chapter 7

Romance Series 5107

"Aifa!!!! Aifa!!! Nurul Aifa Emelyn!!"

pintu bilik yang tertutup dibuka dari dalam.
muncul wajah kusam bersama rambut yang serabai dan panjang dibalik pintu.

"Ya Allah!!! mama!! mama tengoklah anak manja mama ni,muka mengalahkan tong sampah dekat luar rumah!"

mata yang terpejam dibuka dengan pantas dek kerana kekerasan suara seseorang yang mengetuk pintu biliknya.

"alahh!! along..kecohlah,biarlah aku nak tidur sekejap...aku kan penganggur..so tak salahlah aku bangun lewat.."rungutnya dengan geram.

along dia yang satu ini memang tak suka betul tengok dia senang.sukalah dia bila nanti mama datang bebel dengan adik dia ni.
suka buli adik!

"ohh bila sebut mama baru takut erkk?"kata Emelia dengan garang.
rasa nak ketawa pun ada bila tengok muka adik dia yang baru bangun ni.dah macam lempeng basi.

"along..kau kutuk aku dalam hati erkk?"teka aifa dengan pandangan mata dikecilkan pada kakak sulungnya itu

"ehh..mana ada! kau kan adik yang baik...yang comel...mana boleh aku kutuk kau...cepat turun..mama ada hal nak bincang"kata emelia dengan tegas.terus dia melangkah mahu turun ke tingkat bawah.

tiba-tiba kelibat anaknya Edrian yang berumur tiga tahun berlari keluar dari bilik mereka menangkap pandangannya.

"ehh! ehh! Ian...jom turun dengan ibu..jangan lari-lari nanti jatuh"kata emelia menggamit anaknya.

Aifa mendengus saja.
pintu kembali ditutup.
dia menggaru kepala yang terasa agak gatal.

"mama nak bincang apa pulak ni...?"dia berkata sendirian terus mencapai tuala yang berwarna pink dan melangkah ke bilik mandi.

Usai mandi dia mengenakan tshirt berwarna kuning cair yang berlengan panjang dan seluar track,rambutnya yang panjang paras pinggang di dandan menjadi dua bahagian.
wajahnya dioleh dengan sun screen dan sedikit bedak.

"okay Aifa...kau cantik!"dia memuji diri sendiri sambil menggayakan tubuh dihadapan cermin.
memang rutinnya memuji diri sendiri.siapa lagi nak puji dia?
nak tunggu kakak yang garang dan abang yang berlagak macho tu puji? Hurrmm...lambett lagi.

dia melangkah keluar dari bilik.
langkah pertama yang dia lakukan adalah pergi ke dapur untuk mencari makan.

dia terintai-intai segenap ruangan dapur yang luas itu.
"mana jejak manusia pergi? dah macam aku duduk sorang-sorang pulak..."rungutnya tidak puas hati.

dia mencapai satu balang terisi dengan kerepek ubi yang bersalut sambal pedas.
satu-satunya kerepek yang wajib ada dalam rumah,setiap minggu mesti kena top up.
sebab dia memang hantu kerepek ubi pedas.

telinganya menangkap bunyi suara riuh di halaman taman belakang rumah.

"hurrmm...bukan nak ajak aku join...sampai hati"sungutnya apabila terpandang mama dan kakaknya bersembang rancak di sudut yang ada kerusi.

di kolam mandi pulak ada anak buahnya sedang berenang-renang dengan pelampung.

dia menghampiri mereka dengan hati yang sebal.

"Acikk...yeayy..acik dah bangun"sorak anak buahnya di kolam mandi.

dia tersenyum sambil membuat isyarat supaya anak buahnya edrian ataupun lebih comel dipanggil Ian sahaja itu memperlahankan suaranya.

"hah!! eloklah.anak dara bangun tengah hari."

Aifa mengeluh saja.
'kena bebel lagi'

dia dengan berat hati melangkah ke arah kedudukan along dan mamanya berada.

"alahh..mama ni,Aifa bukannya kerja.so..apa salahnya aifa bangun lewat sikit.."dia duduk di bangku yang tersedia.

"elehh..habistu,kau ingat kerja-kerja rumah tak payah buat? awak tu anak dara...cuba belajar masak ke...kemas ke.."kata emelia pulak sambil merampas balang di tangan aifa walaupun ditepis oleh aifa namun dia berjaya merampas kembali.

"aku tahulah long buat semua tu...lagipun,nanti-nanti boleh belajar...betul tak mama?"kata aifa tersenyum ke arah datin kamalia
bersama senyuman manisnya yang berlesung pipit kiri dan kanan itu.

"tak betul!"

terus hilang senyumannya.
"ala...mana aci,mama dengan along satu team untuk kenakan aifa..nak mengadu dengan angah dan papa lah..mesti dia orang sokong aifa"katanya terus merampas balasnya semula dan mahu berlalu

"Aifa...."

kakinya terhenti apabila mendengar suara mamanya seakan-akan memujuk.
dia tersenyum senang.
memang seronok jadi anak bongsu ni.
bila merajuk mesti ada yang pujuk.

"apa...?"soalnya

"mama nak cakap sikit..."

aifa memandang kakaknya amelia yang tersenyum-senyum.
mama juga begitu.
'apa hal ni?'

"cakap apa ma..?"

"ada lah...datang duduk semula"

dia melangkah ke tempat duduknya semula.
kerepek ubi dimasukkan ke mulut.

"kan mama dah pesan..jangan makan benda pedas pagi-pagi? sakit perut tu...tak tahulah mama"

"aifa suka...so its okay,mama jangan risau"jawabnya sambil tersenyum

"biar je dekat dia mama.orang nasihat bukan nak dengar kata"

"ala...kau pun sama"

terus dia dijeling alongnya.dia hanya buat-buat tak nampak.memang dia suka sakat along dengan mama dia.

kalau nak tahu.dalam keluarga ni.dia paling rapat dengan abang dan papa dia.dua orang tu...memang suka ikutkan saja apa kemahuan dia.bukan macam kakak dan mama.ada saja syarat.
tapi tak kiralah dengan siapa dia rapat.dia sayangkan keluarganya.

"mama nak cakap apa tadi..?"

"aifa kenal tak kawan mama? puan sri kamariah?"

aifa berfikir-fikir seketika.dia cuba mengingati nama itu.
"siapa ma?"

"ishh budak ni.ala...baru minggu lepas aifa teman mama pergi butik dia...takkan aifa tak ingat?"

aifa cuba mengingati lagi.
tiba-tiba wajah seorang wanita yang peramah menjelma di mindanya.
"ohhhh...yang dia suruh aifa panggil dia auntie tu erkk?"

mamanya mengangguk sambil tersenyum.senang bila anaknya dah ingat.

"kenapa dengan auntie tu ma?"

"dia minta tolong mama..."

"tolong apa? mama cuba cakap panjang-panjang.ini sekerat-sekerat.aifa tak fahamlah.."

"macam ni...orang gaji anak dia.nak berhenti balik indo.dia ada seorang anak...umur lebih kurang dengan Ian jugak...dia bekerja.so....."

"kejap! kejap! mama nak suruh aifa jadi bibik anak dia? mama!!!"aifa tidak puas hati

amelia hanya tertawa melihat wajah adiknya yang masam mencuka itu.

"dengar dulu...mama tak habis cakap lagi kan?"

"apa..?'

"err...memandangkan aifa pun belum dapat kerja lagi,apa kata aifa tolong anak auntie?"

"ma..! sama je macam jangkaan aifa tadi,aifa tak nak lah mama..macam mana nanti anak mama ni kena dera? mama pernah dengarkan? tuan rumah mendera pembantu rumah?"

amelia menahan tawa saja.
kesian melihat wajah adiknya yang serius itu.

"Aifa...mama kenallah auntie kamariah tu.dia baik...anak dia terdesak sangat.dia cakap..anak dia setuju je untuk dia ambil aifa bantu jaga anak dia.lagipun...mama yakin,nanti..lepas dia orang jumpa pengganti baru...aifa berhentilah.."

aifa berfikir-fikir.
dia tidak kisah dengan pekerjaa itu.
tetapi...macam mana kalau dia ada buat salah.
dia bukannya pakar bab-bab memasak.bila benda yang mudah saja dia tahu.mengemas...memanglah dia tahu.menjaga budak? memang dia cekap..sebab dia dah biasa uruskan Ian.

"macam mana? kesian auntie kamariah...dia harap sangat dengan aifa"

"anak dia lelaki ke perempuan?"soalnya

"Errr...lelaki?"

"hahh!!! lelaki? mama!! macam mana aifa nak jaga anak dia bila dia tu seorang lelaki? dah lah lelaki...bujang pulak tu!"soalnya tidak puas hati

"kerja aifa dari pagi..sampai pkul enam je..memang tak akan pernah serempak.dia akan balik kerja bila petang.dan..petang aifa akan balik rumah.nanti mama suruh pak hamid datang jemput aifa..."

aifa berfikir-fikir lagi.
dia memang mahukan duit.
boleh ke dia kerja situ?
yang penting...
Halal!
Senang!
Tak payah sebumbung!
kemas rumah!
masak!
baby sitter!

"okay fine.."

terus wajah mamanya ceria bagaikan matahari pagi.
"tq aifa...mama terhutang budi sangat dengan anak mama yang cantik ni..."

aifa tersentak bila tubuhnya dipeluk erat oleh mama.
"macam mama je yang happy.orang di sana belum tentu happy...dia mahu ke aifa jaga anak dia? dah lah aifa ni tak ada pengalaman kerja...nanti mati anak orang.."

"ishh!! mulut tu jaga sikit.kalau kita buat dengan baik...tak mati pun.so...jadi kan?"soal datin kamelia

aifa angguk sambil menyuap lagi kerepek ke dalam mulut.

"petang nanti auntie akan datang rumah kita.dia datang bawa puteri sekali...untuk berkenalan dengan aifa"

"puteri?"

"iye...cucu auntie tu perempuan..."

Aifa terangguk-angguk.
'agaknya kalau jaga budak perempuan mungkin lebih mudah.tak lah lasak sangat.sesuai dengan aku yang ayu ala-ala gadis melayu terakhir ni'

"okay tak?"soal mamanya semula

"ye..jadi"

mamanya tersenyum senang.lain macam pulak dia tengok senyuman mama.
.................

"Jemput minum auntie.."aifa mempelawa gelas yang terisi air fresh orange disuakan ke arah puan sri kamariah.

"terima kasih...susah-susah je..."pemberian aifa disambut.

aifa juga menghulur minuman kepada mama dan kakaknya

"Ini ke cucu yang you cakapkan tu? comel betul...kenapa you tak bawa dia datang butik.."soal datin kamalia dengan teruja.

aifa turut terpegun saat pertama kali dia melihat wajah comel yang dimiliki oleh puteri.berkulit cerah,bermata bundar dan mempunyai dimple seperti dia.

sementara mama dan auntie kamariah bersembang akan hal-hal mereka sesekali kakaknya juga bersembang dengan mereka.
aifa cuba menggamit perhatian si kecil yang masih diam tanpa reaksi itu.

dia cuba memanggil anak itu dengan melambai tangan supaya datang kepadanya.
aifa sengaja melebarkan senyuman mana tahu bila dia senyum sebegitu puteri akan tertarik.
'jangan dia takut sudahlah...kalau tak masak kau aifa!'

sungguh tidak dia sangka,puteri akhirnya turun dari sofa dan berjalan ke arahnya tanpa disedari oleh mereka yang lain.
aifa terasa bangga dengan diri sendiri sekejap.

sampai saja puteri dihadapannya terus dia menyeka rambut lembut dan keperangan itu ke belakang telinga.
'jangan-jangan bapak dia mat salleh kot? ataupun mak dia? ermmm...maybe!'

"puteri apa khabar? comelnya dia..."kata aifa dengan geram

wajah dihadapannya masih lagi diam.hanya memerhati wajahnya.

aifa sudah kebuntuan idea.

"kakak bibik baru?"

aifa tercengang.pertanyaan tanpa disangka-sangka.
aifa cuba menyembunyi keterujaan.
tapi...whatt!!!? bibik? puteri...panggil kakak please.

"ye...puteri suka tak?"soal aifa.'nanti dia jawab tak suka kau jugak yang merana!'

perlahan-lahan puteri mengukir senyuman.
terus tubuh aifa dipeluknya erat.perhatian yang lain sudah tertumpu kepada adegan ini.

aifa sendiri juga terkejut.
'wahhh!! comel sangat agaknya aku ni!'hihihi

"amboi!! baru jumpa dah suka.permulaan yang baik ni"datin kamalia dengan senang hati

"puteri kalau you nak tahu..dia rapat dengan orang yang dia betul-betul suka saja.ini maknanya...puteri sukakan aifa lah...lega auntie rasa"kata puan sri kamariah.

”puteri suka kakak ke? kakak pun suka puteri.. kita jadi bestfriend okay?"kata aifa cuba untuk bermesra supaya puteri tidak rasa kekok dengannya.

"puteri boleh panggil kakak ke?"soal puteri dengan polos

"iye...puteri panggil kakak ye?"

puteri mengangguk saja.terasa nyaman dia saat berada di dalam pelukan tadi.dia tidak pernah merasa pelukan seperti itu dari seseorang yang dia inginkan.

"tokma...bila kakak nak jaga puteri?"soal anak itu berlari ke arah puan sri kamariah.

riuh rumah itu dengan teletah anak kecil itu.

"nanti kakak datang jaga puteri..."jawab puan sri kamariah

"comel cucu auntie.mesti manja kan?"kata aifa

"kalau aifa nak tahu...semua dia nak,dia mesti dapatkan.papa dia lah yang selalu manjakan dia...sebab tu manja sangat,nanti aifa jaga dia...aifa fahamlah.."

aifa hanya tertawa saja.

tiba-tiba muncul edrian yang berlari datang membawa kereta mainannya menghampiri ibunya amelia.

"ian dapat kawan baru harini...pergi main dengan puteri erkk?"kata amelia pada anaknya.

edrian mengangguk saja.terus dia menghampiri puteri lalu mereka bermain mainan milik edrian.

puan sri kamariah dan datin kamalia kembali berbual.
amelia juga turut berbual.
cuma aifa saja yang banyak memerhati dua kanak-kanak di depannya itu.
dia menyembunyi senyuman tatkala melihat ian yang seakan-akan malu mahu bercakap dengan puteri.
'Ian ni....jangan tunjukkan gaya 'buaya' boleh tak? awak berdua tu kecik lagi'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience