chapter 10

Romance Series 5107

hari kedua Aifa menjejak kaki ke rumah itu lagi.
kali ini dah tak ada auntie kamariah di sini menantikan dia.

aifa sedikit gementar apabila terfikirkan itu.
dia membetulkan kedutan di baju blousnya akibat duduk di dalam kereta tadi.

hari ini dia dihantar oleh pak hamid.

Aifa melangkah menghampiri pagar sebesar alam di hadapannya itu.

'dia dah pergi kerja ke belum erkk? jangan-jangan belum lagi kot? ishh...susahlah macam ni..dibuatnya bapak si puteri tu terkejutkan aku macam kelmarin macam mana?'
dia sempat bermonolog sendirian.

Aifa mencari-cari kelibat sesiapa yang mungkin ada di kawasan rumah itu.

"Oppocot!!!"

aifa menahan perasan terkejutnya apabila tiba-tiba saja pagar besar itu terbuka dengan sendirinya.
mujur dia tidak terjatuh ke belakang,kalau tidak..dah jadi drama pagi-pagi ni.

mata aifa tertumpu pada sesusuk tubuh kurus tinggi lampai sedang menghampirinya dari dalam kawasan pagar.

wajah itu kelihatan segar dan kemas sekali.

"Ass..ass..assalammualaikum encik fayad"aifa tersengih saja.dia tak berani pandang lama-lama.usai memberi salam dia pura-pura melihat ke arah lain.ke arah pokok-pokok segar di kawasan rumah itu.

fayad tersenyum sahaja.dia membetulkan butang baju dipergelangan tangan kirinya.

"waalaikumsalam...masuklah"jawabnya bersahaja.fayad membetulkan kaca mata jernih yang dipakainya.

dia meneliti pengasuh anaknya itu yang kelihatan agak malu untuk menentang mata dengannya,apatah lagi melihat dia.

Aifa seperti teragak-agak.dia melihat sekeliling.risau nanti timbul fitnah pulak.dia juga takut fayad terasa hati dengan kerisauan yang dia alami ini.

fayad memandang pelik aifa yang masih lagi tercegat di luar pagar sambil memandang sekeliling seperti mahu memberitahu sesuatu padanya.

"jangan risau..saya dah nak keluar,so...jaga rumah baik-baik,jadual puteri awak dah tahu kan?"kata fayad memecah kerisauan aifa

aifa menyembunyi rasa leganya ketika itu.dia cuba untuk tersenyum semula walaupun kelihatan amat janggal.dia mengangguk tanda tahu.setiap kali dia mahu memandang mata di hadapannya itu,setiap kali itu jugaklah jantungnya kian laju.
sampai terasa pergerakan berdegup..degap..degup...degap.

'kau dah kenapa ni aifa..kau jangan buat hal dengam bapak orang!'akalnya cepat-cepat mengembalikan dia ke alam normal.

fayad masuk ke dalam keretanya.
kereta itu dipandu keluar dari garaj,dia menyembunyikan senyuman saat melihat tubuh aifa masih statik di luar pagar rumahnya.

dia memandu keluar.
sesampainya dihadapan aifa,cermin kereta diturunkan.

"ingat,kalau apa-apa bagitahu saya atau mummy saya, kalau awak perlukan apa-apa bagitahu je.."

aifa tersenyum.
"baik encik fayad"jawabnya sambil mengangguk.

kereta dipandu keluar oleh fayad.
aifa menarik nafas lega.
dadanya dipegang..jantung yang berlari laju kian perlahan.

'mungkin aku cepat gelabah!'

dia mula melangkah masuk,pagar itu ditekan suisnya supaya tertutup kembali.
....................

fayad tidak dapat menahan tawanya.dia tertawa apabila teringat akan wajah yang menyapanya di luar pagar sebentar tadi.

wajah itu seperti ketakutan namun tetap tampak comel dan bersahaja.
lagi-lagi lagak bersahaja pengasuh anaknya itu yang terlalu risau jika mereka berdua-duaan di dalam rumah bahkan didalam kawasan rumah juga.

fayad faham situasi itu,maka dengan cepat-cepat dia masuk ke dalam kereta dan berpura-pura seolah-olah dia terlewat,padahal sarapan pun dia belum sentuh,tapi..takkan lah nak biarkan anak orang tercegat di luar pagar macam guard rumah pulak.

kereta dipandu memasuki perkarangan hospital.terus menuju ke arah parkir khas yang ditetapkan untuk kakitangan hospital.

sebelum keluar dia sempat membetulkan rambutnya,terus dia mencapai beg yang diletakkan di kerusi sebelah terus dia melangkah keluar.

punat alarm kereta ditekan.

"good morning dr.fayad"

fayad memusing badan ke belakang ke arah suara yang menegurnya.

wajah ceria sahabatnya dr.vinchi yang berbangsa cina itu menyapanya.

"good morning..how are you today?"tegur fayad ramah.

"you ask me this question hah?? how about you? happy! happy!?"soal dr.vinchi dengan ceria.
mereka berjalan beriringan menuju ke pintu masuk.

fayad tertawa saja.
"of cause lah i happy..anything wrong?"

"i know you always happy every morning dr.fayad..but this morning..why when i see your face..errmmm...i know something happen..."

semakin fayad tertawa mendengar ayat rakannya itu.
"nonsene...you know how am i right?"

"because i know you lah..now i ask you..ayoooo!!"

"okay...okay...you menang"

dr.vinchi ketawa kuat.
"you know women always win right? nanti you kahwin you know lah.."

"baik dr.vinchi..kita dah dalam kawasan kerja,so..kerja okay?"fayad berlalu meninggalkan dr.vinchi menuju ke biliknya.

"ehhh!! apa-apa berita gembira kasi tau i sama lah..."dr.vinchi berteriak ke arah fayad yang semakin jauh darinya.

fayad membalas dengan menggelengkan tangannya dari belakang.
dr.vinchi hanya tertawa saja.
dia memang suka mengusik teman sekerjanya itu.setiap kali pasal kahwin disebut pasti fayad akan cari cara untuk mengelak.
apa-apa pun dia hanya bergurau.
......................

"morning kak aifa..."sapa puteri yang sudah manis bersiap usai mandi.rambutnya tersikat rapi.

aifa yang sedang mengelap meja di ruang makan tersenyum lebar.
setiap kali wajah comel itu muncul di matanya,harinya terasa segar dan ceria.
siapa yang tidak seteruja dia saat melihat wajah comel dan manis ini di depan mata.

"morning puteri...baru bangun ke? anak dara tak elok tau bangun lewat...."usik dia sambil meneruskan kerjanya.

anak kecil itu menarik kerusi berdekatan dengannya.
pantas aifa mengangkat tubuh kecil itu supaya duduk dengan selesa.maklum saja lah...kerusi di rumah itu semuanya bersaiz orang dewasa.

"puteri bangun awal harini..."

"ye ke..? ada apa-apa berita gembira ke harini?"soal aifa

"sebab...puteri nak tunggu kakak datang lah...boleh kita main sama-sama.."

aifa tertawa perlahan dengan kecomelan dan suara yang kecil bak watak karton seperti di dalam tv itu.
rasa macam nak tarik-tarik je pipi bulat tu!

"macam semalam ye?"

puteri angguk sambil tersenyum.

"kalau macam tu...puteri sarapan dulu okay?"

"okay...kakak dah sarapan ke?"

"belum...puteri nak makan apa? rasanya harini papa puteri masakkan roti bakar ni..."kata aifa sambil menunjuk ke arah beberapa keping roti yang siap dibakar lalu diletak di atas piring.

'mungkin encik fayad tak sempat pun nak sarapan,aku datang awal sangat ke? atau dia yang lewat?..kesian pulak bila difikirkan...mesti dia pun tak selesa kalau aku dalam rumah ni'

"ye ke..?"soal anak itu

"iye...puteri nak sarapan apa?kebetulan...kakak ada bawak cucur sikit..."kata aifa sambil menghidangkan beberapa biji cucur karipap ke dalam piring.

"kakak buat ke?"soal anak itu teruja

aifa tertawa perlahan.
'nak tunggu kakak puteri buat...hehehe lambeettt lagi,puteri kena tahu kakak ni pemalas...Opps!! bukan pemalas...penyegan...hihihi'

"tak lah...kakak beli dekat gerai tepi jalan tadi...kakak ingat nak sarapan dengan puteri..."

wajah anak itu merenung ke arah cucur karipap yang dimasak garing dan masih panas itu.

"puteri tak suka ke?"soalnya

"suka...."

aifa tersenyum.
"kalau macam tu...kita makan ye? atau...puteri nak kakak masakkan benda lain?"

"tak apa...puteri makan cucur....errmm..cucur..."

aifa tersenyum geli hati.
'ni mesti kes papa dia tak pernah tunjukkan kuih-kuih buatan malaysia kat anak dia ni'

"karipap....cucur karipap.."

puteri tersenyum malu.

"puteri tak pernah rasa ke?"

"pernah...tapi bila ada tok ma...tok ma selalu buat..sedap..."

"ye...? kalau macam tu,jom kita sarapan..puteri baca doa..boleh?"

"okay..."

aifa tersenyum mereka berdua sama-sama mengangkat tangan untuk berdoa.

aifa tersenyum melihat wajah yang ceria dia hadapannya sedang menjamu selera.
berselera sekali puteri makan.mungkin cucur favouritenya adalah karipap.

"puteri suka cucur apa?"soal aifa dengan mulut penuh.

"puteri suka cucur....warna hijau dan putih..."

kening aifa berkerut.
"hijau dan putih? kuih apa tu?"soalnya menahan tawa.

"ada...warna hijau dan putih...sedap...manis..kakak tak kan tak tahu..."

aifa berfikir seketika.
"bentuk dia? puteri tahu?"

"errmmm...di atas warna hijau...di bawah warna putih."

aifa berfikir seketika kemudian kuih serimuka yang berseri-seri muncul di akalnya.

"kuih seri muka!!?"

"yess!! itulah nama dia.papa selalu cakap tapi puteri lupa..hihihi"

aifa tertawa perlahan.
'apa-apa aje lah budak comel ni.warna je yang dia tahu'

"puteri suka kuih tu?"

"suka! tok ma selalu masakkan untuk puteri...tapi tak selalu...tok ma selalu sibuk"

aifa bersimpati melihat wajah yang tiba-tiba mendung di hadapannya itu.
dia mencari idea untuk mengembalikan wajah tadi.

"ermm...kalau esok kakak buatkan untuk puteri..mahu tak?"

mata itu yang pudar kelihat membesar dan bersinar.
"betul ke?"

"betul...esok kakak bawa..kita sarapan sama-sama okay?"

puteri mengangguk sakan.

kepala anak itu diusapnya perlahan.
"dah sekarang...kita sarapan dulu...lepasni cikgu datang kan?"

"ye.."

"harini bahasa apa?"

"english!"

"pandai..."

aifa tersenyum melihat anak kecil di hadapannya itu.
'semoga sepanjang kakak jaga puteri..puteri selalu tersenyum macam sekarang..'doanya dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience