chapter 17

Romance Series 5107

Aifa hanya merenung kosong ke arah puteri yang sedang melukis di hadapannya.
aktiviti hari ini adalah melukis.kebetulan sesi pembelajaran puteri bersama gurunya cuti hari ini.
jadi.. tiada apa-apa yang hendak dilakukan justeru sebab itulah Aifa mengajak puteri main warna-warna buku cerita hari ini,untuk mengisi masa yang terluang.jangan tahu main gadjet je.

"kakak tak sihat ke? " soal anak kecil itu yang menyadari tingkah Aifa di hadapan.

Aifa tersedar kemudian tersenyum saja.
kepala anak itu diusap perlahan.
"kakak sihat... kenapa puteri tanya macam tu? " soalnya

"kakak diam je... "kata puteri sambil meneruskan aktiviti mewarnanya.

"kakak tengok puteri mewarna cantik sangat.. sebab tu diam,pandai puteri mewarna.. siapa ajar ni? " soal aifa

"papa... papa pun pandai mewarna, sama dengan puteri... papa cakap.. kalau kita warna cantik nanti cikgu suka" jawabnya petah

aifa tersenyum lebar.
"betul tu...nanti kakak nak belajar dari puteri lah.puteri ajar kakak ye? "

"kakak belajarlah dengan papa.... puteri sibuk lah" kata anak itu dengan kusyuknya mewarna

aifa tertawa perlahan.
"kakak nak puteri jugak... " kata aifa bersuara manja.tak apa.. tiada sesiapa di sini kecuali dia dan puteri

"hurmm... okaylah,nanti puteri ajar kakak" kata puteri dengan wajah pasrah

Aifa ketawa perlahan.memang tak kering gusi dia dengan keletah puteri ni.

tiba-tiba telefon aifa berbunyi.
pantas dia mencapai dan bangun berdiri.
"kakak jawab call kejap okay? "

puteri mengangguk saja.

dia berjalan beberapa langkah menjauhi puteri.
takut percakapannya menganggu tumpuan puteri untuk mewarna.

"Assalammualaikum"

"waalaikumsalam... ada apa angah call awal ni? " soalnya

"kenapa? tak boleh ke..? "

"bukan tak boleh.cuma.. tak pernah-pernah call orang waktu-waktu macam ni, i'm is curious"

terdengar tawa adam di hujung talian.
"angah nak tanya.. macam mana? dapat cuti? " soalnya

"hurmmmm..... "

"apa yang hurmmm... panjang sangat tu? tak boleh la tu.."

"bukan tak boleh"

"habis tu? boleh? "

"tak juga... " jawab aifa

"aikk.. kau ni mana satu adik oi,aduhhh pening angah"

Aifa tertawa perlahan.
"ntah lah.. adik dah bagitahu dah,tapi.. encik fayad cakap dia balik nanti dia bagitahu.mungkin dah lewat nak pergi kerja kot... "

"hurmm... ye lah,petang nanti angah pergi ambil kau tau? "

"kenapa pulak? " soal aifa

"pak hamid ada hal.. lagipun kebetulan angah lalu situ"

"hurmm.. ye lah"

"okay.. Assalammualaikum"

"waalaikumsalam.. "

Aifa mematikan telefon.
baru saja dia hendak melangkah ke arah puteri telefonnya berdering kembali.
dia berhenti melangkah.

dia melihat nama yang tertera.
'PAPA PUTERI'
memang dia menyimpan nama encik fayad sebegitu.senang untuk dia ingat.

dengan pantas dia menyeretkan ibu jarinya ke skrin yang berwarna hijau untuk menjawab.
"Assalammualaikum.. "

"waalaikumsalam... "

"ada apa encik fayad? "

"puteri macam mana okay?"

kening Aifa berkerut.
'tak pernah-pernah call..dah call tiba-tiba tanya puteri pulak tu..'
"okay encik fayad.. dia sedang mewarna sekarang ni"
aifa melihat ke arah anak kecil yang sedang mewarna itu

"okay... errmmm lagi satu,pasal... pasal cuti awak tu,awak nak ke mana? " soal fayad dengan teragak-agak.

semakin pelik aifa jadinya.tapi.. berkemungkinan besar encik fayad nak bagi cuti lah kot.
Aifa tersenyum lebar.
"pulau tioman encik fayad." jawabnya tegas

"dengan family or berdua dengan abang awak je?"

"dengan abang ngah saya je..saya boleh cu..

" okay.. Assalammualaikum"

tutttttt...

Aifa melihat telefon yang sudah pun gelap.
"amboi.. amboi.. amboi.. aku belum habis cakap lagi,macam tu je... itu je nak tanya? aku baru nak tanya boleh cuti ke tak... " bebel aifa

"ishh... geram betullah encik fayad ni.saja je buat aku geram... aku bukan main teruja tadi.. " kata aifa sendirian

"sampai lupa aku nak jawab salam.Waalaikumsalam.... "
.........................

Aifa sudah bersiap-siap untuk pulang.puteri yang sudah selesai mandi dan bersiap serta berbaju tidur yang comel berdiri di sebelahnya.
mereka kini berdiri di muka pintu. menanti kepulangan encik fayad papa puteri.

Aifa menjeling jam di pergelangan tangan,tepat-tepat pukul enam petang.

"puteri ingat pesan akak tau.. tidur awal jangan main telefon sangat, kejap lagi dinner dulu tau? jangan tidur dengan perut kosong, minum susu dulu sebelum tidur.. alright?? "

puteri tersenyum lebar.
"baik kak aifa.puteri ingat... puteri tak pernah lupa semuaa...pesan kak aifa" kata anak itu

Aifa tertawa perlahan.panjang betul 'semuaa' dia tu.
"ye lah tu... baru lah perut sihat dan minda pun cergas" kata aifa lagi.

tiba-tiba wajah puteri yang ceria bertukar menjadi sedih.
Aifa yang perasan terus duduk di sebelah anak itu untuk menyamakan kedudukan mereka.

"kenapa ni...? tiba-tiba je? bagitahu kakak kenapa ni? " soal aifa mengusap kedua-dua pipi montel itu.

"kalau kakak tinggal sini terus mesti puteri happy, puteri sunyi.. puteri tak ada kawan nak bermain.papa selalu buzy dengan kerja..."kata anak itu dengan suara yang perlahan.

Aifa sudah serba salah.timbul rasa belas pada anak sekecil ini yang meluahkan perasaannya.
terus anak itu dipeluknya erat.
ubun-ubun puteri diciumnya lama.

" maafkan kakak ye? kakak hanya teman puteri di siang hari je.puteri janganlah sedih-sedih.. nanti kakak pun sedih jugak.kakak sayang puteri... puteri kan nak jadi good girl? esok... kakak datang.. kita main puas-puas okay? "kata aifa cuba memujuk.

wajah puteri diusapnya perlahan.
puteri kembali tersenyum kemudian mengangguk.

" macam tu lah baru good girl.. "kata aifa lega hatinya.

tidak lama kemudian pintu pagar besi itu terbuka dengan sendiri.kereta fayad menjalar memasuki ruangan parkir kereta.
Aifa bangun berdiri semula.

" papa dah balik!! papa dah balik!! "puteri kembali melompat ceria.

Aifa hanya tersenyum.

tiba-tiba muncul sebuah lagi kereta yang berhenti di luar pagar.
Aifa tersenyum.kereta Adam a.k.a angahnya dikenal pasti.

fayad menghampiri aifa dan puteri.sementara adam berdiri di luar kereta menanti kedatangan adiknya ke situ.

" kakak balik dulu ye? "kata aifa terus tangannya dicium puteri.pipi puteri pulak menjadi sasaran untuk ciuman kasih sayangnya.

fayad berdiri di hadapan mereka.
" saya balik dulu encik fayad... err.. pasal cuti tu.. takpe.. esok je encik fayad jawab...saya... "

"abang awak dah sampai? jom saya hantar awak dekat dia.."

kening aifa sudah berkerut.

"puteri tunggu papa di dalam ye sayang? papa nak hantar kakak dekat situ kejap je.. " kata fayad pada anaknya.

"okay pa.. " puteri berlari masuk ke dalam rumah.

Aifa yang menjadi beku semakin keliru.
fayad membuat isyarat supaya dia berjalan dulu.
Aifa hanya menurut.
mereka berdua beriringan berjalan menuju ke arah adam

Adam yang melihat adik serta majikannya yang berjalan beriringan hanya memerhati.
"sepadan pulak aku tengok dia orang ni?" kata adam perlahan sambil menahan senyum.tak pasal-pasal dia dituduh gila pulak sebab senyum sorang-sorang.
ni kalau adiknya dengar apa yang dia cakap.. confirm kena pasang telinga je..

"Assalamualaikum.. " sapa fayad sambil menghulur tangan untuk berjabat dengan adam

Adam membalas salaman yang diberikan
"waalaikumsalam... "

"err.. adik tunggu dalam kereta ye? " kata aifa serba tak kena. terasa janggal pulak dia berdiri di situ. lebih baik di tunggu dalam kereta je.
mungkin encik fayad saja nak bertanya khabar.

Aifa melepas nafas lega bila dia sudah berada di dalam kereta angahnya.
penyaman udara membuatkan wajah yang panas kembali sejuk, hati yang bergetar kembali tenang. ehhh!! pandai je kau aifa!

beberapa minit kemudian....
Aifa melepas nafas kelelahan.dalam tenang-tenang hatinya kini kembali menggelegak.
matanya tajam saja melihat sinetron antara angah dan encik fayad.

"apalah... lama betul berborak.kalah perempuan la..bincang apa ntahh! kejap ketawa.. kejap serius.. kejap!, kejap!, kejap!
ahhh... aku dah la penat... mata ni kejap lagi je nak terlelap.. dengan lapar lagi...angahh!!!!! " Aifa membebal sendirian.

dia mengerling jam di pergelangan tangan.
"what!! 6.45 minit?? tajuk apa la diaorang sembang? aduhhh.. ramah pulak encik fayad petang ni.. angah pun sama, sejak bila dia rapat dengan encik fayad? "

selang beberapa minit kemudian Aifa tersenyum senang melihat adam dan fayad sudah berjabat tangan untuk mengakhiri perbualan.
"yessss!!! "

Adam membuka pintu tempat pemandu. dia melangkah masuk sambil tersenyum senang.
tidak sedar akan renungan tajam si adik.

"amboiiii... senang je buat adik tersidai dekat sini.angah borak apa dengan encik fayad tu? ishhh! lama betul... tau tak adik mengantuk and lapar? " soal aifa tak puas hati.

Adam ketawa perlahan.tahu dia salah.dia kembali memandu keretanya ke arah jalan raya.
"sorry lah.. best pulak borak dengan bos kau tu dik, kalau nak suruh angah sain borang persetujuan pun angah okay je.. "kata adam sambil tersenyum lebar

" persetujuan apa? "

"persetujuan nak menikah.. kau dengan encik fayad kau tu"

Adam sudah tidak dapat menahan tawa melihat wajah geram aifa. suka betul dia menyakat adiknya itu. tahu sangat aifa tidak akan pernah suka cadangan satu itu.

"bencilahh! tak jadi pergi bercuti baru tahu! " ugut aifa

"takpe.. angah dah ada peneman... " kata adam

Aifa yang tadi sudah berkedudukan selesa kini memusingkan badan ke kanan menghadap adam

"ehhh! duduk elok-eloklah.. pakai seat belt tu elok-elok.. " tegur adam, tapi tidak diendah oleh aifa

"apa angah cakap? dah ada peneman? siapa? girlfriend ekk?? cepatnya cari... "

"girlfriend? no.. no.. no.. kawan lelakilah... kau mesti terkejut"
adam tersenyum sambil menumpukan perhatian pada pemanduan.

Aifa menjeling geram.ada saja akal abangnya itu untuk kenakan dia.
"siapa pulak? okay... okay adik pergi.tak payah lah ajak kawan angah tu"

"tak... angah memang izinkan dia pergi sekali.tak salah kan? tak lah bosan sangat dekat sana.. kau kan perempuan? mesti bersiap lambat.. so.. angah boleh lah borak-borak dengan dia.. "

"siapa? "

adam kembali senyum.
"ada la... "

"angah! baik kau cakap! "

"nanti kau tahu jugak... "

aifa sudah naik geram.
"suka hati lah! tapi.. adik tak dapat cuti lagi tau? entah encik fayad bagi ke tak cuti... "aifa kembali bersandar.

" kau cakap elok-elok dengan dia.. mesti dia bagi"

"kau pernah nampak aku cakap tak elok ke ngah?"

"ada! "

"bila? "

"sekarang! " jawab adam

aifa sudah tersengih..
"sorry angahku sayang...kau kan tahu adik kau ni kan garang... "

adam sudah mencebir bibir.
"ye lah.. patutlah masih single... "

Aifa sudah menggumam bibirnya.
"ehh! mengata orang.. dia tu dah boleh keluar album... tak nak mengaku pulak"

Adam hanya ketawa mendengar bebelan adiknya.
memang tak sunyi dalam kereta kalau ada aifa!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience