BAB 5

Romance Completed 12793

“Eh kau dah siap ke isi nak berucap nanti?”

Dadaku berdebar sebenarnya. Bukan aku tidak pernah ke depan apabila ada pembentangan. Tapi kali ini, amat gemuruh dalam hatiku. Tangan dan kakiku berpeluh disebabkan takut sangat.

Aku melirik ke arah pintu dewan utama, aku ternampak Ishak berada di tepi pintu dewan. Aku tak tahu kenapa dia ada disini. Yang pasti, aku tak mahu ambil tahu. Yang penting, aku mahu selesaikan pembentangan aku hari ini juga tanpa sebarang kegagapan.

Shikin menepuk bahuku. ” Aida, Ishak datang tu…” Shikin menunjukkan jari telunjuknya ke arah Ishak. Aku malas nak ambil tahu. Kepala otak aku ni, sentiasa berfokus bagaimana pembentangan nanti.

“Ishhh! kau ni boleh diam tak? aku nak fokus ni. Nak hafal lagi isi-isi penting nak bercakap nanti..” marahku tanpa mempedulikan riak muka Shikin. Ini menandakan aku marah.

Tibanya, pengerusi Majlis berucap. Memulakan mukadimahnya. Aku lihat banyak pula yang hadir hari ini. Aku fikir sikit sahaja. Yelakan, siapa je yang nak dengar pembentangan pasal komunikasi Mahasiswa di alam kampus ni?

Tak semena-mena aku bertentangan mata dengan Tajul Idham. Aku cuba tidak menafikan lelaki itu adalah Tajul. Tapi…

“Hai!” aku terdiam, apabila Tajul memulakan sapaannya dan meminta izin kepadaku untuk duduk disebelahku. Tanpa berfikir panjang aku mengiyakan. Tapi, hatiku ini terasa berhenti pulak gemuruhnya apabila aku terpandang Tajul.

“Dugaan… Dugaan” getus hatiku. Aku melirik ke arah Tajul Idham yang sudah berada disebelahku. Akhirnya dia tersenyum memandangku. Aku pula segan silu untuk memandangnya. Ishhh! apahal dengan dia ni? nak berucap sekali ke?

Tiba-tiba Ishak memangilku ke atas. Bermulanya aku mahu berucap. Aduh!! berdebar segalanya untuk berucap ke hadapan.

“goodluck…” Tajul tidak pandang ke arahku sebaliknya dia hanya tunduk ke bawah. Entah apa yang dia tengok pun aku tidak pasti. Tapi yang aku pasti, namaku telah dipanggil untuk berucap kehadapan. Emmm…..

Aku berucap dengan lancar. Aku tidak mahu gagap, takut nota-nota yang aku hafal tidak ingat. Aku dah banyak menghabiskan masa mencari bahan untuk berucap. Terpaksa balik lewat. Namun berbaloi juga.

Selepas habis berucap, aku tercari-cari kelibat tajul. Setahu aku dia duduk di tepi pintu dewan dimana aku duduk tadi. Tapi??

“Hah! kau pandang siapa tu??” Ishak menegurku. Aku memandangnya. Aku lihat riak mukanya tidak menunjukkan sebarang gementar untuk berucap. Entah apalah rahsianya pun aku tak pasti. Tak tahulah kalau dia pandai menyembunyikan gementarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience