil mulai beralih topik membuatkan Tajul Idaham berfikir sejenak. Ya tak ya jugakan? Tajul Idham mula terfikir akan gadis secantik Marlia, kekasih hatinya. Dia pun tidak tahu bagaimana dia dapat Marlia? tapi Tajul Idham tidak selalu keluar sangat dengan Marlia. Dating pun tak ada masa. Marlia pun jarang-jarang menelefonnya. Tajul pun malas nak berfikir banyak. Asalkan perempuan itu baik-baik sahaja.

“Entah.. Yang kau nak tahu lebih ini kenapa? minat?” duga Tajul Idham. Dia tidak kisah kalau orang lain meminati kekasih hatinya itu. Entah kenapa, Tajul Idham tidak memandang enteng tentang perempuan itu.

Tiada kecemburuan dalam hati Tajul Idham. Dia mula menyelak helain buku satu demi satu sambil diperhatikan oleh Akil. Akil menggelengkan kepalanya. Dia pun tak faham dengan hubungan mereka. Akil angkat bahu tidak mahu bertanya lebih, takut pula tuannya marah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience