BAB 7

Romance Completed 12793

Aku melangkah masuk ke perpustakaan dengan hati dapat menyiapkan assigment yang diberikan madam Akirah. Namun bila sahaja aku masuk, aku melihat Tajul Idham dengan pakaian baju kamejanya membuatkan hatiku tertawan.

Tak semena-mena dia terpandang kearahku. Kemudian dia tersenyum. Aku kaget seketika. masakan dia kenal aku? sudah lama kami tak ketemu.

Aku buat biasa dengan memilih meja yang sesuai untuk aku membuat assigment. Meja yang aku pilih agak jauh dari meja Tajul. Ia terselindung sebalik pasu bunga. Hatiku lega, dia tiada di hadapanku. kalau dia ada, tak tenteram rasanya diriku.

Beberapa minit kemudian, ada seseorang mengetuk mejaku. 3 kali. Mulanya aku tidak mendengari, kerana terlalu khusyuk sangat menulis, namun ketukan ketiga menyentakkan aku. sekaligus, pen yang aku pegang terjatuh di bawah.

Aku memandang ke arah orang yang yang mengacau aku membuat kerja. kalau boleh nak marah sahaja. Namun niatku terhenti tatkala, dia adalah Tajul. lelaki idamanku. Ceh! poyo betul aku ni.

“Saya nak cakap dengan awak sikit…” aku menganggkat keningku. ‘awak’? dulu bukan dia panggil aku ‘kakak’ ke? kenapa dia ni? rasa macam serius sahaja mukanya.

Pen yang terjatuh kebawah, dia yang tolong angkat. Aku hanya membatukan diri. Nak cakap terima kasih pun tak ye pun tak. sekadar mediamkan diri. suasana perpustakaan menjadi sunyi. Kerana, pelajar mungkin mahu ke kelas. Fikirku.

Pandanganku tepat kerahnya. Aku tak minta dia duduk, dia mengatal duduk di kerusi hadapanku. Aku merenungnya. Dia memang berkulit putih, ada lesung pipit. Mungkin inilah yang membuatkan hatiku terpikat dengannya. Bukan aku seorang, ramai gadis lain tergila-gilakan dia. Ini membuatkan aku nak tergelak. Tapi aku tahan, dia ada di hadapanku.

“Apa sebenarnya yang Tajul nak cakapkan?” sengaja aku memanggilnya dengan nama ‘Tajul’. Entah, sesekali namanya tak sesuai dengan dirinya. kalau aku letak nama ‘Tengku’ di hadapan baru menarik. Em, mengada-gada aku ni.

“Saya rasa saya perlu cakapkan… Kalau tak cakap ia membuatkan saya berkecamuk” aku pelik dengan sikap mamat ni. Datang-datang kat aku benda ni je nak cakap? cakaplah yang dia dah lama minat kat aku ke? jatuh cinta kat aku ke? itu baru cantik. Ini berkecamuk??? apa yang kecamuknya aku pun tak tahu.

“Tajul, kalau awak ada masalah pasal pelajaran, saya boleh beri tunjuk ajar…” itu jelah jalan penyelesaiannya. walaupun aku tahu dia sememangnya budak pandai. Tapi, tak apelah kot, aku jadi guru dia. Akukan senior dia. Tak salah bukan? sama-sama belajar. lagipun, itu jugak salah satu cara aku boleh rapat dengan dia.

“Aida, saya tak mahu main-main dekat awak. Saya dah lama sangat merenung awak dari jauh cuma tak nak dekat. takut-takut awak sudah ada yang punya. Saya tak tahu nak mula dari mana. Tapi hakikatnya, saya dah lama memendam perasaan ini, tunggu nak luahkan saja. Awak tahu perasaan sayakan?” mukanya berona merah. Tak tahu menahan malu ke menahan sakit?

Aku sebenarnya tak boleh tangkap sangat apa yang dia cakap. Perasaan? dia pendamkan perasaan? apa maksud itu? aku pening sekejap. Mukaku kembali memandang kearahnya. Dia aku lihat macam gelabah semacam. Macam ada tak kena. Entah apa yanng tak kena aku pun tak tahu. Dah macam pesakit parkinson je.

“Awak tak faham?” dia merenungku. Aku blur seketika. Dengan itu, aku menggelengkan kepala tanda tak faham. Dia menunjukkan reaksi marah terhadapku. Aku pelik, dia nak marah kenapa? Aku cuma tak faham apa yang disampaikan, itu sahaja.

“Awak tak tahu perasaan saya terhadap awak, Aida? bahasa apa yang perlu saya guna supaya awak faham!?” dia menekankan suaranya. Pelajar yang baru duduk di meja belakang terkejut. Aku lagilah benggang. Masalah betul mamat ni.

“Eh! awak… saya memang tak faham langsung apa yang awak cuba nak sampaikan. Perasaanlah, bahasalah. Apa ni? awak ni buat saya pening…” aku marah dia balik. Sumpah! aku tak faham apa yang dia cakapkan. Aku kembali menulis seperi biasa membiarkan dia di hadapanku.

Dia menarik penku. Aku terpana. Nak marah. Tapi, dia tunjuk isyarat diam kearahku. Darahku menyiarap. Dia memang pengacau!

“Aida, i love you!” glup!

“huh?” aku terkejut. dia mengganguk.

“Tak faham lagi? saya cintakan awak, Aida!!” kuat suaranya.

Satu perpustakaan boleh dengar. Mukaku merah. Pelajar disekeliling memerhatikan aku dengan Tajul. Aku menutup mukaku dengan buku. Apa aku nak buat ni??? gembira, gabra, terkejut, geram dan teruja pun ada. Kenapalah aku sengal sangat tak faham bahasa kiasan dia tadi?! kalau tak, tak ke malu macam sekarang….

Dia menarik buku yang aku pegang. Mataku kembali bertentangan mata dengannya. Dia senyum. Tanda? aku tak tahu.

“Itulah… saya buat bahasa kiasan awak tak faham…” suaranya kembali perlahan. Dadaku berombak. Masih terasa bahangnya. Dia sukakan aku? jadi aku tak bertepuk sebelah tangan? yei.. seronoknya. Namun, ada sesuatu yang menggangu fikiranku. Seronokku terhenti.

“Bukan awak dengan Marlia ke sekarang? kenapa muncul perasaan awak terhadap saya?” aku memberanikan diri bertanya. Aku tak mahu lelaki ini mepermainkan perasaanku. Aku tak mahu berkongsi kasih. Ceh!

“Sebenarnya, Marlia tu sepupu saya. Saya sengaja declare kat semua orang yang Marlia tu kekasih saya, sebab saya tak mahu gangguan dari sebarang perempuan di kolej ini. Saya dengan Marlia bersepakat. Kami buat-buat macam pasangan bercinta.” Tajul tergelak sendiri apabila memikirkan hal ini. Tapi berbaloi juga, sebabnya, kurang sikit gangguan dari sebarang perempuan.

Namun, ada juga berdegil menulis surat-surat cinta dari seseorang buat Tajul. Panggilan tak dikenali lagi banyak diterima Tajul. Kiriman salam, berapa puluh diterima. Mengajak keluar dating lagilah berlambak… cuma, Tajul malas nak layan. hanya minat pada seorang gadis iaitu Aida Nurwanis. Gadis dihadapannya.

“Oh… berlakonlah ni?” aku kemudiannya tergelak tapi sopan. Tak sangka lelaki handsome macam Tajul masih belum berpunya. Namun, hatiku sedikit berbunga. Dia menaruh hati padaku? dia cinta padaku? pelbagai persoalan berlegar difikirannku saat ini.

“Jadi, terima tak saya? Tajul mengenyitkan matanya. Aku malu! gila malu! mana nak sorok muka ni? lamaran diterima.

“Saya terima, dengan satu syarat!” aku mengenakan syarat. Dia terkejut sikit. Macam ada tak senang. Ringan je bukan berat.

“Apa?” dia tak sabar mendengar ucapan dariku.

“Saya tak nak orang tahu tentang perhubungan kita… Diam sudah…” aku memaniskan muka.

Dia pun begitu. Akhirnya dia setuju. Sebagai tanda percintaan dia memberikan aku kotak biru. Aku terkejut. Belum apa-apa lagi dah bagi hadiah? katanya itu sebagai tanda permulaan kita bercinta. Uhh! romantiknya dia. Hatiku berbunga riang. Bukan riang lagi dah macam berterbangan di udara!

Aku membukanya. Dia memantikan aku buka kotak itu. Aku terkejut di dalamnya sebuah cawan. Cawan? namun ia menarik kerana cawan itu berukir ‘Aida dan Tajul’. Aku ketawa. Lawaknya. Tak pernah-pernah ada orang buat macam ni. Tapi tak apa, ianya menarik.

Tapi, bila masa dia buat semua ni. Bukan masanya selalu habis di meja belajar ke? ajaib sungguh dia. Tak tahu apa nak cakap… aku betul-betul sukakannya. Bukan sekadar menyukai cawan comel ini bahkan orang yang memberinya juga.

Aku betul-betul tak meyangka dia juga ada perasaan begitu sama macam aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience