BAB 15

Romance Completed 12793

Aktiviti Run Fun anjuran dari syarikat Good Company telah disertai 500 peserta dari kalangan penduduk malaysia yang bertempat di dataran Shah Alam. Anjuran yang julung-julung diadakan dari syarikat aku berkerja ini hasil idea bernas Marlia supaya memperkenalkan produk kami kepada pelanggan ataupun masyarakat di luar sana.

“Hai, cik adik manis? Boleh abang bertanya? Mana ye tempat pendaftaran?” dahiku berkerut seribu! Meja pendaftaran? Mana mungkin, acara dah habis baru nak mendaftar?

Aku menoleh ke belakang.

“Encik ni aktiviti dah habislah! Mana ada pendaftaran. Dah pukul 3 petang ni!” geramku memandang susuk tubuh pemuda itu. Sudahlah memakai cermin mata hitam. Pakaian pun bukan macam orang nak pergi bersukan. Lain macam aku tengok. Peliklah manusia zaman sekarang ni.

“Kejap!!!” pemuda itu menahanku. Aku tergamam sebentar. Kelihatan Marlia melambai dari arah sana. Aku faham aktiviti telah tamat, dan kami harus mengemas kini aktiviti kami sebelum balik.

“Apa?!!” marahku. Orang nak cepat ni.

“Janganlah marah. Awak masih seperti dulu, tak pernah berubah. Sebab tu saya cam sangat awak, Aida.”

Kali ini memang aku terkejut. Mana dia tahu nama aku? Aku tak pernah berubah? Siapakah gerangan pemuda di hadapan aku ni sebenarnya?

Akhirnya dia membuka cermin mata gelapnya. Kali ini, aku sungguh terkejut!

“Ta… Tajul? Idham? Ya Allah…” aku mula melirih. Kelopak mataku mula bergenang peristiwa lampau. Peristiwa musim cinta sewaktu ketika dulu. Dan sekarang ia kembali lagi. Adakah ia jodoh untuk aku?

“Yes! I’am. Saya tak pernah melupakan awak, Aida. Mana mungkin saya akan cari pengganti awak. Saya datang ni dengan satu hajat.”

Dan saat ini mata kami bertaut. Ada segaris senyuman di wajah kami. Aku senyum seraya mengganguk.

Kemudiannya dia melutut di hadapanku tanpa disangka. Tiba-tiba dia menarik tanganku dan menyarungkan cincin di jari telunjuk kananku. Terkesima! Dia melamarku? Ya Allah. Indahnya rancangan yang telah engkau aturkan untuk kami.

Keindahan yang selama ini terpadam merupakan satu hikmah buatku. Aku merasakan cinta itu sesuatu yang indah.

Pelajarinya dan fahamilah, cinta itu tidak buta tapi kita sebagai manusia yang silap sehingga menjadikan kemanisan cinta itu tiada.

Aku menerimanya dengan seadanya. Aku sungguh tidak menyangka bahawa hari ini merupakan detik peting pertemuan kami.

“Syukran Jazilan. Tahniah awak bakal disatukan oleh saya, Tajul Idham pada enam haribulan disember tahun 2015.”

“Apa?”

“Tak payah terkejut sayang. Semuanya telah diaturkan oleh emak ayah kita.” Dia mengenyitkan matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience