BAB 1

Romance Completed 12793

Aida melangkah masuk di perpustakaan. nasib baik hari ini tiada sebarang tugasan penting untuk dia lakukan.

Semuanya sudah dibereskan oleh Aida. Cuma Aida mahu mencari bahan rujukan untuk kajian yang dibuatnya.

“Aida! nanti dulu aku ada something nak bagitahu kat kau ni…” naik turun dada

Ashikin mengejar kawan baiknya itu, aida. Ashikin yang baru sahaja balik dari kelas terus sahaja mencari Aida. Pasti Hal lelaki misteri ni! getus hati Aida. Tapi hatinya ingin tahu juga siapakah pemilik nama lelaki misteri itu. Walaupun budak lelaki itu pelajar junior dia, Aida rasa tidak salah sekiranya dia mahu tahu. Aida tersenyum riang.

“Kau ni termenung ape pasal? hah! aku dah agak dah pasti kau dah tahukan siapa nama budak lelaki tu. jadi tak payahlah aku bagitahu lebih…” Ashikin sengaja mahu mencuit hati Aida. Ashikin ingin tahu apakah reaksi Aida. Adakah kawannya itu menarik muncung sedepa? atau buat tidak tahu sahaja?

Aida mengerutkan dahinya. Baginya dia bukan separuh mati nak tahu nama mamat tu. Cuma entah kenapa terdetik hatinya mahu mengenali mamat itu dengan lebih dekat. Sudah dua minggu lebih masa hari pendaftaran pelajar baru berlangsung tapi Aida masih tidak sempat mengetahui siapakah geraram pemuda itu.

“dahlah! aku malas nak lama-lama. Ni namanya Tajul Idham. Not bad ! pelajar pandai dan kira handsomelah. Buts yang tak interestingnye dia dah ada girlfreind. Jadi kau tak payah nak berharap mampu memilikinya. Ok itu jelah aku nak bagitahu! bye!” Ashikin beredar pantas mahu cepat. tapi Aida rasa jantungnya sudah berhenti mengepam darah.

Entah kenapa Aida rasa perit sangat bila dapat tahu lelaki itu sudah ada yang empunya. Tapi bukankah Aida mahu tahu siapa nama lelaki itu sahaja? kenapa Aida nak rasa perit? adakah Aida sudah mulai suka akan lelaki yang bernama Tajul Idham?

Aida menggelengkan kepalanya. Dia berisytifar dalam hati supaya tujuan di datang di Kolej ini untuk belajar bukan untuk mencari jodoh.

………………………………………………………………………………

Aida letih sebab seharian dia berada di perpustakaan. Sampaikan dia tidak sedar mejanya diketuk oleh pengawas perpustakaan yang memberi arahan kepadanya supaya beredar dari perpustakaan. namun sebaik sahaja Aida mulai melambai teksi untuk balik ke rumah sewa dia disapa oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya.

Aida Mulai tidak sedap hati. Hari pun dah lewat petang, Teksi memang dari tadi tak nampak bayang. kawan-kawannya mungkin sudah balik. Aduh! lelaki itu mahu apa? Aida rasa lelaki itu bukanlah dari golongan yang baik-baik. Dua lelaki bermotosikal turun dan terus mengheretnya naik motosikal itu..

Aida menolak lelaki itu namun lelaki di belakangnya tiba-tiba menarik baju kurungnya menyebabkan Aida terjatuh.

“Eh! kau nak apa hah! tak ada kerja lain ke nak ganggu orang! jangan! tolong!!!” Lelaki itu tidak mempedulikan rayuan aku. hampir terkeluar anak tekak aku untuk mengehentikan mereka menarik tanganku.

Aku cemas dan menarik tanganku dan lari tapi kedua-dua tangan lelaki itu menggengam kemas tanganku. Ya ALLAH hantarlah seseorang yang dapat membantu hambaku. Aku tahu lelaki-lelaki itu mahu memperkosakan aku. Mereka ini hendak apa?

“Oi!!! jangan apa-apakan perempuan itu. Dia kakak akulah!” jerit salah seorang lelaki di belakangku.

Nasib baik ada seseorang yang mampu menolongku. tapi aku tidak mampu melihat wajah lelaki itu. Aku berharap dua lelaki yang bertopengkan topi keledar akan terus beredar. Sungguh tidak aku duga, dua lelaki itu sudah beredar pantas dan terus membonceng motosikalnya dengan laju. Aku mengurutkan dadaku.

“Cik ok tak?” soal lelaki itu. Aku seraya bangkit dan memusing kebelakang. Dia mahu mengucap terima kasih. Tapi! arghh! lelaki itu. Tajul Idham. Aida terkejut kali ini. Lelaki misteri itu benar-benar muncul di hadapannya kini.

Aida kini tidak bermimpi.

“Cik OK?” soal lelaki itu buat kali kedua. Kali ini baru Aida tersedar dari lamunan angannya itu.

Aida malu dengan kelakuannya di hadapan lelaki itu. AIda mahu memberikan senyuman namun niatnya dihalang seraya muka lelaki itu seakan ada masalah. Dari raut wajahnya, lelaki itu memang tidak ceceria mana walaupun mukanya boleh tahan.

“Er… Saya ok. Thanks selamatkan kakak tadi” Ishhh! kenapalah aku gatal sangat bahasakan diri aku sebagai ‘kakak’? aduh! memanglah aku ni tua dari dia, tapi aku rasa tidak patut sebab ketinggian aku dengan dia lebih kurang sama. Aida mula mengggerutu dalam hati.

“Marilah kak, saya hantarkan akak balik. Hari pun dah lewat petang. Saya tahu teksi tak akan datang. Baik akak naik kereta saya… jom kak…” pelawa lelaki itu tanpa banyak cakap.

Aida pula yang segan kali ini. Dalam seumur hifupnya tidak pula dia dilayan sebegini rupa. Tapi Aida mula rasai lelaki itu memang anak orang berada. Yelah! dia mempelawaku naik kereta dia. Tapi adakah aku ingin ikut? aku yang tertinggal jauh di belakang lelaki itu tidak tahu nak naik atau tidak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience