chapter 13

Romance Series 5107

'Amboii!! semudah A,B,C dia bagi arahan,haiishh...nasib kau lah aifa bila kerja dengan orang.

"kak aifa..boleh tak puteri nak habiskan sarapan dekat bawah? puteri laparlah..."

hujung bajunya ditarik oleh puteri.

Aifa sudah serba salah,kalau puteri turun bawah maknanya dia sorang-sorang kena masuk bilik papa si puteri ni? tapi...kalau ajak puteri...kesian pulak dengan anak kecil ni.

akhirnya...

"boleh...kesian dia...maafkan kakak tau sebab kacau puteri sarapan.."

puteri tersenyum saja.
"no problem!"

"kak aifa minta izin masuk bilik ni tau...kak aifa masuk ambil baju dan terus keluar..."kata aifa
seperti meminta izin dari tuan bilik itu sendiri.

'mama pesan..kalau nak masuk mana-mana tempat dekat rumah orang kena minta izin.so..dengan puteri pun okaylah'

"okay.."balas anak itu tidak tahu apa-apa.

"hati-hati tau turun tangga,jangan lari"kata aifa

puteri mengangguk saja.kemudian dia meninggalkan aifa di tingkat itu.

Aifa kembali menatap kerta di tangan dan pintu yang tertutup rapat dihadapannya.

dia memegang tombol pintu dengan perlahan.
"bismillahirrahmanhirahim..."dia membuka perlahan pintu itu dari luar.

entah kenapa jantungnya laju semacam.rasa macam baru lepas buat larian maraton.

dia cuba bertenang.mungkin disebabkan ini kali pertama dia melangkah masuk ke bilik lelaki lain.
selalu hanya bilik angah saja yang dia pernah jejakkan kaki.

dia melangkah dengan kaki kanan memasuki ruangan dalam bilik.
bauan semerbak wangian dari perfume lelaki membuatkan hati aifa sedikit bertenang.

'wahh...wanginya!!'kalah bilik aku hahah!!

dia memandang setiap sudut bilik itu.
bilik yang agak besar.di sebelah kanan ada satu set sofa dan meja kecil serta tv.
ada balkoni yang tertutup rapat dengan pintu cermin dan langsir yang diikat rapi ke sisi.
katil yang besar dan kemas.

'pandai dia gabungkan warna.nampak cantik dan nyaman'kata hatinya lagi.

dia terpukau dengan keindahan warna emerald green yang memenuhi ruangan dinding bilik itu.
katil pulak warna cream.

lampu candelier yang ada menyerikan keindahan bilik.suasana yang tenang dan sepi,mungkin sesepi tuan punya bilik ini!

segala benda tersusun rapi dan cantik mengikut saiz.bilik yang kemas dan simple menaikkan seri ruangan bilik yang ada.

di sebelah kiri pulak ada satu sudut yang agak luas,wahh!! daebakk! memang luas betul bilik papa si puteri ni.

tiba-tiba aifa tersedar dari mengelamun.
"astagfirullah aifa!! kenapa kau macam ni?? dah kau nak masuk ambil baju je lah! dah macam perompak pulak aku ni..!"

dia lekas-lekas menala pandangan ke kiri dan kanan mencari almari baju tempat tujuan utamanya masuk ke bilik ini.

Aifa baru perasankan sesuatu yang hilang dan pelik dalam bilik ini.

"mana tempat dia letak baju dan pakaian dia hah!!?"soal aifa sendirian.

dengan berat hati kakinya melangkah,terpaksa meneliti setiap ruangan sudut privasi orang lain.

dia menuju ke sebelah kiri disebabkan sebelah kanan dia dah tahu,hanya ada mini ruang tamu.

dia melihat sekeliling sekitar itu.
hanya ada sebuah meja solek agak besar, Aifa sempat lagi membetulkan tudung yang dipakainya di hadapan cermin yang besar itu.

di atas meja solek itu pulak terdapat pelbagai wangian dan mungkin beberapa produk penjagaan kulit yang encik fayad gunakan.
tapi yang paling banyak adalah koleksi perfume lelaki yang memukau pandangan.

"banyaknya set perfume dia...berbotol-botol,nampak pun dah tau harganya mahal,patutnya bila encik fayad tu ada semerbak bau dia..kalah aku yang perempuan ni"aifa mengomel sendirian.

"kakak dah jumpa??"

"ohh mak kau perempuan!!"

aifa menutup mulut dengan kedua tangannya.

di muka pintu bilik itu,puteri sudah menghamburkan tawanya.
suka dia bila berjaya kenakan orang!

"puteri...! terkejut akak tau"kata aifa mengurut dada.mana tahu encik fayad yang tegur tadi,tak ke mati kutu dia dibuatnya..kantoi sebab skodeng bilik orang!

"sorry..puteri tunggu kakak lama sangat,so..puteri naiklah.."

aifa tersenyum.
"kakak minta maaf,kakak cuma..nak ambil baju yang papa puteri suruh akak cuci tu,tapi...tak jumpa"kata aifa apabila puteri mendekatinya.

"ohh..kakak tak tahu ke?"

"ye...."jawab aifa mahu tertawa.
Apa lah puteri,mana akak tahu kedudukan barang dalam bilik papa puteri ni,lain lah kalau akak ni mama puteri...uhukk uhukk..berangan tahap dewa kau ni aifa!

Aifa mahu tertawa dengan akak fikirannya yang kadang ada mode tidak warasnya itu.

"semua tu..ada dekat...."

aifa hanya mengikut langkah puteri.tangannya ditarik menuju ke sebuah pintu yang tertutup rapat tidak berapa jauh dari almari solek.

puteri memulas tombol pintu itu dengan tenaga kecilnya.
pintu dibuka dari luar dan..

aifa terpegun seketika.di hadapan matanya ada satu lagi bilik yang sangat luas.Aifa dan puteri melangkah memasuki ruangan itu.

"dekat sinilah baju-baju papa..."jawab anak itu dengan ceria.

aifa terkebil-kebil sendirian.dia melihat satu persatu rak yang ada di sekeliling bilik itu,semuanya tersusun rapi mengikut warna dan jenis.

di tengah-tengah ruangan ada satu rak khas untuk diletakkan segala macam jenis perhiasan.
ada cincin lelaki,gelang lelaki,jam lelaki,tie,stokin,dan juga name tag nama yang tertera Fayad Darwish.

"kakak?? kakak okay ke??"

aifa kembali tersedar.
dia ingatkan mimpi rupanya realiti.
rupanya memang semua yang dia lihat tadi ada di depan matanya.

"kakak? kakak okay...m..ma..mana baju papa puteri?"soal aifa berpeluh

"tu..."

aifa melihat ke arah baju ala-ala tuxedo yang tergantung di depan sebuah almari.

aifa mengganguk.
"okay...akak ambil kemudian kita turun okay?"

puteri mengangguk.

aifa cuba mencapai baju yang digantung agak tinggi itu.

"puteri tolong akak cari stokin boleh?"

puteri mengangguk saja.dia berlari menuju ke arah sudut ruang yang terdapat satu bakul sederhana besar.mungkin khas untuk pakaian-pakaian yang mahu dibasuh.

"dah?"soal aifa sambil tersenyum ke arah puteri.

"okay dah!"jawab anak itu ceria.

"jom kita keluar..."aifa memeluk bahu anak kecil itu sambil melangkah keluar.
di pertengahan jalan mahu menuju ke pintu aifa terpandang satu frame gambar yang diletak cantik tersusun di meja kecil sebelah katil.

kakinya berhenti melangkah.
matanya menatap wajah satu persatu di dalam gambar itu.
gambar yang memaparkan sebuah keluarga besar yang bahagia.
wajah masing-masing terpapar kegembiraan.

wajah itu diteliti satu persatu.
ada Puan sri Kamariah,ada Tan sri Dasuki yang berdiri dengan bahagia di kiri dan kanan encik fayad yang sedang memakai jubah konvo berserta anugerah yang diperolehnya.

Aifa tersengih-sengih.
'muka encik fayad dari dulu tak berubah ekk?'

mata Aifa mengarah ke paling kiri,keningnya berkerut.wajah seorang lelaki yang tersenyum bahagia sambil mendukung seorang bayi.wajah itu saling tak tumpah sama dengan encik fayad! kalau kembar pun boleh jadi!

Aifa melirik ke arah seorang wanita disebelah lelaki itu.juga tersenyum gembira sambil memeluk erat lengan lelaki disebelahnya.

Aifa meneliti wajah ayu berkulit hitam manis dan berlesung pipit itu.
"cantiknya.."ucapnya sendirian.hanya kata-kata itu yang keluar dibibirnya.

"mesti majlis konvo encik fayad"kata dia lagi.

"siapa pasangan yang berdiri di sebelah mereka itu"

"tak pernah tengok pun?"
Aifa termangu sendirian,cuba untuk mengorek memori tentang pasangan bahagia di dalam gambar itu.
"tak silap aku...puan sri tak pernah kenalkan aku pun...."

"ahh!! mungkin saudara terdekat mereka.buat apa nak kenalkan dekat aku kan?"Aifa menjawab sendiri persoalan yang bermain di fikirannya.

dia meneliti suasana kawasan universiti itu.
tiba-tiba matanya terbuntang luas saat melihat logo besar yang menjadi latar belakang mereka yang di dalam gambar itu.

"Harvard University!!"
Aifa menutup mulutnya yang terbuka.
'makk aii..bijaknya papa si puteri ni!'

Aifa menggeleng kepala sambil mengawal riak terkejutnya.

BUZZZ!!! BUZZZ!!

Aifa tersedar dengan gegeran telefon di dalam poket seluarnya.mengembalikan dia ke dunia semula.
dia melihat sekelilingnya..
'Astagfirullahalazim..aku masih dalam bilik encik fayad'
terus kakinya laju melangkah keluar membawa baju yang hendak dibasuh.pintu kembali dirapatkan.

sambil berjalan turun ke bawah dia mencapai telefon di dalam poket seluar.
keningnya berkerut...
"nombor tak dikenali?"soanya.di skrin telefon terpapar jelas susunan nombor yang tiada dalam senarai kenalan.

"nak jawab ke tak? kalau jawab mana tahu scammer??"
dia berfikir lagi...
"jawab je lah...mana tahu mustahak!"

terus diseret lalu ditekap ke telinga kiri.

"Arrr.....Hello??"Aifa menanti jawapan di sebelah sana.

"dah jumpa?"

terus telefon Aifa jauhkan dari telinga.
"siapa ni..call orang dengan misterinya..tiba-tiba tanya dah jumpa..siapa ekk? ni mesti..scammer nak menyamar ke apa?"kata aifa perlahan.
terus telefon ditekap lagi ke telinga.

"err...maaf encik,boleh saya tahu saya sedang bercakap dengan siapa?"soal Aifa sopan.mahu menyiasat dulu.kalau scammer betul-betul dah lama meriam mulut dia berkerja.

"Baju saya tu...awak dah jumpa?"soal suara garau di talian.

Aifa kemudian baru menyedari.dia terlihat di tangan kanannya yang memegang baju yang berwarna hitam itu.

"encik fayad ke?"soalnya berpeluh sakan.
'bagus kau Aifa! nasib kau baik harini kau tak memaki dulu...tau-tau bukan scammer'

"hhmm!"

Aifa sudah berdegup laju jantungnya.takut kena marah.
"sa..sa..saya dah jumpa dah baju encik fayad.dah on the way nak pergi basuh lah ni..hihi.."Aifa tersengih-sengih.

"awak tahu basuh baju tu?"soal fayad dengan serius.dia juga silap.memandai menyuruh aifa basuhkan.kot-kot pengasuh anaknya itu tidak tahu membasuh dan merosakkan baju tu..tak ke naya?

"tahu encik fayad"jawab aifa dengan confident level yang tinggi.ingat dia tak biasa ke? kalau nak tahu,dia dah selalu sangat basuhkan baju abang dengan papa dia tau!

"okay.basuh elok-elok,tu baju penting,awak dengar tak?"soal fayad dengan nada serius.

"ye..encik fayad"

"lepas basuh simpan semula"

"ye..encik fayad"

"puteri dah makan?"

"ye..encik fayad"

"saya bukan scammer"

"ye..encik fay....."mata aifa terbuntang luas.

fayad di hujung sana sudah tersenyum-senyum.

'mati kau aifa!! mati kau!! tu la..mulut tu tak nak diam kan!!'
aifa menampar perlahan mulut.

"ye..encik fayad,saya minta maaf encik fayad"

"okay..assalammualaikum"

Aifa terus menutup panggilan.
"waalaikumsalam.."

"ishhh!! aifa!! dia dengar ke suara aku tadi? aku dah cakap perlahan kot! telinga lintah betul! aishhh...mati kau aifa!"dia mengomel sendirian.

fayad bersandar ke kerusinya merehatkan badan.
dia kemudian tidak dapat menahan tawanya.
dia tertawa perlahan sendirian.tidak dapat dia bayangkan macam mana muka aifa ketika terkantoi tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience