BAB 9

Romance Completed 12793

“Kegembiran bukanlah kita akan gembira setiap akhir masa kita. Kesedihan juga begitu. Dalam dunia ini, kita harus bijak menangani emosi kita.” Akil, sahabat setia Tajul mahu memberikan kata-kata semangat buat Tajul supaya Tajul lebih tabah hadapi dugaan ini.

“Aku tahu kau sayangkan Aida, tapi….” Akil tidak mahu meneruskan kata-katanya takut Tajul terluka.

Marlia datang. Mukanya sembab. Akil pelik, yang sedih bukan Marlia tapi Tajul sendiri. Wad hospital sunyi kala ini. Hanya derapan tapak kasut nurse-nurse yang bertugas merawat pesakit.

“Tajul, aku minta maaf sebab….” Tajul menggangkat tangan dengan isyarat Marlia menutup kata-katanya.

Saat ini, Tajul tidak mahu orang lain memberikan kesedihan buatnya. Dia geram dengan sikap Shikin yang sanggup menikam kawan sendiri kerana dia menolak cinta gadis itu. Sejak dari awal lagi, Tajul tidak berminat dengan Shikin. Namun Shikin cuba memaksanya untuk menerima cintanya. Dengan itulah, Tajul memalukan Shikin di hadapan kawannya.

Tajul mengeluh. Payah jadi orang macamnya. Walaupun wajahnya kacak, namun ia tak memberikan sebarang jaminan. Jaminan untuk menyelamatkan nyawa Aida, kekasihnya itu agak sukar. Dia berdoa agar Aida selamat. kalau boleh dia mahu menderma organ kalau-kalau organ Aida telah rosak atau dibuang akibat tikaman kuat oleh Shikin.

Doktor yang pakai cermin mata, tertera nama dr, Marzuki datang kearah mereka. Akil,Tajul dan Marlia berdiri serentak. Mereka mahu menerima keputusan daripada Doktor itu tentang Aida.

“Aida memerlukan darah jenis o. Dia kritikal sekarang akibat darah yang banyak keluar akibat tikaman. Hospital ini kehabisan darah jenis o. Mintalah siapa-siapa kawan kamu yang ada darah yang sesuai dengan Aida menderma. Kalau tidak, Aida mungkin akan mati” doktor Marzuki bergegas pergi meninggalkan mereka yang terpingga-pingga.

“Sabar Tajul. Kau kena kuat!” Akil cuba menyabarkan hati kawannya, Tajul.

“Aku tak boleh sabar, selagi aku tak cari darah o untuk Aida!!!” laung Tajul. Marlia dan Akil terkejut dengan tindakan Tajul. Nampak benarlah, Tajul amat sayangkan Aida.

“Aku tak tahu, darah aku sesuai ke tak untuk Aida…” Marlia berkata perlahan. Akil dan Tajul memandang ke arah Marlia.

Belum sempat Marlia berkata, Ishak datang bersama tunangnya, Rania. Rania juga bersimpati atas nasib menimpa Aida. Ishak, atas kawan Aida, berharap Aida kuat melawan sakitnya itu. Dia yakin, Aida kuat hadapinya.

“Macam mana Aida boleh jadi teruk macam ni?” Ishak pelik atas apa yang berlaku ke atas Aida.

“Ini semua salah faham…” jelas Tajul. Tajul kusut dengan apa yang telah terjadi.

“Mana keluarganya? mereka tahu Aida kat hospital tak?” tanya Rania. Rania betul-betul kesal dengan apa yang terjadi.

“Mereka akan sampai tak lama lagi. Kita kena fikir siapa yang boleh menderma darah untuk Aida. Aida sekarang ini tengah kritikal. Aida perlukan darah jenis o. abang Ishak dan kak Rania, ada tak?” Akil berharap abang Ishak dan kak Rania mempunyai darah o.

Namun hampa, Ishak dengan Rania menggelengkan kepalanya.

“Aku boleh! aku darah o. InsyaAllah, Aida akan sembuh…” Marlia menggangukan kepalanya.

“Kenapa kau tak cakap dari awal?” Tajul kesal dengan tindakan Marlia.

“Sabarlah Tajul. Marlia nak tolong kita, kau pulak nak emo lelebih ni awat? aku tahu Aida bertarung nyawa dalam tu. Bawak bersabar…” Akil pening dengan sikap Tajul yang melulu sahaja cakapnya.

“betul tu” Rania menyokong kata-kata Akil.

………………………………………………………………………………………………………

“Kita berdoa agar, Marlia dan Aida selamat kat dalam…”Akil berdoa dalam hati.

“Aku pun harap bergitu…” hanya itu sahaja yang dapat dikatakan oleh Tajul.

“kat dalam, ada dua orang yang bertarung nyawa…” Rania juga takut sekiranya ada apa-apa yang berlaku antara mereka. Namun ditenteramkan oleh tunangnya, Ishak.

Dr.Marzuki keluar. Agaknya sudah habis tugasannya. Kesemuanya bertanyakan hal yang sama. ‘bagaimanakah keadaan Marlia dan Aida?’

“Alhamdulilah… kedua-duanya selamat. Nasib baik darah Marlia sama dengan Aida. Kamu harus berterima kasih dengan Marlia. Kalau bukan dia, Aida mungkin tiada penyelamat nyawanya. Saya pergi dahulu..” Dr. Mazuki akhirnya beredar.

“Syukur Alhamdulilah…” Akil, Tajul, Rania dan Ishak mengucap syukur atas Ilahi kerana memberikan Aida sembuh.

Tiba-tiba, ibu bapa Aida muncul. Keempat anak muda tersebut bersalaman dengan orang tua tersebut. hati orang tua itu gugur apabila mengetahui anak gadisnya kritikal akibat tikaman kuat oleh kawan baiknya sendiri.

“Alhamdulilah Mak cik Pak cik, Aida selamat. Kawan kami, Marlia menderma darahnya kepada anak Mak cik pak cik.” Rania pula yang bersemangat dan mahu ahli keluarganya tidak khuatir tentang keadaan anak gadisnya itu.

“Mak cik nak ucapkan terima kasih kepada Marlia dan kamu semua yang jaga anak Mak cik. Alhamdulilah…” ibu Aida menadah tangan lalu mengusapnya ke muka.

“Macam mana Aida boleh jadi macam ni. Ha, mana kawan dia yang tikam dia tu dah tangkap ke belum? Pak cik nak jumpa dia!” dia memang nak ajar cukup-cukup budak tu.

“Sabar Mak cik Pak cik. Apa-apa hal biar Aida sembuh dulu” ucap Ishak.

“Rasanya budak tu gantung 3 semester” Akil menggarukan dagunya yang tidak gatal.

“Bukan itu sahaja, budak itu pun dah kena tangkap polis…” Tajul menambah. Geramnya terhadap Shikin tidak kesudahan.

“Bukan ke, ibu bapanya kata, yang anaknya tu pernah alami sakit mental?” soal Ishak. Dia baru tahu semalam, itu pun kawan sebilikknya yang bagitahu.

“Yeke?” Rania seolah tak percaya. bagaimana Aida boleh berkawan dengan orang macam tu? Rania sendiri tidak mengerti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience