BAB 12

Romance Completed 12793

Cinta kita ibarat pasir. mudah mendap dan mudah hilang. Tapi yakinlah cinta ini masih kuat untuk kamu Aida Nurwanis. Maafkan saya kerana meninggalkan kamu tanpa berbicara dengan kamu terlebih dahulu. Saya tahu awak kecewa dengan saya.

Saya terpaksa melanjutkan pelajaran ke United Kingdom atas desakan papa saya yang mahu saya belajar disana. Pada hakikatnya saya tolak, disebabkan tidak mahu meninggalkan kamu. Tapi, yakinlah saya tetap cintai awak, Aida. Bukan saya tidak mengerti, namun desakan papa yang terlalu kuat membuatkan saya mengalah jua….

saya harap Aida baik-baik sahaja. Jaga diri. Ucaplah terima kasih kepada Marlia yang selamatkan nyawa kamu. Selamat tinggal Aida, selamat tinggal cinta….

salam kasih

tajul idham

Tak semena-mena, air mataku gugur. ‘hai… kenapalah cinta ini mudah datang dan pergi begitu sahaja tanpa mengucapkan apa-apa?’ surat ini aku dapat bila Akil tujukan surat itu kepadaku semalam. Pada mulanya dia mahu bagi padaku, tapi dia terlupa.

‘cinta itu ajaib Aida…’ kata Akil kepadaku semalam sewaktu dia menghantarku pulang. Kenapa dia kata sedemikian aku tidak tahu. Yang pasti kerinduaanku terhadap Tajul pasti tiada ubat.

Kemudian aku teringat hadiah yang Tajul pernah hadiahkan padaku iaitu cawan! ya cawan yang berukir namku dengan namanya. Indahnya kala itu.

Aku bingkas bangun menuju ke almari. Aku buka laci almari untuk mengapai cawan pemberian Tajul kepadaku beberapa hari lepas. Aku hayati cawan itu. Nampak luaran cawan itu biasa sahaja. Namun mungkin pemberian itu satu istimewa daripadanya. tak mungkin aku mahu membuangnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience