chapter 6

Romance Series 5107

usai makan petang itu,fayad sengaja mahu ke biliknya sewaktu dia masih tinggal bersama orang tuanya.

kerana kepenatan membawa puteri berjalan-jalan siang tadi dia mahu berehat sebentar,kebetulan mummy dan daddynya bermain bersama puteri di taman mini di ruangan lapang rumah mereka.

fayad melalui laluan dari bilik ke bilik yang lain untuk menuju ke biliknya yang berada di hujung sekali.

apabila kakinya melalui sebuah bilik dia berhenti tiba-tiba.hatinya kuat mengatakan dia mahu masuk ke bilik itu.

dengan perasaan yang bercampur dia membuka pintu bilik yang suram itu.
pelbagai perasaan yang dia alami saat melihat seisi bilik yang masih tersusun kemas dan rapi.tetapi...suasananya begitu suram dan sepi.

segala memori yang menjelma di minda membuatkan dadanya sesak dan sebak.
dia memegang dadanya yang tiba-tiba terasa sesak.

namun begitu dia tetap malangkah masuk.
dia menuju ke almari kecil di sudut bilik itu.
beberapa frame yang terisi dengan gambar seseorang diletak di situ.

dia mencapai sekeping frame kecil yang masih utuh itu.
dia merenung gambar seorang lelaki yang tersenyum lebar dan ceria.di sebelah lelaki itu berdiri seorang wanita yang sedang mendukung seorang bayi yang baru lahir.

jika dilihat dari luar,ia adalah gambar sebuah keluarga yang bahagia dan ceria.memang itu yang dimiliki oleh keluarga ini suatu masa dahulu

sebuah keluarga yang lengkap,keluarga yang harmoni penuh dengan kasih sayang dan kecintaan membuatkan keluarga ini seerat ini.

tetapi,cerita disebalik setelah satu kejadian tragis terjadi membuatkan semuanya hancur.semuanya berantarakan dan akhirnya..

tidak semena-mena tiba-tiba air matanya gugur menitis ke pipi.

dengan segera dia menyeka.tidak mahu jika terlihat oleh mummy ataupun isi rumah ini dan membuka ruangan duka itu untuk kembali semula.

"angah..."

fayad meletak semula frame itu lalu tersenyum ke arah adiknya yang sejak bila berdiri di muka pintu.

"ye?"

farhan melangkah masuk menghampiri abangnya.
dia mencapai frame yang baru diletak oleh fayad sebentar tadi.
fayad hanya menanti kata-kata dari adiknya.

"Paan selalu masuk ke sini...bila tiba-tiba paan rindukan along..."kata farhan dengan perlahan.

fayad hanya diam menyepi.membiarkan adiknya meluahkan rasa yang mungkin dipendam selama ini.

"selalu juga paan termimpikan arwah along,dia datang dalam mimpi paan dan dia menyapa paan,dia duduk di suatu sudut yang sunyi..."
tidak sempat menghabiskan uacapannya air matanya perlahan-lahan menitis.

fayad terus menepuk perlahan bahu adiknya.
dia faham rasa yang dialami oleh adiknya itu.
perasaan rindu akan seseorang yang telah pergi adalah perasaan yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata.

memori yang tertinggal menjadi mengubat rindu dan membuatkan mereka tetap dihati kita.

"benda dah berlalu...dah tiga tahun kejadian ini berlaku.paan janganlah fikirkan sangat..."

"macam mana paan tak fikir ngah? setiap kali paan pandang wajah puteri paan teringatkan along...wajah puteri sama dengan wajah along..."

fayad memahami perkara itu.

"sangat sama..."kata farhan perlahan saja.

"nanti kita pergi melawat kubur arwah along erkk?"pujuk fayad

farhan angguk saja.
frame gambar itu diletak semula ke tempat asalnya.
dengan pantas dia menyeka air matanya.

"jom kita keluar,paan datang sebab mummy suruh panggil angah turun ke bawah..."

fayad angguk saja.
mereka berdua kemudian melangkah keluar dari bilik yang sepi itu.
..................

"Bye....nanti tokma datang rumah puteri tau?"pesan puan sri kamariah sambil tersenyum ceria.
teruja sekali dia hari ini kerana dapat luangkan masa dan bermain dengan cucu tersayang.

"okay tok ma..."jawab anak kecil itu dengan petah.

"nanti acu belanja ais cream lagi okay?"kata farhan

"janji tau..."kata puteri dengan memandang tajam ke arah acu nya.

"i promise..."kata farhan mengangkat tangan kanan ke atas seperti bersumpah.

tersenyum lebar puteri dibuatnya.

"cucu atok jangan nakal-nakal ye? dengar cakap papa okay?"pesan tan sri dasuki sambil mencium pipi comel itu.

"okay atok...puteri kan good girl"

"hahaha...ye lah good girl,nanti bila papa cakap degil...kuat merajuk"kata fayad

"puteri kan girl..mestilah kena merajuk,papa yang selalu tipu janji.."kata puteri dengan jujur

terus fayad pulak yang terkena tempiasnya apabila melihat wajah mummy yang memandang tajam ke arahnya.

farhan sudah tertawa melihata abangnya terkena balik oleh kejujuran anaknya.

"fayad...."

"mana adalah mummy,kadang-kadang jadual tak kira waktu.bila fayad janji dengan puteri untuk keluar tiba-tiba pulak ada hal emergency.."jawabnya

"tau lah...tapi kalau dah tahu sibuk sangat,hantar je puteri dekat mummy,biar mummy bawa dia jalan-jalan.jangan dibiarkan janji tiada jawapan"

"fuyoo!! mummy..cayalah,padu teruk ayat tu"kata farhan dengan teruja.tiba-tiba pandangan mummynya menjeling ke arahnya terus dia terdiam.
garang betul mummynya seorang ini!

"baiklah mummy..."

"kami pergi dulu?"kata fayad semula

"hahh! lagi satu,hujung minggu nanti mummy nak bawa fayad jumpa Aifa tau...jangan lupa tau?"

kening fayad berkerut.
"siapa tu mummy?"

"bibik baru rumah fayad lah..."

"ohhh...ermm fayad percaya dengan mummy,kalau mummy yakin dengan apa nama tadi? A..Ai..Aifa hah! mummy ambil je lah dia"

"betul ke ni? tadi cakap nak tengok sendiri?"

"fayad ada kerja hujung minggu ni,memang tak boleh elak..nanti fayad bawak puteri datang,and then mummy bawa puteri jumpa dia sekali boleh?"

"ermm..ye lah,sibuk memanjang..."

fayad tersengih saja.

mereka bersalaman dan kemudian kereta dipandu fayad keluar dari kawasan banglo mewah itu.
....................
"seronok tak main dengan tokma,atok dan acu harini?"soal fayad kepada anak yang berada di seat sebelah

"seronok sangat...ermmm papa..."

"ye sayang?"
kepala anaknya diusap perlahan.

puteri memutar-mutar mainan di tangannya.
"nanti kita datang lagi ye? papa janganlah sibuk sangat..."kata anak itu

fayad mampu tersenyum saja.
bijak betul anaknya ini.petah berkata dan ayatnya dapat menyejukkan hati yang membeku.

"puteri kenalah tahu...papa kan dokter,kalau dokter tak ada...siapa nak jaga orang yang sakit nanti? kesian dia orang...puteri tak kesian ke?"

"kesian lah papa..tapi puteri pun nak papa ada di rumah selalu,papa tahu tak? puteri ada dengan bibik je dekat rumah...puteri bosan..."

"anak papa kan dah jadi good girl,anak papa kenalah faham kerja papa...tapi,lepasni papa janji..papa akan selalu bawa puteri ke rumah tokma...ataupun nanti papa suruh tokma tinggal dengan kita?"

terus wajah anak itu menjadi ceria semula.
"betul ke ni papa? papa tak tipu kan..? papa janji kan?"

fayad tertawa perlahan.
"baiklah tuan puteri...papa janji"

"yeayy...sayang papa"

fayad memerhati anaknya yang diam semula.mainan di tangan diputar-putar.
dia mencari idea macam mana mahu beritahu kepada puteri akan hal bibik yang mahu berhenti.
kesian pulak dengan anaknya nanti.

"papa??"

"err...ye sayang?"

"betul ke bibik dah tak nak jaga puteri? puteri nakal ke papa?"

fayad tercengang tiba-tiba.
dah tahu rupa-rupanya.ini mesti kerja mummy

"betul sayang...tapi bibik berhenti bukan sebab puteri nakal,bibik selalu cakap anak papa ni baik sangat..."

"habistu...kenapa bibik nak berhenti?"soal puteri.

kereta dipandu dengan berhati-hati.

"sebab mama bibik sedang sakit,bibik kena balik kampung dia...kesian dekat bibik"

"ye ke...? kesian bibik kan papa? habistu siapa nak jaga puteri lepas ni?"

"errr...nanti papa carikan bibik baru boleh? papa akan pastikan bibik baru ni...akan jaga puteri dengan baik,macam bibik jaga puteri"

"hurrmm...ye lah"

fayad memandang wajah anak yang muram itu.
"kenapa muka sedih pulak ni?"soal fayad

"puteri sedihlah papa..."

"kenapa?"

"bibik ada mama...tapi puteri takde mama,puteri lagi sedih..."

fayad terdiam seribu bahasa.anak ini suka sangat bagi dia kejutan yang luar biasa dengan kata-katanya.selalu saja mematikan hujah-hujahnya dengan perkataan yang mematikan mulutnya untuk terus berbicara.

"Papa?? kenapa papa diam?"

"Err...kita dah dekat dengan restourant Mcdonalds..puteri nak burger tak?"

"burger?? nak!! nak!!"teruja kembali wajah itu.

fayad menarik nafas lega.
"okay...jom kita pergi makan"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience