BAB 10

Romance Completed 12793

sebulan yang lalu…

“Macam mana, Aida dah ok?” Tanya ibu Aida.

Setelah beberapa minggu, Aida tidak sedarkan diri, Mak cik Piah amat risau tentang keadaan anaknya itu. Sepanjang Aida di hospital, Mak Cik piahlah yang selalu menjaganya. Selebihnya suaminya, Pak Mail. Mereka benar-benar risau tentang diri Aida, walaupun Marlia sudah dermakan darah kepada Aida.

Aku bangkit secara perlahan. Terasa belakangku masih terasa sakit. Aku mengeluh. Aku masih ingat lagi insiden hitam

Selepas menerima panggilan dari kekasihnya, Tajul. Apabila memikirkan hal ini, aku teringat pula pada Shikin. Walaupun dia membuatkan aku hampir maut, namun hatiku ini masih sayangkan dia. Aku kawan dia dah 5 bulan. Nampak macam baru, tapi hati kami sama.

“Aida tak payah risau, sebab Shikin dikenakan gantung tiga semester…” Emak macam tahu apa yang aku fikirkan. Tak sampai hati rasanya melihat dia digantung tiga semester. Akil beritahu semalam yang satu kolej sudah tahu insiden ini.

Aku menekup mukaku. Tiba-tiba air mataku mengalir deras. Kawan baikku. ‘ Shikin aku amat bersimpati kepada kau, walaupun kau buat aku macam ni..”

“Aida sayangkan Shikin, walaupun dia dah buatkan Aida begini…” aku menangis. Hati ini amat kuat berkata begitu.

“Buat apa nak sayangkan orang macam tu, nak. Aida tak tahu ke yang dia tu sakit mental?” Mak Piah mula tidak sedap hati.

Aku terkejut!!! tidak menyangka hal ini terjadi. Aku pandang ke luar tingkap. Langit mulai mendung, tinggal nak hujan sahaja. Begitulah hatiku saat ini, kehilangan sebuah kawan, walaupun kawan itu musuhku, namun demi kasih aku turutkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience