chapter 4

Romance Series 5107

"Selamat pagi tuan,ini sarapannya"kata bibik meletak sepinggan roti bakar di hadapan fayad.

disebabkan hari ini adalah hari minggu,dia hanya mengenakan baju tshirt hitam dan berseluar track saja.

"pagi bik.."jawabnya bersahaja.
dia menjeling ke tingkat atas.
menanti puterinya untuk turun dan sama-sama menikmati sarapan.

"Awalnya papa turun...tak tunggu puteri pun.."

fayad membalik wajah ke arah tangga,tersenyum dia saat melihat anaknya dengan wajah yang segar itu menegurnya dengan suara merajuk.

dia membuat isyarat supaya puteri datang kepadanya.

dengan wajah yang mendung anaknya menghampiri.

"tak nak kiss good morning dekat papa dulu ke?" soal fayad mendekatkan pipinya ke arah anak kecil itu.

walaupun dia sedang merajuk namun,pipi papanya tetap dicium seperti setiap pagi.

fayad tersenyum senang.terus kepala anaknya diusap lalu diciumnya lembut.
"anak papa tak baik merajuk tau...nanti cepat tua"katanya mengusik

"biarlah..nanti puteri boleh pergi kerja dengan papa,tak payah duduk di rumah sendiri lagi.."jawab puteri

fayad tertawa perlahan mendengar anaknya yang petah berkata itu mengungkap perasaan tidak puas hatinya.
"mana boleh macam tu..kalau anak papa dah tua..siapa nak jadi anak papa yang comel dan kecil lagi?"

"papa carilah yang baru..."jawab anaknya masih lagi merajuk

semakin suka fayad untuk menyakat.
"okay...nanti papa nak cari anak yang comel-comel..cantik,papa nak belikan dia mainan dan bawak dia pergi jalan-jalan keliling dunia..."dia menjeling melihat anaknya yang sudah memandangnya dengan pandangan teruja

"Mana aci...kalau macam tu,puteri tak nak merajuk lah.."katanya kemudian sambil tersenyum lebar,mahu ambil hati papanya semula.

fayad tertawa perlahan.menjadi betul cara pujukannya.
"kalau macam tu..duduk sini,bibik masak sedap tau...petang nanti..."fayad sengaja memutuskan kata-katanya,dia menjeling ke arah mata bundar yang merenungnya dengan penuh tanda tanya.

"kenapa dengan petang nanti papa?"

"papa rasa nak pergi rumah tok ma dan atoklah.."

terus wajah anak itu menjadi ceria dan teruja.
"wahh!!! betul ke ni papa?? papa tak tipu kan?"

fayad tertawa perlahan.
"betul..harini,papa nak bawa anak papa jalan-jalan serata Malaysia..."

"yeayy!!!"sorak anaknya bersama tepukan gembira.

"wahh..sukanya dia.."tegur bibik yang muncul dari dapur dan membawa satu mangkuk coco crunch untuk puteri.

"bibik tau tak..petang nanti papa nak bawa puteri jalan-jalan..."ujar anak itu dengan tidak sabar.

"waduhh...best betul ya? apa-apa pun..puteri makan dulu ya,kalu mau jalan-jalan itu harus makan banyak..biar cerdas"ujar bibik

puteri angguk saja.terus dia menyuap coco crunch ke mulut dengan berselera.

"bibik makan sekali?"ajak fayad

"ngak usah repot-repot tuan..bibik udah makan,tuan makan duluan ya?"

fayad angguk saja.

"Errr..tuan?"

fayad memandang wajah bibik yang seakan serba salah itu.
"kenapa bik?"

"bentar lagi..bibik mau ngomong sesuatu ke tuan"

"cakap apa bik?"soal fayad risau,mana tahu bibik ada masalah ke..dia boleh saja kalau untuk membantu apa yang dia mampu.

"bentar lagi aja...tuan makan dulu ya? bibik mau ke dapur buat kemas"

fayad hanya angguk saja.bibik berlalu ke dapur.

usai sarapan fayad hanya duduk di ruang tamu bersama puteri.mereka menonton cerita kartun kegemaran puteri.

bibik muncul dari dapur dengan membawa minuman berais lalu diletakkan di hadapan fayad,di atas meja di tengah-tengah ruang tamu yang besar itu.

"bibik nak cakap apa? cakap lah..."kata fayad perlahan saja.tak mahu menggangu fokus anaknya terhadap tv.

bibik yang serba salah terus duduk di sofa tidak berapa jauh dari mereka.

fayad semakin risau,jelas sekali wajah kerisauan yang dipamerkan bibik.

"sebenarnya tuan...ibu bibik sedang sakit di indonesia,ngak ada siapa-siapa yang mau ngurusin...adik sama abang bibik pada sibuk semuanya...jadi,bibik pikir biar bibik aja yang menjaganya,karna itu bibik pikir...bibik mau berhenti aja"ujar bibik dengan perlahan.

fayad tidak menunjukkan reaksi terkejut,dia tak mahu bibik merasa semakin serba salah.jadi dia hanya mengangguk saja.
"memang tak ada sesiapa yang jaga ke bik?"

"iya tuan...biasalah orang tua,keluarga bibik juga ngak mampu mau merawat kos penjagaan,jadi...ginian aja penyelesaiannya,maafkan bibik ya tuan.."

"saya tak marahkan bibik,bibik tak perlu minta maaf,cuma...saya agak terkilan,bibik kerja dengan saya dah hampir empat tahun,bibik jaga dan bantu saya uruskan puteri...lepasni siapa yang saya nak harapkan,bibik pun dah macam ahli keluarga saya dah..."

"maafkan bibik ya tuan,bibik juga rasa begitu.puteri bibik anggap udah macam cucu bibik.anaknya baik...ngak banyak ragam,tapi..bibik terpaksa tuan"

fayad angguk saja.
lepasni..semakin banyak dia kena fikir,siapa yang dia akan cari pengganti.
"takpe bik...saya faham,ibu bapa lagi penting dari segalanya.saya izinkan bibik berhenti,tapi...lepasni kalau bibik ada nak minta bantuan apa saja..bibik bagitahu saja ye?"

bibik tersenyum saja.
"makasih tuan..tuan adalah satu-satunya boss yang terbaik yang pernah bibik kenal.makasih sekali lagi ya tuan?"

fayad angguk saja.
"tapi...bila bibik nak balik indonesia?"

"bibik pikir minggu depan aja,pokoknya bibik mau urusin beberapa hal sebelum pulang ke sana"

fayad angguk saja.mana aku nak cari pengganti dalam masa seminggu?

"okaylah kalau macam tu..kalau bibik ada apa-apa nak minta tolong bagitahu ye?"

bibik angguk sambil tersenyum.
"bibik ke dapur duluannya?"

fayad angguk kepala.
bibik berlalu menghilang di dalam dapur.

kepalanya dipicit perlahan.
"macam mana ni...mana aku nak cari pengganti?"rungutnya sendirian.
....................

"kita nak pergi mana papa?"soal puteri yang berada disebelahnya.

fayad yang sedang memandu tersenyum ke arah anaknya.
"papa nak bawa puteri pergi shopping..."

"yeayy!! papa,boleh tak kalau puteri nak beli baju yang ada sayap dekat belakang dia?"

"boleh sayang...untuk anak papa semua boleh,puteri nak beli apa-apa nanti bagitahu papa erkk?"
anak kecil itu lalu mengangguk.

keretanya dipandu memasuki lorong bawah tanah,parkir di luar kebanyakannya sudah ada penghuninya.jadi dia buat keputusan parkir di tingkat bawah saja.kalau nak ke tempat lain kesian pulak dengan anaknnya ini.sudah berjanji untuk ke sini

kereta dipandu dengan berhati-hati ketika memasuki ruangan yang agak sempit dan berliku itu.

tiba-tiba beberapa orang wanita sedang melintas dengan mengejut terus keretanya dibreak secara mengejut membuatkan wanita yang mahu melintas itu terjerit dan dia bersama puteri di dalam kereta juga hampir terkena dashboard walaupun mereka sudah mengenakan tali pinggang keselamatan.

"papa!! kenapa ni?"soal puteri yang turut terkejut.

fayad terus melihat ke arah anaknya dengan cemas.walaupun dengan jelas dia mendengar suara-suara dihadapannya sedang mengomel sesuatu,pastinya sedang memarahi dia.

"puteri tak apa-apa kan? sakit mana-mana ke?"soalnya risau

"puteri okay lah papa...baik papa pergi turun tenangkan kakak-kakak tu semua.."kata puteri dengan selamba.
dia hanya terkejut saja.

fayad memaling wajah memandang ke depan.jelas sekali wajah mereka berempat itu meluahkan kemarahan.

"okaylah..papa turun sekejap ye? puteri tunggu tau?"katanya
puteri hanya angguk saja.

fayad membuka pintu kereta lalu turun menghampiri wanita didepannya.

"maafkan saya,saya tak perasaan awak semua melintas tadi...semua okay ke?"soalnya

mata fayad tepat memandang wajah manis bertudung dihadapannya,dari tadi dia melihat hanya seorang ini saja yang mengomel lebih selain dari yang lain.

"kami semua okay,tapi encik...lain kali tolonglah hati-hati,mujur kami semua cepat berlari ke tepi dengan pantas,macam mana kalau ada anak kecil yang melintas?"kata gadis bertudung itu dengan nada geram..namun wajahnya tidaklah bengis seperti orang yang sedang dalam kemarahan.

"ye saya tahu...maafkan saya sekali lagi,lagipun...awak semua pun kena hati-hati juga,jangan nak melintas kawasan laluan kereta macam ni,macam mana kalau kereta kebal yang lalu tadi...lagi parah"jawab fayad bersama muka seriusnya.

rakan-rakan gadis itu juga sudah tersenyum-senyum menahan tawa.
cuma..gadis itu saja memandangnya bagaikan mahu menelan dia hidup-hidup.

fayad cuba menahan ketawa apabila melihat gadis itu menjeling rakan-rakannya yang lain.

"Okay fine..kita seri"kata gadis itu dengan menyampah terus dia menarik tangan rakan-rakannya kemudian mereka berlalu pergi.

fayad hanya tersenyum saja.kaca mata hitam yang menutupi matanya dibetulkan.
"apa budak-budak zaman sekarang? kalau dah salah tu...masih lagi nak menafikan"rungutnya.

"kakak tu semua okay ke papa?"soal puteri.

"okay...sekarang kita masuk ye?"

puteri tersenyum lalu mengangguk.
kereta dipandu semula memasuki kawasan parkir.

di mindanya tiba-tiba terbayang wajah bulat, bermata bundar dan bertudung itu.dia tersenyum lalu menggeleng.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience