BAB 4

Romance Completed 12793

“Nobody is perfect Aida! kau boleh buat apa presentation tu? ape pasal kau gabra sangat. rileks sahajalah. Dah profesor pilih kau untuk bentangkan tajuk yang dia bagi, nak buat macam mana lagi…” Ashikin cuba menyenagkan hati Aida.

Ashikin tahu, sejak dari tadi, muka Aida pucat bila dapat tahu yang dia bakal membuat ptesentation sempena hari Siswa. Tapi, keadaan bertambah kalut bila Aida dapat tahu yang dia kena bentang di hadapan pelajar juniornya.

Apatah lagi ada Tajul Idham. Aida rasa gabra tiba-tiba apabila menginggati lelaki itu.

“What strong with you Aida? kau ni macam ada yang tak kena sahaja? ni mesti pasal budak Tajul tu kan? kau ni tak habis-habis fikirkan mamat tu…” Ashikin sudah mula rusing. Dia tak mahu emosi Aida terganggu.

Aku pun malas nak berbalas cakap tentang hal ini. Apa yang penting aku kena bentangkan tajuk ‘pentingnya komunikasi dalam alam kampus’ minggu hadapan. Aku rasa aku boleh buat dengan sebaik mungkin walaupun di hadapan ribuan pelajar Mahsa College.

“Assalamualaikum?” sapa seorang lelaki yang membelakangi aku dan Ashikin. Memang macam aku pernah kenal suara lelaki itu, tapi siapa ya?

“Wa’alaikummussalam… Ishak apa kau buat di sini?” soalku sebaik sahaja aku menoleh ke belakang.

Ashikin memang kenal sangat mamat ini, tapi dia buat tidak tahu sahaja. Ashikin tidak mempedulikan lelaki itu, sebaliknya Ashikin membelek buku nota untuk menghafal formula.

“Tak ada apa… Just aku nak ucapkan tahniah sebab kau terpilih dalam presentation tu. Bukan calang-calang orang tau yang dapat…” Ishak kemudiannya duduk di sebelahku. Aku hanya tersenyum apabila Ishak, kawanku menyatakan tahniah kepadaku.

“Eh! dahlah aku nak balik sebab ada hal sikit nak buat. Assigment aku tak buat lagi…” aku tergelak kecil, kemudiannya meminta Ashikin pulang ke hostel. Ishak mengiyakan sahaja sambil matanya tidak berkedip membaca buku nota.

………………………………………………………………………………..

Sebaik pulang. Aku merebahkan diri ke atas katil. penat betul hari ini. Bukan badannya yang penat, tapi otaknya yang penat sebab terlalu memikirkan persiapan presentation minggu hadapan.

Aku rasa apa akan terjadi nanti apabila aku berucap di pentas, tiba-tiba, orang tak nak dengar ucapan aku? Alah! banyak betul imaginasi aku ni.

“Eh! aku respect gila kat Ishak tu.. Aku tengok dia tu baiklah. Then, bila dia cakap dengan kau pun macam orang profesional je…” Aku pening dengan minah sebelah ni, Ashikin.

Kalau dah tahap minat janganlah semuanya dipandang indah. Ini yang aku tidak suka dengan perangai Ashikin. Dia akan menilai orang ikut suka hati dia tanpa mengenali hati budi orang itu.

“kenapa kau diam? untung kau dapat dia…” Ashikin tersengih kambing lalu menyikat rambutnya di hadapan cermin. Kali ini aku memang malas nak layan karenah Ashikin seorang ni. Tapi apakan daya, dalam rumah sewanya ada dia dan Ashikin sahaja. Tiada romete lain. Itu yang membuatkan aku bonsan.

“Dia dah ada kekasih hatilah… buat apa aku nak dengan dia…” ya! Ishak memang sudah ada kekasih hati, dah nak bertunang. Jadi, buat apa aku nak dengan dia? apa masalah Ashikin ini sebenarnya?

Daripada aku layan minah ni, baik aku cari bahan untuk buat presentation minggu depan. Lagipun, Ashikin memang tidak dapat membantunya, cuma yang Ashikin tahu membebel sahaja. Aku pun tak faham kenapalah aku boleh berkawan dengan Ashikin..

“Alah! baru bertunang…” sakat Ashikin.

Tapi, dia tahu yang Aida memang tiada apa-apa perasaan langsung dengan Ishak. Tapi, Ashikin berharap sangat yang kawan baiknya itu bersama dengan lelaki itu. Tapi, masalahnya, Ashikin memang tiada hak untuk tentukan siapa jodoh Aida. tapi Ashikin memang ada muslihatnya tersendiri.

Aku mengerutkan dahiku. Nampak sangat yang Ashikin ini terlalu berminat dengan Ishak. Kalau dah suka, kenapa libatkan dia dalam hal ini?

Tidak lama kemudian, Aku bangkit dan segera beredar dari rumah sewa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience