chapter 14

Romance Series 5107

"apa yang kau tersenyum sorang-sorang tu?"

fayad terus mematikan senyuman yang menghiasi wajahnya sebentar tadi.
dia memusingkan kerusinya ke arah muka pintu biliknya.

Ammar sudah tersenyum nakal memandangnya,ada lah tu..nak menyakat dia.

"nak senyum pun salah ke? senyum kan terapi wajah dan minda?"jawab fayad sambil membuka file di atas mejanya.mahu menumpukan perhatian pada kerja atau lebih tepat lagi mahu mengelak dari si ammar mulut murai ni!

"siapa kata salah? mana ada salah...."ammar melangkah masuk lalu kerusi di hadapan fayad didudukinya.

"tapi...kena lah ada sebab untuk apa kita senyum..kalau kau saja-saja senyum..aku rasa lebih baik kau daftar awal"

"daftar apa?"

"tanjung rambutan!"

fayad sudah tertawa perlahan.
"kau tak perlu risau..aku akan daftarkan nama kau sekali bila aku nak pergi nanti"

ammar tertawa perlahan.
"kau busy ke?"soalnya

fayad menumpu pandangan pada skrin komputer di hadapannya.
"sibuk la..sikit.asal?"

"takde apa..aku ingat nak lepak malam sama-sama,lama kita tak keluar lepak dengan kawan-kawan,kau tak rindu ke?"

fayad berhenti menggerakkan jari-jemarinya di atas keyboard.dia bersandar ke kerusi sambil berpeluk tubuh.
"aku tak janji,sebab..kau tahu kan keadaan aku? anak aku siapa nak jaga?"

"alahh..kau kan dah dapatkan penjaga puteri?"

"dia kerja siang hari je lah..lagipun kesianlah dia nak tambah waktu kerja dia pulak..."

"itu gunanya dibayar gaji...alahh kau ni! tu pun nak kena ajar"

riak fayad sudah bertukar.senang sangat tanggapan si ammar ni.fahamlah masih bujang dan tiada tanggungjawab.tapi hormat sikit komitment orang lain.
fayad kembali meneruskan kerjanya menghadap komputer.

"alahhh!! kau marah ke? aku gurau je lah.."kata ammar

"mana ada marah..tapi aku cakap ni benda betul.bukan aku main-main.memanglah duit boleh di bagi...tapi penjaga puteri tu perempuan.muda lagi.buat jadi apa-apa nanti macam mana? malam-malam datang rumah semata nak jaga puteri..bahayalah keluar malam"jawab fayad dengan selamba

"lagi satu..aku pun nak luangkan masa dengan anak aku jugak.bila siang kerja..malam je lah yang aku ada masa dengan puteri"

mata ammar bersinar bagai bulan penuh.dia memandang ke arah fayad dengan penuh keterujaan.

"tapi..kalau sekali sekali aku okay je,aku bawaklah puteri sekali.."ujar fayad tidak sedar dirinya diperhati.

"kau cakap apa tadi!?"soal ammar tiba-tiba

kening fayad berkerut.
"aku cakap benda yang aku nak cakap dengan kau lah"

"bukan..bukan..yang penjaga puteri tadi"

"ahha..kenapa?"fayad semakin pelik

"kau cakap dia perempuan and muda? maksudnya masih bujang and available lah?"

fayad semakin menyampah dengan sikap ammar itu.tak susah nak tengok perangai playboy si ammar ni keluar.sebut je perempuan..mulalah mata dia bersinar.

"aku banyak kerja ni..kau takde kerja ke?"soal fayad serius

"cantik tak? comel tak?"soal ammar teruja

fayad hanya diam dan cuba menumpukan perhatiannya pada komputer,namun hatinya sudah membara-bara dengan perangai si ammar yang bertanyakan hal 'penjaga' anaknya itu.

tapi...kenapa dia nak marah ekk?
fayad kembali cuba mengawal riak wajahnya ke normal semula.

"entahlah..buat apa kau nak tahu?lagipun..dia dah ada tunang"jawab fayad selamba.dia pun tidak sedar bagaimana ayat itu meluncur laju saja di mulutnya.

"whatt!! alaa...melepas lagi.."

fayad terasa lega melihat wajah kecewa ammar.
"kau tak ada kerja ke..? dari kau nak kecewa dekat sini..pergi tempat kau.aku sibuk ni.."

"nak pergilah ni.."jawab ammar sambil bangun menuju ke pintu.

fayad sudah tersenyum melihat wajah ammar.berbeza dengan semangatnya tadi.
'tapi...kenapa aku tipu ammar? apa salahnya ammar berkenalan dengan aifa.sama-sama masih lagi bujang'
kata-kata yang keluar dari otaknya mula menyerangnya dengan persoalan-persoalan yang tidak mampu dia jawab.
fayad bersandar ke belakang.

"ehh! tapi nanti kalau kau onzz..kau cakap tau.kita buat perjumpaan ramai-ramai"

fayad tersentak dengan ammar yang rupa-rupanya masih lagi di situ.

"ye..nanti kau bagitahu aku bila tarikhnya.kalau aku okay..aku pergilah.kalau tak..kau pun tahu kan?"

"okay!"ammar menaikkan ibu jari tangannya.dia kemudian barulah dia pergi meninggalkan pejabat fayad.

....................

Aifa berdiri tegak di hadapan pintu rumah yang besar itu. dia mengukir satu senyuman untuk menyambut majikannya pulang.
'bukan senyum gatal ekk! '

dia memerhati kereta yang dipandu encik fayad memasuki ruang garaj kereta.
waktu kerjanya sudah tamat,dia yang menggalas beg tote bercorak bunga-bunga sudah tak sabar mahu pulang.walaupun puteri adalah anak yang baik dan mendengar kata, tapi.. disebabkan perhatiannya 100% ditumpukan pada pekerjaan itu membuatkan badannya kepenatan.

"papa dah balik ke kakak? " soal puteri muncul di muka pintu bersama wajah yang riang.

Aifa yang melihat sudah tersenyum.
"tak sabar betul nak jumpa papa ekk? " kata aifa sambil tangannya mengusap ubun-ubun anak kecil itu.

"mestilah... papa pergi kerja lama sangat..puteri rindu papa"

"alaa... kesiannya dia" aifa tertawa perlahan.
'si puteri ni sebijik perangai aku masa waktu kecil dulu.selagi papa tak muncul depan mata..selagi tu lah mulut tak berhenti tanya mama kenapa papa masih tak balik lagi'

"Assalammualaikum anak papa..." muncul fayad di hadapan mereka

Aifa memberi ruang pada bapa dan anak itu untuk berpelukan.

"macam mana harini? " soal fayad sambil merendahkan lututnya ke lantai untuk menyamai ketinggian anaknya.

"everything okay papa! " jawab puteri dengan ceria.

"harini nakal tak? kacau kak aifa tak? " soal fayad sambil tersenyum.

Aifa di belakang mereka juga tersenyum.

"puteri mana nakal lah papa..kan kakak kan? " soal puteri sambil memandang ke arah aifa.

"ye..puteri baik sangat harini" jawab aifa cuba menyebelahi anak kecil itu.

fayad tersenyum.dia pantas mendukung anaknya sambil berdiri.

"awak dah nak balik? " soal fayad

Aifa sudah tak keruan.dia bukannya biasa kalau lelaki bersembang lepastu mata tepat ke arah mata dia.. terus jantung jadi laju! kalau abang dengan papa dia okaylah!
Aifa pura-pura memandang ke arah lain apabila mata fayad hendak memandangnya.

"err.. ye encik fayad, saya balik dulu.. " kata aifa

"dah lewat ni..saya tak nampak kereta yang selalu jemput awak pun? " soal fayad sambil melihat jam di pergelangan tangannya.
tepat jam 6.00 petang.

"takpe encik fayad. kejap lagi saya call pak hamid. mungkin dia terlewat sikit kot.." jawab aifa

"jom lah saya hantar" kata fayad

"ehh! takpe encik fayad... tak payah susah-susah. encik fayad baru balik kan? mesti penat. its okay.. nanti saya call dia orang" aifa cuba menolak.

"apa pulak penat.takde hal lah.dah jom."

"err..ta... "

"puteri...jom kita hantar kakak balik rumah okay? " kata fayad ke arah anaknya.

aifa sudah serba salah.belum sempat dia kata apa-apa tiba-tiba...

"yeayy!! kakak jom... puteri boleh hantar kakak! "

aifa sudah tidak mampu berkata apa.
tangannya ditarik oleh anak kecil itu supaya mengikutnya.
akhirnya Aifa hanya menurut saja.

fayad sudah tersenyum lebar melihat anaknya memimpin tangan dengan aifa.

Aifa duduk di tempat penumpang belakang,manakala puteri duduk di sebelah pemandu iaitu tempat encik fayad.

kereta menjalar keluar dari perkarangan rumah.

Aifa hanya diam di tempat duduk belakang. suasana sunyi dan sepi, dah macam filem hantu dah!

akhirnya Aifa hanya melihat ke pemandangan luar cermin kereta.

'rasa jauhlah pulak rumah aku nih! padahal tak sampai sepuluh minit dah sampai'
Aifa melirik pandangan ke arah penghuni-penghuni di dalam kereta itu.
akhir sekali dia memandang ke arah pemandu!

fayad membawa kereta dengan tenang. dengan sebelah tangan pegang stereng dan sebelah lagi bersantai di atas gear.lengan baju kamejanya disinsing hingga ke siku.
sangat fokus hingga tidak sedar orang merenungnya.

terus aifa menampar perlahan pipinya supaya memandang ke arah lain.
"bodoh kau aifa!! kau tenung lelaki asing depan kau ni buat apa! aduhhh!"
aifa mengutuk dirinya dengan perlahan.
jantungnya dah mengepam darah dengan laju.
rasa-rasanya kalau di cek suhunya pasti dia akan disahkan demam!

"apa? "

aifa mulai sedar.
dia memandang ke arah fayad yang bertanyakan sesuatu padanya.

"ada apa encik fayad? " soalnya
tulah... leka sangat kutuk diri sendiri.

fayad ketawa perlahan.
"awak study apa dulu? " soal fayad kembali

aifa tersengih saja.
"ohh...saya err... saya belajar kulinari encik fayad" jawabnya teragak-agak.

"ohh.. ye ke? kalau macam tu mesti pandai masak lah ni?puteri selalu puji masakan awak" kata fayad

Aifa tersenyum saja.
'suka pulak bila ada orang puji' aduhh!! terus shy-shy cat aifa dibuatnya!

"mana ada encik fayad..biasa-biasa je.saya masih perlu dibimbing lagi..hihi"jawabnya serba bersahaja walaupun sekarang dia dah sekembang taman.

" kuih seri muka haritu awak yang buat? "soal fayad lagi

" ye encik fayad"

"puteri cakap itu satu-satunya rasa yang dia paling suka. dia cerita sedap sangat katanya.." fayad tersenyum sambil menjeling melihat anaknya sedang leka menilik ipad di tangan.

"saya belajar dari mama.kalau tak belajar saya rasa tak tahulah" aifa ketawa perlahan

fayad tersenyum.
"apa-apa bakat pun...mestilah kena ada gurunya dulu.baru menjadi betul tak? "

aifa tersenyum.
"betul tu.."
bagus encik fayad ni! positive thinking!

selang beberapa minit kereta dipandu fayad tiba di hadapan sebuah pagar besar.
tiba-tiba pintu pagar itu terbuka dengan sendirinya melihatkan sebuah rumah tersergam indah.

fayad memandu masuk ke kawasan rumah itu dengan tenang.

aifa pada mulanya gembira bila akhirnya mereka sampai.tetapi..beberapa saat kemudian dia terkaku.
'macam mana dia tahu rumah aku!? 'soal hatinya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience