chapter 3

Romance Series 5107

"sorang je ke?"

fayad mendengar satu suara lembut menegurnya dari belakang.dia yang sedang berjalan menuju ke biliknya setelah selesai menemui pesakit di wad terhenti langkahnya.
dia kemudian berpaling ke belakang.

wajah manis Dr.shasha menyapanya.
dia turut tersenyum semula.

"ye..baru keluar dari jumpa patient,you dari mana?"soalnya kembali.

shasha melangkah berjalan di sisi fayad.mereka berjalan bersama sambil berbual.
"takde...i nak ke tingkat atas jumpa Aus..tapi tiba-tiba terserempak dengan you,you dah makan? jom lah kita makan sekali"soalnya malu-malu.di dalam hati hanya dia saja yang tahu perasaannya.

fayad melihat jam di pergelangan tangan kirinya.
"ermm...you sorang?"

"iye...Aus cakap dia kebetulan ada operation tengah hari ni.so...kita dua je lah"jawab shasha penuh pengharapan.

fayad berfikir seketika.
lagipun memang waktu untuk makan tengah hari.dan kebetulan dia tidak sempat menyentuh sarapan yang disediakan oleh bibik pagi tadi kerana hal kecemasan.memang waktu terbaik untuk dia mengisi sedikit perut kosongnya.

"okay..dekat cafe hospital je lah,boleh?"soalnya

shasha tersenyum lebar.terlihat cahaya di matanya.
"okay..i tak kisah,jom lah..."

"bukan you cakap nak jumpa Aus dulu?"soal fayad merujuk kepada sahabat mereka dr.firdaus.

shasha seperti serba salah mahu menjawab.dia menyeka rambut yang menutupi telinga.
"kejap lagi pun sempat...takde lah hal penting sangat,lepas je kerja dia selesai,i jumpa lah dia"

fayad angguk saja.kemudian mereka meneruskan langkah menuju ke cafe di sebelah bangunan hospital itu.
cafe sememangnya popular dengan para staf hospital.kerena lokasinya yang dekat dan mudah untuk mereka makan.

mereka mengambil tempat duduk di sebelah kanan cafe,paling hujung berdekatan dengan taman permainan kanak-kanak.

fayad duduk berhadapan dengan shasha.dia membuka baju putih yang melekat di badan.risau jikalau terkena makanan,yang tinggal hanya baju kameja berwarna biru gelap di badannya.

shasha sudah tidak keruan apabila melihat gaya fayad.sememangnya perasaannya pada fayad a.k.a sahabatnya ini tidak pernah berkurang.hanya rakan sekerja mereka saja yang tahu akan hal itu.bagi shasha biarlah fayad juga jatuh hati dan meluahkan perasaan padanya nanti.sekarang biar hanya dia yang mengejar bayang-bayang.

"you nak makan apa?"soal fayad membelah lamunan shasha.

shasha tersengih malu.seorang wanita bersama buku kecil di tangan berdiri di samping meja mereka untuk mengambil order.

"bagi saya nasi ayam dan air kosong"jawab shasha

"bagi saya nasi ayam dan teh o ais limau"kata fayad kemudian.

pelayan cafe itupun berlalu pergi.
tinggallah mereka berdua.fayad mula memfokuskan tumpuannya pada telefon di tangan.

shasha pula sudah tidak senang duduk apabila tidak dilayan oleh fayad.
betul cakap kawan-kawannya.jika dia mahu bersama dr.fayad,dia harus menyiapkan mental dan fizikal kerana kebekuan yang ada pada fayad.kalau boleh sepanjang hari wajahnya memang akan serius dan boleh dikira dengan jari jika dia tersenyum.

"Err...puteri sihat? lama i tak melawat dia,rindu pulak dengan anak comel you tu..."kata shasha memecah kesunyian.

"puteri sihat je..dia pun selalu jugak tanya pasal you..."jawab fayad dengan selamba

jawapan itu memberi sinar pada wajah shasha.terasa bahagia di situ.

"dia cakap kawan-kawan i semua lama tak datang jenguk dia..."kata fayad sambil tersenyum meleret ke kiri

terus senyuman lebar shasha semakin mengendur.'kawan-kawan'!

"insyaAllah..nanti i datang jenguk dia.boleh i ajak Aus dengan Ammar sekali.you pun tahu kan kita sekarang sedang sibuk..."

fayad angguk saja.
"its okay...puteri pun tahu i sibuk"

beberapa minit kemudian makanan mereka pun sampai.
mereka mulai makan pesanan yang baru tiba itu.

"Hai geng! aku join boleh?"sergah seorang dr lelaki tiba-tiba mengambil tempat di sebelah shasha.

"boleh je..lagipun kosong kan?kau baru keluar ke?"soal fayad pada dr.Ammar

shasha sudah mendengus dalam hati.geram pulak dengan si Ammar seorang ini.bagilah dia peluang berdua-duaan dengan fayad sekejap.dia hanya makan dan mendengar.

"ye lah..penat lah,ramai betul patient sekarang erkk?"

"biasalah.."jawab fayad.

Ammar juga turut menikmati makanannya.
tiba-tiba dia perasaan akan shasha yang diam sedari tadi.
"ehh..sha,you ada masalah ke? diam je...?boyfriend lari erkk?" usik ammar yang sememangnya kaki mengusik itu.

fayad hanya tersenyum saja.

"ishh..mana adalah! siapalah yang nak kan i ni?"kata shasha sambil membuat isyarat pada ammar tentang fayad di depan.

ammar hanya ketawa saja.tahu sangat perasaan shasha.menaruh hati pada sahabat baik sendiri.parah tu..

suasana diam seketika sebelum tiba-tiba shasha mula bersuara.
"you all tengok budak-budak tu,seronok betul bermain...bestkan kalau ada anak-anak yang comel.you tu fayad...patut bersyukur tau,anak you comel sangat...i memang suka dengan budak-budak ni...terasa lega segala letih kita"kata shasha dengan senyumannya yang ceria

ammar sudah menyembunyi senyuman.dia menjeling ke arah fayad yang hanya tersenyum saja.Hahahha!!! parah betul

"i bersyukur sangat ada puteri di samping i"jawab fayad simple

"kalau macam tu...you kahwin lah cepat-cepat.kita pun nak merasa nasi minyak kawan kita jugak kan?"kata ammar mengangkat kening ke arah fayad

fayad hanya mengangguk sambil tertawa perlahan.

shasha menjadi malu tiba-tiba.
"alah..bukan i tak nak,tapi siapalah yang nak kan i ni..dah lah tak cantik...kerja asyik buzy je.."

"sebab tu you kena ambil rest..dan pergi cari jodoh"jawab ammar yang sememangnya suka melawak

"you ingat nak cari suami macam cari ikan di pasar ye?"soal shasha

ammar hanya tertawa saja.

"Hah! kau fayad,tak teringin nak bagi kami makan nasi minyak kau ke?"soal ammar lagi.

fayad hanya tertawa perlahan.apa punya ammar,dia tak dapat nak kenakan shasha,dia kenakan aku pulak.

shasha sudah tersenyum malu.

"aku nak fokuskan diri aku pada puteri dulu.dia masih kecil.biarlah aku jaga dia sendiri"jawab fayad tenang

wajah shasha yang tersenyum lebar perlahan-lahan cuba menerima kenyataan rasmi itu.Huhh!! sedih!
..................

"Assalammualaikum.."

"Waalaikumsalam...tuan fayad udah pulang?"bibik membuka pintu dengan luas.dia sudah pun bersedia untuk balik.

fayad melangkah masuk.
"ye bik..puteri mana?"soalnya

"Puteri ada di kamarnya.bibik udah siapkan makan malam,bentar lagi tuan makan ya sama puteri...bibik pulang duluan ya?"

"baik bik...hati-hati,terima kasih ye?"kata fayad sambil mendongak melihat ke langit yang gelap ditutupi awan yang mendung menandakan hujan bakal melanda.
mujurlah bibik dihantar dan diambil oleh suaminya dengan kereta setiap hari.
jika tidak risau juga dia jika membiarkan.

"sama-sama tuan...bibik pulang dulu ya.."

fayad angguk saja.dia melihat bibik menghilang di balik pagar besi besar itu.

dia menutup pintu rumah.dia melihat sekeliling rumah besar itu.
sunyi!
itu yang dia rasakan.kasihan dengan anaknya jika ditinggalkan lama-lama.mujur juga kadang-kadang mummy dan daddynya datang menjenguk dan tinggal beberapa hari.

dia membawa briefcase dan baju putihnya menuju ke bilik.dia melalui hadapan bilik anaknya.

dia menolak tombol pintu bilik itu.suasana kedengaran sepi saja.dia melangkah masuk.
tersenyum dirinya saat terpandang wajah comel itu sedang diulik mimpi.terasa lapang dadanya saat terpandang wajah bersih itu.

dia meletak beg dan bajunya di atas meja kecil yang ada.dia merebahkan badannya di sebelah anak yang sedang lena.
tubuh kecil itu dipeluknya erat.dahi anaknya dicium lembut.

"maafkan papa sebab selalu terlewat.papa harap puteri faham tugas papa,nanti papa bagi hadiah okay?"katanya perlahan saja.

tiba-tiba ingatannya teringat akan kata-kata yang dilontarkan oleh Ammar siang tadi.

'Hah! kau fayad,tak teringin nak bagi kami makan nasi minyak kau ke?'

fayad melepas nafas berat.
bukannya dia tidak ada rasa mahu mendirikan rumah tangga.
tetapi.melihat anaknya yang seorang ini menimbulkan banyak hal yang dia perlu fikirkan.

bagaimana jika wanita pilihannya tidak dapat menerima puteri?
bagaimana jika wanita yang menjadi pilihannya hanya mahukan harta semata-mata?
macam mana pula perhatiannya kepada puteri nanti?
dia tak mahu perkara sebegitu berlaku.

Dan akhirnya segala persoalan yang membelengu dibiarkan berlalu sebegitu saja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience