chapter 1

Romance Series 5107

parti harijadi yang diadakan di sebuah rumah mewah di tengah-tengah ibu kota itu begitu meriah dengan kilauan cahaya dari sportlight yang diletak di ruang tertentu dan juga berwarna-warni memecah segenap ruangan yang ada di situ.

sekelompok manusia sedang menari dengan pelbagai gaya,tanpa menyedari perasaan malu untuk terus ditatap oleh sesiapa saja.

lagu yang dipasang dengan kuasa pembesar suara yang begitu kuat membuatkan suasana menjadi huru-hara dengan ditambah suara hilai tawa wanita-wanita yang sedang melayan pelanggan.

di satu sudut sedang duduk dua orang manusia lelaki dan perempuan itu sedang berpelukan sambil di tangan masing-masing memegang satu gelas berisi air haram itu.

sepasang kaki akhirnya menghampiri mereka berdua.

bahu lelaki itu dipegang dari belakang.

"Abang!! jom balik!!"katanya dengat kuat cuba untuk melawan suara muzik yang terpasang,ditambah pula lelaki dihadapannya ini sedang mabuk.

"kejap lagilahh!!!"

tangannya ditepis kuat.

"pia tunggu abang dekat rumah!! jom balik!!"

lelaki mabuk tadi terus bangun dari kerusinya setelah wanita bersamanya tadi berlalu pergi.
mereka menatap antara satu sama lain.

dia menggeleng kepala melihat seorang lelaki yang sememangnya dihormati di mana-mana saja dia berada kini dalam keadaan yang tidak terurus begini.
dengan hanya satu kejadian yang tragis terus mengubah identiti lelaki di hadapannya ini.

"aku cakap aku tak nak!! kau tak faham bahasa ke? kau blahh lah!!"

"Abang tak malu ke!!?"tempiknya kuat.
terus badannya ditolak ke belakang.mujur dia sempat mengawal kedudukannya dan tidak membuat dia terjatuh.

"security!!! security!! tolong halau budak mentah ni!!!"laung lelaki dihadapannya ini.
orang sekeliling yang menjeling adegan yang terjadi kemudian menyambung semula aktiviti masing-masing.
bagi mereka pergaduhan seperti ini sudah biasa berlaku.

dua orang lelaki berbadan besar dan berbaju hitam menghampir dia dan memegang kedua-dua tangannya,mahu mengheret dan menghalau dia supaya keluar.

"Abang!!! kesian dengan Pia!!! baliklah!!"tempik dia dengan kuat namun dia sudah dibawa keluar dari rumah itu dan terus pagar ditutup

dia melepas nafas lelah.
rambutnya ditolak ke belakang.
akhirnya dia membuat keputusan untuk menunggu di dalam keretanya saja.

setelah beberapa jam menanti,sebuah kereta yang dikenalinya meluncur laju keluar dari perkarangan rumah itu.
dengan pantas dia turut mengikut jejak langkah kereta di hadapannya yang dipandu dengan keadaan mabuk itu.
dia hanya mempu menggeleng saja.

niatnya hanya satu.dia mahu tahu tempat persembunyian abangnya.sudah berminggu-minggu abangnya meninggalkan rumah.meninggalkan seseorang yang masih lagi mengharapkan kasih sayang dan perhatian daripadanya.

tiba di suatu simpang lampu isyarat dia bersedia untuk berhenti namun hatinya berdegup kencang saat melihat kereta abangnya meluncur laju membelah lampu merah dan sebuah treler dari arah kiri turut dibawa dengan laju..Ponn!!!

"Abang!!!!!"
tubuhnya dibasi dengan keringat peluh.nafasnya cuba diatur dengan perlahan-lahan.

"Astagfirullahalazim..."istigfarnya sendirian.

rambutnya yang basah dek kerana peluh diseka ke belakang.dia bersandar di kepala katil.
kerap kali mimpi ngeri itu menemani tidurnya.
setiap kali mimpi itu terjadi ketika itu jugaklah nyawanya bagaikan dicabut.

dia melihat jam kecil di sisi katil.
jam menunjukkan tepat pukul dua pagi.
tekaknya kehausan,dia bangun dari duduknya dan berlalu untuk ke dapur.

usai dia membasahkan tekak dia menaiki tangga menuju ke tingkat dua.saat dia melintasi sebuah bilik untuk menuju ke biliknya.dia mendengar suara kanak-kanak menangis dengan perlahan.
dia mendekatkan telinga ke pintu bilik itu dan hatinya gundah tiba-tiba.

terus pintu itu dibuka dari luar.
"Sayang..."panggilnya dengan risau

"papa...."si kecil berlari menghampirinya lalu memeluk kakinya dengan erat.

dia tersenyum.terus tubuh kecil itu diangkat dan didukungnya.
"kenapa nangis ni?"

"ta...kut..."

dia tersenyum sendiri.
"jangan risau okay..malam ni biar papa teman tidur ye?"

si kecil itu lalu mengangguk saja.
badannya dipeluk erat oleh papa tersayang.
tidak lama kemudian mereka dibuai lena.
....................

"Assalammualaikum tuan fayad.."sapa seorang wanita yang agak berumur menyapanya di muka pintu hadapan bersama senyuman.

"waalaikumsalam.."jawab fayad dengan serius beserta anggukan saja.
dia sudah pun berbaju kemeja dan berseluar slack.

"puterinya udah bangun belom? soalnya bibik ada bawain kuehh yang dia suka"ujar bibik dengan perlahan.

"sudah bik..bibik pergilah tengok dia"jawab fayad sambil mengikat tie di leher.

"tuan ngak mau sarapan dulu?"soal bibik

"tak sempat rasanya,takpe..bibik cuma pastikan puteri baik-baik saja ye?"

"baik tuan..bibik naik duluan ya? mau ke kamarnya puteri.."

fayad angguk saja.
kebetulan harini dia mempunyai jadual yang padat.temujanji dengan pesakitnya dan beberapa meeting penting yang mewajibkan dia ke sana.

kereta jenis Audi itu menyusur keluar dari perkarangan rumah mewah itu.
dengan kecekapan pemandunya,kereta dipandu dengan penuh gaya.

pagi itu kesesakan tidak begitu ketara.
mudah sekali untuk fayad memandu menyusuri jalan raya menuju ke tempat kerja.

Bizzzz!!!Bizzz!!

telefon di atas dashboard bergetar.dengan mata yang fokus ke jalan raya dia menjawab panggilan masuk.

"waalaikumsalam Dr.Kamal...ye saya dah on the way.."

dia tersenyum senget.
"baik Dokter...saya tak lupa.okay..thanks"
telefon diletak semula.

beberapa minit kemudian keretanya memasuki pekarangan hospital.kerera diparkir di tempat yang sudah dikhaskan untuk kakitangan.

dia melangkah keluar,dan mencapai cot putih serta briefcase di sisi.
alarm kereta dikunci.

"selamat pagi dokter..."tegur seorang pengawal keselamatan berbangsa india.

fayad tersenyum dan mengangguk dan terus berlalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience