BAB 13

Romance Completed 12793

Bermulanya semester baru. Semester ini adalah semester akhir untukku bagi menamatkan pengajianku di Mahsa College. Alhamdulilah akhir november ini pengajianku tamat. Aku mahukan keputusan semesterku ini cemerlang. Aku tidak tenggelamkan hasrat kedua ibu bapaku yang ingin melihatku berjaya.

Aku mahu melupakan semua kenangan manisku bersama Tajul Idham. Lelaki itu sudah lama menyepi dalam hidupku. Akil menasihatiku supaya melupakan Tajul Idham kerana sudah berbulan-bulan email dari Akil kepada Tajul tidak dibalasnya. Tajul Idham kini sudah berubah bukan seperti dulu yang baik.

Alhamdulilah Ekin, kawan baikku sudah mula kembali belajar di sini tapi tidak duduk serumah denganku sebaliknya ayahnya yang menghantar dan menjemputnya dari Mahsa. Hari itu aku terserempak dengannya, dia hanya memberi senyuman kepadaku.

Mahuku tegur kepadanya namun dia cepat-cepat melarikan diri saat lidahku mula berbicara dengannya. Aku tidak faham dengannya. Mungkinkah dia masih takut dan kesal atas tindakannya dahulu? aku sudah maafkan semua itu. bagiku pengalaman pahit itulah mengajarku matang. Semua orang tidak sempurna, aku terima itu dengan hati yang tenang.

Sekembalinya aku di kelas Strategic Management, aku menerima satu mesej dari Marlia, dia kini sudah sihat dan kembali sembuh. Kini dia sudah berkerja di syarikat ayahnya. Dia mahu aku berkerja dengannya selepas tamat belajar nanti. Aku hanya membalas, syukur alhamdulilah.Aku tak fikir lagi mahu praktikal dimana? dan selepas itu, aku mahu berkerja tetap di mana?

Aku berlalu di pejabat kewangan pelajar, aku melihat Ishak begitu fokus menatap catatan di board. Aku turut melihatnya. senarai pelajar menerima anugerah dekan. pasti namaku bukan tertera di situ. Namun mataku tertacap pada sebaris nama ‘Tajul Idham Bin Ahmad Tarmizi’.

Sudah agak dia pasti menerima anugerah itu. Dia memang layak. kagum aku melihat kepintarannya ketika belajar bersamanya dahulu. Argh!! itu semua kenangan yang sudah lapuk!

“Aida, macam mana ye keadaan Tajul? aku dengar dia sekarang kat Uk? betul ke? hebatlah dia.” katanya kepadaku. Aku juga kagum melihatnya. Dia masih belajar di sana. sambung buat degree. Macam membazir masa dan tenaga dia belajar rajin-rajin di sini dan akhirnya dia berhenti.

“A’ah. Dia belajar di sana. Dalam 3 setengah tahun kat sana. Dia memang seorang yang hebat.” Ishak mengganguk perlahan. kemudiannya dia mengajakku makan di cafe. Katanya dia belum makan lagi.

Aku mengambil tiga ketul karipap dan Ishak mengambil tiga senduk mee goreng. Pagi-pagi ini pekena teh tarik sedap ni. Si Ishak bangun meminta air teh dekat ruangan minuman.

“Aku dengar kisah kau dengan Tajul dari Akil.” aku terkedu apabila Ishak berkata begitu. Dia duduk di kerusi di hadapanku sambil menyuap mee goreng ke mulut.

“Apa yang kau dengar?” soalku ingin tahu.

“Kisah percintaan kamu berdua sudah menjadi isu hangat kat kolej ni. Ramai pelajar yang frust menonggeng sebab tak dapatkan Tajul Idham. Mereka kata kau ini membawa malang sebab itulah Tajul belajar di UK.” aku sudah masak sangat dengan student perempuan.

Asal handsome sikit je, mulalah nak jatuh cinta. Rasanya bukan Tajul seorang lelaki saja yang handsome, ramai lagi. Kadang-kadang, orang yang tak tahu hujung pangkal, main sedap mulut kata itu dan ini

“Itu semua cerita karut la. Aku dengan Tajul kawan je pun, tak lebih la.” Aku pertahankan selagi aku boleh. Aku menyuap karipap sardin. rasa tidak puas hati mula menjergah. pantang isu aku dengan Tajul, mereka pasti membahamku. Padahal, dia orang semua tak tahu cerita sebenar.

“Aku rasa tak. Masa kau terlantar di Hospital, Tajul risau setengah mati. Aku lebih risaukan dia dari kau, tahu tak? Sebab Tajul hampir tak makan bila tengok kau sakit. Masa nak derma darah hari tu, Tajul bermati-matian ingin menderma darah pada kau walaupun darah dia dengan kau tak sama. Aku tengok, Tajul amat-amat caring tentang kau.”

Begitu ceritanya. Sampaikan Marlia berasa tidak tenteram masa tu, akhirnya dialah penolong hidupku. Terima kasih Marlia.

“Aku tahu…” itu sahaja kataku. Air mataku berkaca apabila mengenangkan keperihatinan Tajul kepadaku. Di saat akhir jugalah dia pergi meninggalkanku. Hanya surat sahajalah pencetus pengakhiran kami.

“Kau ada email Tajul tak? aku ingat nak email dia, tanya khabar. Lama dah tak jumpa dia kan?”

“Aku pun sama dengan kau jugak. Balik ni nak email dia. Aku harap dia balas.” aku memang harap dia balas setiap emailku dan email kawannya yang lain.

Aku berharap suatu hari nanti kami berpeluang berjumpa sama, walaupun waktu ini keadaan semua sudah berubah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience